::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

20 February 2011

Siapa minat shisha?



Sebenarnya aku bukan minat sangat pun shisha. Tapi entah kenapa bermula lah dari hari Ahad hari tu, aku dengan sahabat sahabat serumah aku boleh bedal shisha tiap tiap hari sampai hari jumaat. Aku dah nak naik musykil kenapa. Mungkin sebab tukang bancuh flavour tu ok? Atau memang sebenarnya aku minat shisha tanpa disedari? ish ish ini semua kecelaruan identiti ni.. eh tak tak ini untuk bapok bapok boleh la pakai haha

gambar tiada kena mengena dengan sesiapa Ahaha
Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan lah, harga shisha dekat kawasan kedai makan di bandar jengka nih, bukan murah pun. Sebotol RM 15 yang mana kalau dekat kl korang boleh jumpa bawah Rm10 bersepah sepah. Flavour yang dibancuh pun tengok brader tu, kalau dapat time dia bancuh sedap , jawapannya sedap ler, kalau tidak terpaksa lah aku "sabor je lah" dengan shisha tu. Ceh bagi sesiape yang masih tak dapat tangkap tagline tu sila cari rakan rakan terdekat di kawasan korang dan copy citer Hantu Kak Limah.


Berbalik la kepada cerita asal, aku yang dah semakin risau dengan taraf kesihatan aku ni, aku pun google di internet pasal keburukan shisha. Yang aku jumpa, orang duk cakap yang shisha = rokok. Mungkin betul la kot. Aku sendiri pun tak pasti.Ada yang mengatakan bahawa satu proses penghisapan shisha bersamaan 200 batang rokok. Wah aku tembak je 200 tu, tapi rasanya macam tu kot aku pernah baca dulu. Tapi bukan cakap cakap kosong yang aku nak. Aku perlukan fakta yang bagitau pasal keburukan shisha. Mana tau kot kot shisha ni sebenarnya bawak kanser hidung ke ape ke kan.


Tapi kalau nak diikutkan rasa aku lah, baik aku isap shisha dari isap rokok. Sebab apa? haaa
1) Rokok mengkuningkan gigi tapi shisha tak.
2) Rokok membuatkan bibir menjadi kebiruan biruan air laut dalam gitu.
3) Rokok juga membuatkan mulut menjadi kurang wangi. Haha ni bahagian sedap hati.
4) Rokok membuatkan perokok kerap batuk dengan kadar 150 km/h.

Taip punya taip dari tadi tiba tiba aku rasa nak isap shisha malam ni. So sapa sapa nak follow jom! Sila bawa bersama keping kepingan wang untuk bayar shisha tersebut. Tak larat nak payung korang. Haha

0 Comment: