Macam korang semua tau, Nescafe nih memang tinggi kandungan kafein.
Nak tau apa lagi effect effect kafein nih sebernarnya? Antaranya berdasarkan pengalaman aku sebab aku suka minum Nesacafe. Gila #### suka. Heheh
Sebelum tuh, apa kafein nih der?
Sebelum tuh, apa kafein nih der?
Kafein nih adalah sejenih bahan kimia a.k.a sejenis dadah yang terdapat dalam daun ataupun tumbuh tumbuhan. Rasa kafein nih pahit dan memberi kesan buruk kalau di consume secara berterusan, dengan banyak dalam kuantiti yang banyak.
Sekiranya kafein diambil, kafein akan merangsang sistem saraf manusia dan kemudian akan meningkatkan level kepekaan seseorang, memberi tenaga dan of course tahan mengantuk.
Kalau macam tuh, apa effect Nescafe nih sebenarnya?
- Cenderung kepada penyakit osteoporosis, yang mana badan kekurangan kalsium dek kerana kafein yang mengurangkannya
- Kencing yang sangat kerap, yep, SANGAT kerap kalau kerap minum Nescafe. Aihh, berapa banyak kerap dahh
- Susah nak tidur. Agak lah jugak. Keadaan dia mengantuk tapi tak berapa boleh nak tidur. Ha macam tu lah lebih kurang.
Nescafe 3 in 1 ni pun boleh tahan jugak kemerbahayaan dia tau tak.
- Boleh merosakkan buah pinggang. Der, buah pinggang tak jual kat kedai tau? Jaga elok elok.
- Jugak membahayakan jantung. Bahaya macam mana tu tak payah tanya. Kalau dah nama bahaya tuh, bahaya jugak.
Kalau Tongkat Ali Cafe tu apa cerita?
Kalau Tongkat Ali Cafe nih, aku cuma terbaca dari tempat tempat lain. Ada sorang brader ni dia selalu minum Tongkat Ali sebab nak elak badan letih. So, bila dia consume dalam jangka masa yang lama effect dia bila dia tak minum badan automatic jadi letih. Tak bermaya. Bila nak hilangkan effect nih, dia kena tahan lebih kurang sebulan macam tu, baru okay balik.
Aku tak pasti lah macam mana effect direct dekat badan kita. Haha mungkin ada mungkin tidak.
Kesimpulannya?
Apa - apa pun, bukanlah tak boleh minum kan. Minum tetap takde masalah. Pandai pandai buat moderation sendiri. Takat mana mau minum dalam sehari samalah macam rokok. Haha Okay? Semua benda kalau over-consumed akan ada kesan buruk. Betul tak? So, whatever you do, kesihatan nombor satu.
Ceh, macam iklan Kementerian Kesihatan.
p/s : aku suka minum nescafe sebab senang nak buat. Cuma, aku control bab sukatan gula. :D

