::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

22 March 2013

LRT di station Kerinchi Meletup?

Ini dia satu daripada dua video pasal insiden ni dekat station lrt kerinchi. Lebih kurang 5 saat sebelum video habis baru lah nampak meletup tu.


Bukan lah meletup yang seperti korang bayangkan, mungkin letup kecil je. Tapi apa apa pun tetap jugak bahaya. Di harap kerja penyelenggaraan dijalankan dengan lebih teliti lagi. Mungkin kali ini kecil, siapa tahu yang akan datang? 






p/s : Kenapa pergi tutup recording tu bila train meletup ?????  Hehe

21 March 2013

Dove Men + Care ( Funny Brazilian Commercial )

Woah! Lama sungguh aku tak menjenguk blog ni. Maaf kepada yang bertanya tapi tak di layan. 
Bukan tak mahu layan, cuma keadaan tak mengizinkan.

Dalam tempoh 5 bulan ke belakang, hidup aku berlaku bermacam- macam perubahan sehingga lah aku dah memulakan hidup bekerjaya.

Bekerjaya atau tidak, aku tetap nak curi masa sebab nak share satu video shampoo yang amat lah lawak.
Memang buat aku macm orang gila dekat ofis ni. Haha


P/s : Kalau rambut aku macam tu, ada kena halau dari ofis. haha

19 November 2012

Kesan Buruk Air Batu




Seperti sedia maklum, air batu atau pun ais ni memang dah tak asing lagi dalam kehidupan orang Malaysia. Baik sewaktu melepak atau di rumah pasti sahaja kita akan meminum air bercampur air batu. Jarang sekali yang melepak di warung akan mengorder air suam/panas. Ada, tetapi jarang :)




Jikalau tekak terasa dahaga, air yang diminum tentu sekali air berais. Teh ais, Nescafe ais, Limau ais dan semua yang berais ini sudah tak lari dari tekak kita. Tapi apakah korang semua tau, kesan ais terhadap badan kita?


Kesan buruk air batu / ais ini kepada badan kita amat memudaratkan sebenarnya, terutama sekali selepas kita makan. Air batu yang sejuk tersebut secara tak langsung akan membekukan makanan berminyak di dalam perut kita sekaligus melambatkan proses penghadaman.



Apa jadi kalau makanan dibekukan di dalam perut?


Bila makanan dah terbeku dalam perut, ianya akan membentuk sebagai lemak dan akan bertindak menyempitkan saluran saluran di dalam badan kita. Bila dah sempit, makin terkumpul la akan beliau lemak lemak tersebut. Konklusinya badan kita akan menjadi gemuk dan akan terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya



Lagi satu kalau kita selalu jugak minum minuman berais ni, badan kita akan cepat mengah/ penat. Ini dek kerana air batu tadi telah memperlahankan fungsi peparu kita untuk menukar gas oksigen kepada karbon dioksida.




Macam mana pertukaran gas tu boleh diakibatkan oleh air batu?


Ok, bab yang ni aku tak berapa reti sangat nak terangkan dekat korang, tapi aku cuba mana yang mampu. Cuba korang bayangkan gelas berisi air sewaktu korang lepak minum dekat mapley atau sebagainya, diluar gelas tersebut ada air setelah beberapa ketika. Betul?







So, macam tu jugak lah yang berlaku dalam badan kita. Bila kita kerap memakan/minum ais, air seperti diluar gelas tadi terjadi kepada peparu kita. Efek daripada itu lah yang membuatkan peparu kita menjadi perlahan dalam menjalankan proses beliau oleh kerana air yang terkumpul di sekitar peparu kita.


Bila bersukan, kita cepat mengah sebab pertukaran gas lambat berlaku dalam badan kita.



Jadi, macam mana? Aku pun lepas menaip ni mungkin akan cuba mengurangkan minuman berais. Muda muda kalau peparu kurang function beliau memang rasa tak best. Nak bersukan pun cepat penat. Mari kita minum air suam hari hari supaya badan kita kembali sihat.






p/s : Apa yang aku tulis ni berdasarkan apa yang aku baca di internet. Jika ada kesalahan mohon ditegur. Biar sama sama belajar dan sama sama tahu. :)