::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

30 December 2010

Tahniah Pasukan Malaysia!

Macam yang dah beribu2 blog kat luar sana post, tahniah kepada Harimau Malaya sebab berjaya menumpaskan Garuda dengan agregat 4-2. *Pom Pom Pom* bunyi mercun pop adik aku baling.

Dalam masa yang sama jugak, aku nampak ramai orang Malaysia dah menukar profile gambar kepada gambar Harimau Malaya sebagai tanda menyokong secara tidak terus. Fufufu. Dan jugak tahniah kepada penjaga gol kita, Khairul Fahmi yang dah berjaya menarik peminat2 wanita dari Malaysia
*sigh, ada slot kosong untuk aku nak jadi keeper tak? * haha 

Antara player player Malaysia aku rasa dia dah menjadi paling femes sebab dah terlampau banyak page K.Fahmi wujud kat facebook. Wah! Tahniah dah sekali lagi tahniah kepada pasukan Malaysia! GOGOGO!

28 December 2010

Dari Bola Sepak ke Star Wars.

 Macam yang korang sedia maklum,daripada isu bola sepak sekarang dah bertukar isu perang.Berbagai bagai platform media dan laman sosial dah menjadi hangat dengan isu ni. Dekat mana mana je boleh nampak orang bergaduh gaduh pasal benda ni.  Janganlah kerana sebiji bola, wujudnya perang yang sia2. Kerana dendam kalah bola, nak dibalas dengan darah?


Come on la. Hentikan mentaliti kelas keempat anda.Penggunaan laser di stadium bola sepak asia ni bukan benda baru. Jangan lah laser bodoh tu jadi kambing hitam nak buat alasan kekalahan. Bagi la Malaysia lawan Brazil, even setengah stadium peminat kita pakai laser ramai2 pun, belum tentu boleh buat apa apa.Heh. Sesetengah Indonesia yang memiliki mentaliti kelas keempat ni, pun pakai laser jugak time menyokong. Kenapa menyalak tak tentu pasal bila peminat kita pakai? :) Kalau yang baca paper beberapa hari lepas, penyokong Indonesia rosakkan stadium sebab tiket habis. Cukuplah dengan mentaliti rendah, janganlah rendah kan lagi pandangan orang luar terhadap moral Indonesia yang dah sedia rendah. Fanatik tu fanatik jugak, tak perlu lah jadi haiwan bila geram kan. Tengok peminat Harimau Malaya, cool saja betul tak? :)


 Belum habis lagi dengan cerita laser, keluar pulak cerita Malaysia guna bomoh kacau pemain Indonesia? Kejap kejap, memang aku tak boleh  nak sangkal Malaysia memang ada bomoh, tapi kalau nak bandingkan dengan Indonesia, siapa yang lagi gemar percaya dengan benda2 syirik ni? Siapa yang lagi taksub dengan bomoh? takpe, jawab dalam hati je :) hehe tapi bukan lah bermakna aku menyokong perkara syirik, aku benci, aku hina , dan aku mintak jauhkan dari keturunan aku dan semua saudara Islam yang lain. Yang dah terbuat/terpercaya, berhenti lah. Cukup2 lah  :)

Janganlah kerana obses dengan ideologi Ganyang Malaysia ,dunia bola sepak pun jadi mangsa. Kalau menyalak dengan perkara- perkara yang logik, tak apa. Ini tidak, menyalak nyalak dengan alasan yang umpama keluar dari mulut budak2. Kering sangatkah ke otak nak buat alasan untuk kalah? atau memang itu level yang paling boleh anda pikir?

 Kita Malaysians tenang je. Show that we are well educated and civilized. Jangan bila disergah, kita melatah tak tentu pasal. Biarkan mereka meraka tu menyalak.
Lagi satu, aku bukan post kepada semua Indonesians, tapi hanya kepada fanatik ganyang2 tu, kepada manusia rendah mentalitinya dan sekaum dengan tu. :) 

Untuk player player Malaysia yang bakal berjuang di tanah seberang, semoga berjaya! Tepis salakan mereka dengan dengan pulang membawa piala ^^








26 December 2010

Final Bolasepak..aduhaii sedihnya lah~


Macam yang korang semua tau, esok final Malaysia lawan Indonesia di Stadium Bukit Jalil. Mula mula aku ingat nak pergi tengok kat stadium, alih alih dengar cerita bapak aku cakap nak balik kampung. Nak tak nak, terpaksa batalkan niat beli tiket. Tengok bola kat terengganu la jawabnya. Last last minit disebabkan ada aral melintang, tak jadi balik kampung dan sekarang aku dah tak ada mood nak pergi beli tiket. Rasa macam dah lambat gila dah. Tak tau la ada lagi ke tak tiket tu. Tengok gaya mcam tak, confirm ramai nye pergi usha. 

Kalau tengok bola kat stadium ni, feeling dia lain sket. Berkobar kobar semacam je bila tengok. Nak nak kalau korang semua duduk sebelah penyokong Malaysia punya drum. Bergegar telinga tapi fuhh! Berdesuuup! Yang penting biar menang ar kan, kalau kalah sedih je nak balik rumah. haha tapi yang kureng sikit bila ada penonton baling baling botol air.Sakit kot, kalau botol kosong takpe jugak, ni stock yang penuh punya. Come on laa, dah la menggangu game, silap silap player injured tak ke susah tu. Dah lawan dengan team Indonesia, percentage nak bergaduh ni tinggi sikit. Sorak dah la kan ?

Final kali nih best sikit sebab lawan jiran sebelah ( Kita punya team pun dah brape lama tak pergi final kan :/ ) Dulu dia bagi team kita padu padu punya, sekarang aku harap team Malaysia balas balik. Baru kaw. Tak dapat 5 pun, 3 jadi lah. Ceh, macam senang lak aku cakap. Tapi takpe, Malaysia boleh! Haha

Dan seperti yang aku harapkan, goalkeeper biarlah Khairul Fahmi. Tengok prestasi dia sebelum ni, aku lebih percaya nak tengok dia jaga gawang gol kita. Susah sikit nak bocor. Boleh tahan jugak dia tu^^

So papehal, Malaysia Boleh! Biar kat sini kita pegang game, kat sana tambah lagi!


24 December 2010

Semester Baru. Baru Semester.

Fuh, lama jugak aku mencari tutorial untuk main toning ngan gambar, susah nak cari. Dah jumpa pulak, kena bayar untuk beli buku dia. Tengok gaya buku dia, memang dia ni master toning la..aku tunggu aku dah ada rezeki nak beli kamera nanti, baru aku beli buku tu. heh ni la pilihan aku sekarang ^^





Kembali kepada tajuk, tinggal seminggu je lagi untuk aku habiskan rehat aku dengan sepuas puasnya dekat rumah lepas tu aku kena berangkat pulang ke medan perang iaitu jengkaruddin. Haha nak kata cuti lama, tak terasa mana pun, tapi duduk rumah lama lama pun, terasa boring tahap dewa kelapan dah. Jadi, dah sampai masanya untuk aku jalankan tugas aku untuk belajar sebagaimana student student yang lain. Dan jugak , semester ni aku nak naikkan pointer aku lebih dari yang pernah aku dapat sebelum sebelum ni. 

Disebabkan sikap aku yang tersangat lah malas akhirnya carry paper dan repeat dah semakin menyusahkan hidup aku. Nak daftar course pun susah dengan jadual yang semakin mengclashingkan diri mereka dengan course course yang lain dan sangat merunsingkan aku. 
  Hahaha itu lah, main main lagi. Asyik asyik nak enjoy sekarang terima la padahnya. So, starting this sem, nak tukar cara belajar. Tak boleh dah nak main main, umur pun dah tua. Karang abes dip umur berapa pulak karang. uishh jangan jangan. 


Jadi, kalau dah tahap graduate camni, baik la aku takyah graduate. haha ni je lah yang aku nak mengarut pada hari ni, jumpa korang yang lain lain dekat U nanti ataupun bila bila masa mengizinkan ye :)

16 December 2010

Gambar, gambar dan gambar.

Haha lama pulak rasa tak update blog ni. Bukan apa, aku sekarang tengah belajar cara nak edit gambar. Habis macam macam jenis tutorial aku bukak. Dalam banyak banyak tutorial yang aku bukak takde pulak tutorial yang aku cari. Maybe sebab aku yang tak tau nama dia or maybe cara dia memang tak ada, aku sendiri pun tak tau. Seronok sebenarnya nak edit gambar ni, tapi setakat edit je buat apa kan? haha sebab tu, aku nak beli my own DSLR walau weyy, gila shok syiall~~ xD

Lepas tu, baru boleh edit gambar sesedap rasa. Boring boring boleh la pegi mana mana then ambik gambar banyak banyak. Best2! Kalau la ada sifu sifu yang nak turunkan ilmu, nak jugak aku belajar. Yelah, sebelum edit gambar, gambar tu sendiri mesti kena cantik baru edit lagi cantik. Tak gitu?

Teknik ambik gambar yang betul pun aku tak tau, edit apatah lagi. Setakat ni, kalau aku edit gambar semua pakai bedal dan sedap sedap rasa aku. Tak tau la pulak dekat mata orang lain macam mana. Tak kesahlah, nama pun belajar. Even sifu sifu pun mula dari bawah :)


11 December 2010

Isu Mandi Wajib-Nampak Mudah Tapi Penting

Sama la macam apa yang tajuk cakap, nampak mudah tapi penting sebenarnya. Kalau salah cara dia,konpem konpem laa tak sah mandi yang mana nanti solat kita pun tak sah. haaaa
Kat bawah ni ada penerangan dan sesi soal jawab yang diambil dari beberapa web terpilih.

Rukun mandi wajib ada 3 semua sekali. 
•Yang pertama niat.
  -Niat nya "Sahaja aku mengangkat hadar besar kerana Allah Taala" ataupun
  "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala" pun da memadai.
  -Niat ni mestilah didalam hati dan disertakan ketika air sampai ke mana mana anggota badan.

•Yang keduanya adalah menghilangkan najis yang ada pada badan.
  -Menurut Ust Haji Mat Jais, kalau ada najis pada badan boleh disertakan sekali dengan mandi.

•Rukun ketiga ialah meratakan air keseluruh anggota tubuh badan termasuklah kulit, bulu, rambut, kuku.
 -Bagi yang bersanggul, perlu buka sebab risau air tak sampai kedalam.
 -Bagi kotoran bawah kuku, khuatir menghalang air, jadi perlulah dibersihkan dan boleh dilakukan semasa    mandi.
 -Bagi rambut pulak, tak sah jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna pewarna selain dari inai. Tidak kiralah pewarna itu halal atau tidak sebab pewarna menghalang air untuk kena pada rambut tapi inai ada sifat yang membenarkan air untuk melaluinya. So macam mana nak setel? Potong la rambut tuu. Sampai la yakin dah takde rambut berpewarna kat atas kepala tu. Kalau dulu full dye, botak ler jawab nya. Pompuan pun same yee :)

Mandi wajib boleh dilakukan dengan menggunakan air mutlak iaitu air sungai, paip, laut, telaga dan tasik.

Bawah ni adalah kutipan Q&A yang aku rasa macam boleh diperlukan untuk tajuk ni:
Q : Terlupa bahawa sedang mandi wajib
Saya hendak mandi wajib tapi terlupa dan saya mandi macam biasa. Sedang mandi, teringat pula tentang mandi wajib. Jadi saya berhenti mandi dan keringkan badan. Kemudian,  saya mandi wajib. Sah ke?
A : Jika berlaku sedemikian, tidak perlulah dikeringkan dahulu badan itu. Teruskan mandi dari atas ke bawah, sejurus teringat semula di mana anda berada.

Q :Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan
Ustaz di sekolah ajar, 3 kali jirusan di kepala, 3 kali dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. Sekiranya saya menggunakan shower, bagaimanakah caranya untuk berbuat begitu?
A: Yang ini lagi satu. Pendidik yang tidak mengikuti arus kemodenan zaman. Sudah tahu anak murid semua guna shower, kenapa diajar juga cara guna cetong? Kan pening anak murid tu.
Dah pakai shower, berdiri saja lah di bawah shower itu sehingga benar-benar yakin bahawa air mengalir ke setiap lapisan kulit di setiap anggota badan.
Yang 3 jirusan itu hanya untuk memastikan air diratakan dengan baik. Itu pun khusus untuk yang guna cetong atau cebok sahaja.
Q : Was-was
Ada yang tanya saya, sah ke mandi wajib dalam keadaan was-was?
A : Persoalan sebegini juga tidak timbul. Kerana mandi wajib dan was-was adalah 2 perkara berbeza. Mandi wajib adalah perlakuan mandi. Was-was pula adalah penyakit yang datang dari godaan syaitan.
Penyakit ini tidak terlibat sama sekali dalam rukun mandi, syarat sah mandi, mahupun perkara sunat dan makruh ketika mandi.
Bawah ni soalan mengarut sikit tapi still info jugak kan? :)

Q : salam…klu kita nk mndi wjib,b4 mndi 2 kna 2kar tuala bru ke x??????????

A : Tidak perlu juga.

Q : kalu kte mandi wajibkn, kene btul2 ratakn air kat seluruh bdn ke??? bleh ke mandi wajib pkai shower sbb membe2 sy kte pkai shower, air x rata ke sluruh bdn… btul ke ustaz?!

A : Boleh jer pakai shower, asal dapat meratakan air ke seluruh badan. Pakai gayung pun, kalau tak rata, tak sah juga. Wallahu a’lam.

Lain lain lagi boleh la baca sendiri then fahami sendiri. Kalau rasa musyik lagi, bukak la web Jakim ke Jawi ke Jais ke mana mana la yang berkaitan dengan kemusykilan korang sebab Jabatan Agama ni lebih mudah dipercayai kan? :)

Sumber dari 

10 December 2010

Komik & Comic.

Kumpul Komik.Baca Komik.



So, entry kali pulak aku nak cerita dengan korang semua pasal komik. Aku dari kecik lagi memang suka kumpul komik. Tau je ada komik baru keluar dekat kedai, aku terus simpan duit nak beli. Macam - macam jenis komik aku minat . Cuma satu je lah aku tak minat, komik komik Marvel ni memang aku kurang sikit. Tak tau komik Marvel? Komik Marvel ni komik superhero US iaitu Spiderman, Batman, Superman , Hulkman..eh Hulk dan jugak Suparjo. Haha xD

Antara komik terawal aku beli antaranya adalah Ujang, Dragonball, Gila-gila, Misteri Naga dan Kreko. Tapi Ujang dengan Gila-gila ni dulu la, sebab dulu komik ni still kelakar gila but now dah tak berapa ada ummph!Lawak diorang macam dah berulang ulang and kadang kadang cuma lawak bodo je. Tapi aku tak salahkan pelukis sebab nak buat komik lawak ni bukan senang. Lagi susah dari tulis novel. haha 

Then time dekat form 3/4/5 aku mula kumpul One Piece, Kreko, Detektive Conan, Eyeshield21, Wira Tunggal, Kekkaishi, Kyo Samurai Deeper  dll.








Aku tak tahu la macam mana aku boleh minat semua benda benda ni. Haha ada membe aku yang tak minat kata membazir je aku kumpul . Dia tak paham . Haha
 Semua ni bersepah sepah aku kumpul sampai la masuk U then aku discover ada online site untuk baca manga. Perrghh terus aku tinggal semua skali. So, sampai situ aku stop beli komik ni.Aku stop pon bukan sebab kedekut nak beli, tapi banyak benda lain lagi aku nak pakai, terpaksa la berkorban. ^^ Tapi kalau pergi kedai tapi aku nampak komik yang best best, aku ada beli jugak. Dah nama pun minat kan~



09 December 2010

Warga asing dalang SMS rambang tambah nilai prabayar

KOTA TINGGI: “Ini ayah. Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah, 0178936... ayah ada masalah d balai police. ta payah call sekejap ayah call balik.” Begitulah khidmat pesanan ringkas (SMS), yang digunakan satu sindiket penipuan tambah nilai telefon prabayar yang dikirim secara rambang kepada pengguna telefon bimbit di negeri ini.
SMS dipercayai dikirim sindiket didalangi warga asing itu menggunakan taktik merayu bantuan kecemasan bagi mendapatkan tambah nilai RM30 atau RM50 yang akan dikirimkan ke nombor telefon yang diberikan.

Tambah nilai diperoleh hasil memperdaya orang ramai itu dipercayai akan dijual semula anggota sindiket itu di kalangan warga asing bagi mendapatkan wang tunai.
SMS itu dikirim daripada telefon bernombor 628528 9826195 dipercayai didaftarkan di Indonesia di mana cubaan Harian Metro untuk menghubungi nombor telefon itu memasuki peti simpanan pesanan suara yang menggunakan bahasa negara itu dan bahasa Inggeris.

Dalam kejadian terbaru di bandar ini semalam, seorang kakitangan kerajaan berusia 55 tahun menerima SMS berkenaan sebelum menghubungi Harian Metro.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mazlan Abdullah berkata, pengirim SMS itu dipercayai menghantar pesanan itu secara rambang dengan harapan ada pengguna telefon bimbit terpedaya. “Usia saya sudah lebih separuh abad, manalah saya ada bapa yang punya urusan di balai polis. Langsung tak munasabah,” katanya.

Mazlan yang bertugas dalam pasukan keselamatan berkata, pelbagai taktik penipuan disyaki didalangi warga asing dilakukan termasuk SMS menawarkan hadiah lumayan, taktik tiket nombor ekor palsu serta batu delima ajaib.

“Media selalu memberi peringatan dan diharapkan kes sebegini menjadi ingatan kepada masyarakat supaya tidak terpedaya dan menanggung kerugian dengan taktik penipu sebegini,” katanya yang menjadi pembaca setia Harian Metro.

Dalam kejadian sama di Muar, penipuan sama dikesan apabila seorang eksekutif sebuah syarikat multimedia menerima SMS kononnya dihantar bapanya, minggu lalu, tetapi pesanan itu hanya meminta tambah nilai RM30.Bagaimanapun, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nas berkata, dia mendapati SMS itu palsu apabila menghubungi bapanya yang menafikan menghantar pesanan berkenaan. Nas berkata, dia menghubungi nombor telefon dari Indonesia yang mengirimkan SMS itu tetapi tidak berjawab.

Pegawai sebuah bank di bandar ini turut menerima SMS sama yang kononnya dihantar seorang ‘Pak Cik’ dan meminta dia menambah nilai telefon prabayar sebanyak RM30.
So, hati hati eh korang, jgn baik sangat duk share topap je keje^^

Sumber : MyMetro.

08 December 2010

Travian

So entry kali ni, aku nak cerita pasal satu game yang aku pernah main dulu tapi tak sempat habis aku dah delete account. Sebab apa? Sebab game ni memerlukan korang membuang masa lebih kurang 9 bulan untuk main. Haa, lama tak? Mestilah lama. Gila kalau kata tak lama. Game ni lah nama dia Travian. 

Kalau nak main boleh terus copy dan paste di browser korang^^
 http://www.travian.com.my/?uc=my4_1914


Ini screenshot dekat main page dia.

Travian ni ada beberapa server yang mana setiap server ni berlainan waktu dia. Ada server yang dah start lama dah, ada yang baru dan ada jugak yang tengah-tengah.
Masa register, dia akan suruh pilih server mana yang korang nak. Macam yang ni, cuma ada dua server, 4 dengan 5.
Dalam game ni, everything fully in bahasa melayu. Sebab tu, kadang-kadang macam pelik sikit la, korang tau la kan macam handset tukar language bahasa melayu. Bukan nak kata bahasa melayu pelik, tapi korang paham paham lah kan? 


Ada 3 puak berbeza yang boleh korang pilih iaitu Rom, Teuton dan Gaul. Semua berbeza dari macam macam aspek. Contohnya, ada yang sesuai untuk main defend, ada yang jenis attacking dll. Tapi, macam yang di advisekan , beginner JANGAN ambik Rom sebab susah sikit. Susah macam mana? Tu boleh lah pergi baca kat guide atau forum dia ^^ Aku nak terang banyak2 aku pun tak master mana.. = ="


Dan jugak, dalam game ni amatlah digalakkan untuk pemain join federation ataupun persekutuan. Persekutuan ni kiranya macam group yang mana group ni lah yang akan korang bantu untuk kuatkan lagi persekutuan korang tu dan jugak membantu korang kalau korang kena attack dengan orang lain. So, bagi aku lagi cepat join lagi bagus. Korang pon selamat. Syarat2 nak masuk persekutuan ni bergantung la kepada kepala2 diorang sendiri macam mana nak masuk. Ada yang ikut population, ada yang ikot tentera ada yang main bedal je .




Nak terangkan untuk askar dengan bangunan dia memang susah dan BANYAK. Kalau korang rasa nak main, boleh la cari sendiri guide dia, ada bersepah2 kat forum kat main page Travian. ^^
Game ni tak pakai grafik tinggi2 sebab gambar pun 2D je. Walaupun korang rasa Pc korang wooden sekalipun, jangan risau still boleh main. Kalau korang kaya pulak, boleh beli emas guna duit a.k.a topup. Macam mana cara dia, aku tak tau, sebab member aku yang buat, aku takde duit hehe
Emas tu, kalau korang dah beli, macam macam benda boleh buat. Instant siapkan bangunan, beli ni la, tambah resource process speed la..dan mcm2 lagi laaa..



Ni just basic sangat ni aku cerita.Banyak lagi benda yang korang kena tau. Nak tulis banyak banyak malas pulak. So, kalau rasa nak main boleh main k! Dan jangan lupa pergi baca dekat forum. Semua information adalah sangat2 berguna :) Gud Luck!!


07 December 2010

Sarangsurowo

Oh moributho balkuthkaji da sarangsurowo
oh niga naui yojaranun ge jarangsurowo
gidarimi julgobgo ijen gonggimajo
dalkomhe irohge norul saranghe

Sesangi himdurodo nol bomyon
maume barami tonghe
iron ge sanun goji iron ge
hengbogiji ijeya nukkige dwesso nanun

Onjongil u urhedo nol bomyon
morie hedbichi duro
irohge nollaun ge sarangiji
gidarin borami isso

Jinanbon sarangchorom ulkabwa hanchamul mangsoryojiman
bocheji anhgo narul gidaryojun
no pyonanhage sumyodurowa

Oh moributho balkuthkaji da sarangsurowo
oh niga naui yojaranun ge jarangsurowo
mutugtughadon nega jongil shingulbonggul ujanha
deche nege musun jisurhan goya

Oh gurimjawa dwismosubkaji sarangsurowo
oh bukkuroun ejongpyohyondo jayonsurowo
gidarimi julgobgo ijen gonggimajo
dalkomhe irohge norul saranghe

Nol hengboghage hejugi wihe
nega nal akkige dwesso
ne mosub negabwado ije jogumun
gwenchanhun nomi doen god gatha

Oh moributho balkuthkaji da sarangsurowo
oh niga naui yojaranun ge jarangsurowo
mutugtughadon nega jongil shingulbonggul ujanha
deche nege musun jisurhan goya

Oh gurimjawa dwismosubkaji sarangsurowo
oh bukkuroun ejongpyohyondo jayonsurowo
gidarimi julgobgo ijen gonggimajo
dalkomhe irohge norul saranghe

Oh nananana nanananana nanananana
oh nananana nanananana nanananana
saramduri modudul burowoso
gyondil su obge gurohge uri saranghe
ooh hangajiman yagsoghe sesang kuthnal tekaji

04 December 2010

Pelik Tapi Benar

Dunia akhir zaman ni, biasa la benda benda pelik ni kan

Haaa aku bukan nak cerita pasal perkara perkara paranormal ataupun mistik sebenarnya. Cuma aku kadang kadang terasa cam pelik la. Orang zaman sekarang ni,dah tak boleh bezakan benda apa yang patut diorang marah ataupun tak boleh. Kerja nak pikir pasal diri sendiri je. Contohnya la kan, kalau hari panas terik bukan main maki," apasal la panas gila ni, tak reti reti nak hujan ke apa? haa, pastu bila da ujan pulak," aduhaaiii, aku dah la baru lepas basuh moto/keta, apasal la hujan, penat penat je aku basuh keta." Haih, marah jugak.

Yang menjadi lagi masalahnya kan, bila orang tegur cakap "Hujan tu Allah bagi, rahmat tu..." melenting pulak, "kesah pulak aku. Aku penat kot basuh moto/keta."Huish, jangan macam ni der, bukan ko sorang je duduk kat dunia. Aku tak paham betul. Aku tau la, aku pun bukan nya alim sangat tapi kalau aku basuh moto then hujan, nak buat macam mana, kita pikir je lah ada makhluk lain perlukan air time tu. Sebab tu Allah bagi hujan turun.Redha je lah kan. tak gitu?

Cakap pun kena jaga sekarang ni,pikir betul betul, tak boleh main sebut je. Pergi bedal main sebut tu yang  jadi mempersendakan hukum secara tak sengaja and banyak lagi laa kan.Jangan main main, dosa tau tak mempersendakan hukum agama ni dengan niat ataupun tanpa niat. Bahaya2..

Huu, nak tulis banyak banyak risau salah pulak kan. So, aku nak ingatkan la, jangan marah dengan rahmat Tuhan, bukan hujan je banyak lagi ok? Jangan sampai Allah tarik balik rahmat yang Dia bagi kat kita, serius merana nanti..  :)


02 December 2010

Nasib oh nasib.

Tengah aku merayau rayau dekat internet tadi, aku ternampak satu berita yang sungguh menyanyat.....menyayat hati. Sekali pandang je berita tu, terus terasa sebak. Nak tau berita apa? haa tunggu episod akan datang ok? haha


Kenaikan Harga Rokok Kepada 14.30.

Watepak!! 
Gila ke ape? aku tau la kerajaan sekarang tengah nak mengurangkan kadar penghisap rokok kat Mesia ni, tapi still tak logik. Diorang semua tau macam mana naik sekalipun harga rokok, orang akan tetap beli jugak.Itu la jenis perokok kat Malaysia ni.Ade sesetangahnya yang sanggup kurangkan makan untuk rokok.Heavy smoker la tu. Dan pada masa yang sama jugak, kerajaan pun dapat untung! Bayangkan la, sebatang rokok tu sebenarnya 5sen je satu. Kira la macam mana untung orang orang yang terlibat dalam urusniaga rokok ni dapat.

Tambahan pulak, dengan naik nye harga rokok ni, secara tak langsung nya jugak menggalakkan kadar rokok seludup. Bukan aku nak sokong rokok seludup, sebab rokok seludup bukan sedap pon kalau nak banding dengan rokok yang legal ni kan. Rasanya semua setuju bab ni.

Rokok ni benda yang dah sinonim dengan manusia. Susah kalau nak tinggal walaupun bapak aku dengan selambanya dia berenti. Dia kata nak berenti rokok kat aku, then esoknya terus berenti . Wah! fighter! haha
Maybe sebab bapak aku da rasa nikmat rokok dengan sepenuhnya kot.Jadi dia tak risau pun kalau berhenti mengejut. Ada sesetengah pulak, azam nak berenti dah ada, kadang kadang dah berenti dah pun, tapi tiba tiba dengar cerita kena penyakit lain pulak. Aku pun tak paham sebenarnya sebab ada orang kata berhenti mengejut boleh dapat penyakit. Bapak aku steady, member aku sorang tu da nak dekat 30 umur dia, steady je, siap makin gemok pulak tu.

Aku rasa mungkin sebab diorang ni dapat penyakit maybe bila berenti, tapi otak still bayangkan nikmat rokok kot. Nak tido je meleleh air liur teringat kat rokok. Lama lama stress dapat penyakit. Haha aku main reka je teori ni. Jangan percaya lak..

Aku pon tak paham kenapa aku merapu banyak sangat ni.So setakat ni saje la aku rasa jumpa lagi nanti :)