::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

20 April 2011

Teknik SEO | Lonjakkan Trafik

Okay, post kali ini bukan datok nak bagitau tentang Teknik SEO ataupun trick trick SEO. Sebab datok pun baru saja habis menggeledah blog Pendekar sebab beliau memang mahir dalam teknik SEO ini. Datok baru belajar dan tak banyak sangat pun yang datok tau lagi. Jadi, kepada anda semua yang nak belajar teknik SEO ini, boleh saja pergi ke sini. Hehe.

Datok bukanlah gila trafik, cuma siapa yang tak nak tengok blog mereka penuh dengan UV ( Unique Visitor) tiap tiap hari melambung lambung di luar dugaan. Haha Jangan tipu, tipu dosa. Haaa

Seperti yang dikatakan beliau, teknik ini mudah tapi akan jadi susah bagi mereka yang MALAS. Kena lebih kan lah sikit bertanya, kaji sana sini sikit, ilmu tak datang bergolek. Tapi, kalau korang semua jenis yang memang niatnya buat blog personal, tidak ada masalah. Ok? :)

Macam yang datok post kan sebelum ni, mengenai penggunaan IntenseDebate dengan CommentLuv, benda benda ini akan membantu blog korang dari segi backlink, sebab kalau tak silap Datok la kan, Intense Debate ni dofollow yang menjana backlink kepada blogger lain yang mengkomen. Ini bermakna, secara tak langsung akan menggalakkan blogger blogger lain komen di blog anda.

Tambahan juga,
Plugin commentLuv ini akan ada bersama sama comment anda dan anda boleh memilih untuk post entri anda bersama dengan komen anda. Jadi bila anda komen, dan entri anda ada sekali, kalau ada pengomen lain yang terbaca dan terdetik nak tekan, bukan ke dah menjadi satu perkara yang bagus. Betul tak? Hmm, tapi janganlah pulak ini korang jadikan alasan nak komen mengarut ataupun dengan kata lainnya, spamming semata mata nak tunjuk link. Komenlah seikhlas hati anda kan bagus? :)

Apa - apa pun, kalau ada salah dalam datok punya entri kali ni, harap korang semua boleh tolong betulkan. I'm still learning. :D

18 April 2011

IntenseDebate

So, aku baru saja lepas Intense Debate dekat blog aku. Kenapa? Haha Sebab aku saja nak try menggunakan comment yang 'dofollow'. Default comment box blogspot adalah 'nofollow', so agak merugikan la. Tapi korang jangan tanya aku apa tu 'dofollow', apa tu 'nofollow'. Aku tak reti nak terangkan. Haha

Aku tak tau lah pulak sejauh mana bagusnya pakai menatang nih, tapi tak salah mencuba. Hehe. Kalau rasa menyusahkan, aku buang lah balik nanti. Sebab, kalau tak silap aku, orang kata IntenseDebate agak melambatkan process loading. Hmm. Aku tak pasti lah pulak. Jadi aku try dulu.

Demi nak mengelakkan comment comment lama aku hilang, jadi aku set kan IntenseDebate nih hanya untuk post post terbaru saja. Sebab kalau aku set kat semua post dalam blog, comment tu semua akan hilang. Bukan lah hilang sebenarnya, cuma hidden sahaja. Kalau IntenseDebate tu dibuang, dan korang kembali pakai default comment, nampak la balik :)

Papehal kalau korang nak tau, macam mana nak install IntenseDebate, korang pergi usha sini. Step dia tak susah. As long korang follow betul betul. Ok? 

Maharaja Lawak, Layaaann

Siapa kat sini tak tengok Maharaja Lawak?
 Ternyata rugi besaaarr . haha 

Haha takdelah sampai rugi besar pun. Saja je.



Walaupun agak lambat post ni keluar, tetap akan aku keluarkan. Hiyyaaakk!


.... .. .


Okay.

Bagi aku, Maharaja Lawak kali ni memang best. Tapi bukan semua peserta best. Hanya certain certain je yang betul betul boleh buat aku gelak. Kalau aku tak cakap pun confirm la korang tau sapa kan? kan? kan? kan? kan? kan? kan?


okay, stop it datok. It's annoying.



   
Siapa lagi kalau tak bukan kumpulan Sepah, Jozan dengan Nabil. Dan aku nak tambah lagi tiga yang boleh tahan gak ar, R2, Jambu dengan Balas. Perghh, diorang punya lawak memang sempoi gila. Team feveret aku kalau korang nak tau, kumpulan Sepah. Aku memang minat dengan diorang sejak dari Raja Lawak 3 lagi. Sebab Raja Lawak yang aku follow pun cuma season 1 sampai 3 je. Lepas tu, aku dah kurang tengok. Entah la kenapa. Sibuk kot. Ceh


Sepah punya lawak memang bersepah dengan double meaning. Dah la tu, double meaning diorang bukan membawa kepada makna yang baik -___- haha . Tapi, bagi aku, aku memang tak kisah sangat pasal benda tu. Dan paling best diorang ni, sangat laah sempoi. Standard gaya aku dengan member member time lepak kedai Mamak je. Hehe


Cuma satu je lah, aku sebenarnya tak faham kenapa R2 boleh keluar. Heh, 'ramai' sangat lagi patut kena keluar dulu sebelum R2 keluar. Patutnya la kan. Mungkin ramai yang setuju dengan aku berbanding dengan yang tak.


Demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda lagi, Astro sekarang tayangkan dekat channel 'Warna' je. Satu cara nak bagi orang beli 'Warna'. Aku selaku student yang bergantung pada tv kedai makan menjadi mangsa keadaan. Konpem lah kedai tempat aku selalu lepak ni tak kan beli Warna. Tengok gaya tauke kedai dia pun aku tau dah. Heh. Takpe - takpe, aku akan berusaha cari port buang masa baru yang ada tv + channel Warna.
Bab nih rajinnya bukan main, bab study....hmmmmmmmm.... 

Aku gila tengok pun sebenarnya nak tengok 3 kumpulan je. Macam yang aku tulis sebelum ni la, Sepah, Jozan dengan Nabil. Ada member aku cakap dia yang dia berani bet yang Jozan menang, tapi aku cakap kat diorang yang aku pulak yakin Sepah menang.
*Tiada unsur unsur wang terlibat dalam pertaruhan ni, sekadar betting mulut je*

Hehe.

10 April 2011

Notis Dari Datok

Pejam celik pejam celik, sekali lagi, aku digegarkan dengan final examination. Bukan apa, sekejap sangat rasanya dah nak final untuk sem nih. Jadi, kerana sibuk yang melampau, aku tak dapat nak online lama lama untuk post entri baru. Sekadar reply comment yang mampu je. Kepada yang follow aku, minta maaf yer kalau aku tak follow balik, bukan tak nak follow, tapi nanti ada masa okey :D sekarang sangat ler sibuknya.

Jadi demi nak fokuskan pada final exam, aku akan berhenti sementara waktu dari dunia blogging. Subjek makin tough, dah tak boleh nak main main. Haaaaa

Sumbatparok perlu stop jadi sumbat buat seketika dan perlu jadi tak sumbat. Haha Nanti dah tammat gua punya exams gua datang balik. Jadi kepada korang yang singgah, tolong lah yer bersihkan sawang sawang mana yang ada kat blog ni, sapu sampah ke tak pun lap tingkap ke apa ke. Haha nanti aku dah kerja jadi bos, aku bayar gaji korang Hahaha ok bye bye~

Assalamualaikum~ \(^0^)/