::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

31 March 2011

Lukisan dan Aku

Siapa dekat sini yang memang minat melukis masa kecik kecik dulu?
Aku tau, kalau bab bab melukis ni , memang ramai yang pandai.  Kalau tak silap aku, minat aku untuk melukis lahir secara tak langsung akibat terlalu banyak baca majalah ujang. Kemudian aku terdedah kepada komik wira tunggal. Dah terkena bahang bahang asmara dia, aku pun jadi nak melukis. Angan angan si budak kecil yang nak jadi pelukis dengan latihan melukis dua atau tiga keping gambar.

Korang bayangkan je lah, masa aku darjah 3 aku dah mula lukis robot. Tak nak lawa pulak robot tu. Okay, tak payah penat bayangkan. Aku tipu.

Haha

Takde lah, aku memang dah mula melukis pun masa darjah tiga. Yang paling bestnya aku punya pengalaman bab bab melukis ni, antaranya masa aku kat sekolah agama dulu. Time tu darjah 4. Aku ni pulak time tu jenis memang tak boleh bendung dah dia punya kebencian dengan subjek bahasa Arab. Apa lagi, dengan tangkasnya, aku gunakan setiap waktu subjek bahasa Arab untuk melukis. Tau apa aku buat? Aku dah mula buat komik guna buku latihan. Aku pikir pikir balik hebat jugak otak aku masa tu. Sewaktu kawan kawan aku sibuk main guli, bola cop, dan kad tepuk ( Wah!) aku sibuk dengan melukis.

Pernah sekali , cikgu bahasa arab aku syok kat aku nampak aku seronok tengah menulis. Curiga dan was was mula wujud dalam diri dia aku rasakan. Mana taknya, aku pun dengan menggunakan akal darjah 4, melukis sambil hadang buku aku dengan buku teks bahasa arab. Memang nampak sangat la ada benda kat belakang buku. Haha

Zaaaaaappp!! Dia angkat buku aku, lalu terdedah segala aktiviti sulit aku waktu tu. Pergghh, dia ambik buku komik aku tu, terus dia letak dalam beg dia.

"Muhaimin!, Kalau kamu nak buku kamu nanti, datang jumpa saya dekat bilik saya!! Faham??!!" kata beliau dekat aku secara mata bertemu mata . Dengan terkebil kebil aku pun angguk sambil air bergenang dekat kelopak mata aku. Sila ingat, aku masih darjah 4.

Lepas habis je waktu sekolah, aku pun terus pergi bilik guru untuk jumpa cikgu tadi. Puas kena bebel baru dia bagi balik. Lepas tu, aku terus tekad nak habiskan jugak komik aku walau apa pun yang terjadi. Hampeh sungguh, kecik kecik dah ada perangai malas study. Tau buat benda mengarut je.

Setelah mengambil masa yang lama, komik pertama aku berjaya disiapkan. "Siapa nak baca 10 sen" kata aku kepada rakan rakan sekelas. Saja testing nak buat duit. Haha Memang diluar jangkaan sebab satu kelas baca !! Siap ada yang mintak buat episod dua. Aku cakap kalau ada masa aku buat nanti.

Korang mesti nak tau aku buat cerita apa kan?
Hahaha Cerita dia pasal dua adik beradik kembar nak selamatkan member dia yang kena tangkap dengan orang jahat. Senjata si abang pakai pedang. Adik pakai kayu.

Mana la pergi buku tu sekarang.

22 March 2011

Ular Dekat Youtube??!

Okay, bukan ular betul.

So, hari ni nak share dengan korang semua pasal satu info yang aku baru tau. Ye lah, dunia je maju, aku tak maju maju pun.Aku dapat rasakan dengan naluri hati aku yang info ni sebenarnya teramatlah lama. Tapi biarkann,  Haha Mungkin ramai yang dah tau, jadi yang agak agak tak tau, boleh terus baca.


Kalau aku sebut, game Snake/Snake Xenzia, aku yakin dengan seyakin yakinnya yang korang tau. Dan yang menjadi lebih menariknya, korang jugak boleh main game Snake ni dekat Youtube! Wah! Game Snake kot, paling hebat zaman aku sekolah dulu seiring dengan game-game Rapid Roll dan Pocket Carom. High score taknak main ratus ratus dah, riban riban je. Haha okey dah dah. Tapi memang best pun dulu game ni! Ok Ok dah Cukup! Hehe game Snak...CUKUP!!


Cara nak main Snake ni dekat youtube, bila korang bukak je video kat youtube tu, pause kan video tersebut dekat 0:00. Lepas tu, tekan arrow ke kiri , sambil HOLD button arrow tersebut, korang tekan button arrow ke atas. Nanti nampak lah anak harun ular tu keluar dari tengah. 
Lepas tu main macam biasa lah. 


Pause dekat 0:00. Ular keluar dekat sini je. LOL macam main puzzle lak.











Nampak Ulat Jenis Molekul Kat Tengah Tu??


Note :: Aku bukan peminat Justin Bieber. Video dipilih secara rawak/rambang dari Youtube HomePage.

Dah puas boleh tutup. Ahah


Game ni pun diletakkan untuk sapa sapa yang dah boring sangat menunggu video tersebut untuk buffer. -___-
Tips ini tak layak nak dibaca oleh pengguna Unify dan seanteronya. Sebab mereka mereka ni, tak mengenali perkataan buffer.  

20 March 2011

Korang Semua Tau Tak?

1. Bill Gates mengambil masa lebih kurang 4 bulan hanya untuk develop nama 'Windows' tersebut.

2. Pelakon terkenal, John Travolta adalah seorang yang gagap semasa beliau kecil.

3. Laman sosial seperti Facebook, Myspace, Friendster dan lain lain lagi sebenarnya adalah cetusan idea daripada orang yang sama.

4. Clauds McKay adalah orang pertama yang menggunakan perkataan 'dumbshit'.

5. Enjin kereta persendirian termahal di dunia adalah milik pelumba F1, Michael Schumacher.

6. Mark Zuckerberg tidak pernah mempunyai kekasih ketika di Universiti Harvard.

7. Sebahagian besar pelajar sekolah di Afrika tidak mengetahui ilmu matematik.

8. David Copperfield hampir membuat cubaan membunuh diri kerana telah gagal dalam satu pertunjukkan silap matanya.

9. Tiada orang di dunia ini pernah menyangka bahawa teori Darwin sebenarnya bukan cetusan dari Darwin sendiri.

10. Lorin Kesya seorang wanita yang pernah mendakwa terjumpa jelmaan Dinosaur beberapa kali dan akhirnya dihukum bunuh setelah mendapati dakwaannya palsu.


Macam mana? Menarik bukan? Memang menarik sebab fakta fakta di atas aku yang reka. Hahahaha!!
Jangan marah, Hahaha aku cuma nak ingatkan korang semua yang tak semua info dekat internet ni, boleh dipercayai. Okay? Hahaha! 

19 March 2011

New Tab Tanpa Perlu Right Click

Semalam aku berjalan jalan di internet, aku terjumpa satu info yang agak bagus untuk digunakan. Bagi yang dah tau, takpe lah, aku cuma nak bagitau pada yang tak tau. Agak melecehkan jugak kalau setiap kali korang nak new tab, kena right click then kena tekan new tab

Sebenarnya, takde lah leceh mana pun, cuma aku just nak share info yang lagi senang. 

Nak tau?

Haha, senang je, pergi dekat mana mana link, then tekan scroll button tu. Jangan scroll kan scroller tu, tekan scroller tu, then secara automatis nya, link tu akan dibuka pada new tab. Haaa, senang kan??

Tak mungkin scroller tak kenal, yang tengah tengah tu. Haha 

14 March 2011

Tahniah Lee Chong Wei



Tahniah kepada Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan kejuaraan beliau lagi tahun ni.
Sekaligus menghalang Lin Dan dari memperoleh kemenangan All-England buat kali ke-5.

Aku memang minat badminton. Saja je aku nak buat post even pasal benda ni. Haha

13 March 2011

Mana Sikap Hormat Sesama Kita Ni?

Entri ini tidak ditulis dalam keadaan marah. Harap Maklum.

Dah banyak kali sangat dah ni,  walaupun ada warga tua yang buat salah dekat jalan raya, aku tetap angkat tangan sebagai lambang meminta maaf. Di tambah dengan senyuman manis. Lepas tu aku akan dibalas dengan jelingan tidak puas hati dari warga tua tersebut yang macam menyalahkan aku. Dems.

*****

Haha
Tiap tiap kali kena macam ni, memang aku daripada nak senyum ni, terus tak jadi . Bukan aku tak nak hormat orang tua , tapi kadang kadang diorang pun tak hormat orang muda. Kalau tak nak senyum pun, angkat tangan pun jadilah. Sumpah aku tak kisah walaupun salah orang lain. 


Takkan lah sebab aku ni naik motor, terus di cop rempit? Pembawa masalah??? Penin penin.



Kadang kadang tu, terang terang mereka ni buat salah, tapi mungkin sebab ego atas dasar pengalaman hidup yang lebih banyak daripada aku, tangan terus jadi berat nak angkat, mulut pun jadi keras nak senyum. Macam contoh situasi baru je berlaku tadi, member aku baru je bagi sorang mak cik ni dengan anak dia lintas jalan. Member aku bukan main senyum sambil tunjuk isyarat "Haa mari makcik, lintas lah". ( Member aku bukan pondan, aku saja tulis macam tu )


Muka keras seperti patung lilin yang mak cik tu buat. Kitorang berdua pun gelak gelak senyum jelah. Nak buat macam mana, anggap mak cik tuh sakit gusi je lah kot.


So korang macam mana? Ke korang yang buli orang tua ?? Haha 

09 March 2011

Nyamuk Yang Racist.

Nak jadi kan cerita, lepas je aku balik makan semalam, hujan lebat secara mengejut. Nasib baik aku dengan member aku, Tulang dah pun berada dalam kereta. Kerana terlalu lebat, jadi kami buat keputusan pergi lepak rumah member sebab kalau balik terus confirm kuyup sebab dalam perjalanan nak masuk rumah tu, langsung tak ada bumbung.

Lepas dah lepak dalam sejam lebih tu, Tulang menyusulkan idea untuk balik ke rumah. Menggunakan payung patah dia. Hujan dah reda sikit jadi rasanya ok la jugak kalau nak redah pun.

Sesampai dekat rumah aku tengok gelap semacam je. Mungkin plug tertendang masa kilat tadi. Dengan menggunakan lampu henset aku, kitorang berdua pun try on kan semula plug. Tapi sayang takde effect. 
Nak keluar pergi tido rumah member lain confirm semua dah tidor. Tambah pulak hujan lagi. Memang terus tak keluar la jawabnya. 

****


Mula mula tidur memang lah layan, dengan angin sepoi sepoi bahasa, tambah pulak sejuk sejuk gitu sekejap je aku cakap korang, memang terus lena diulit intan. 

Tapi sayang, keselesaan aku tak lama. Lebih kurang dalam pukul 3 pagi, aku pun diserang oleh segumpal nyamuk yang dahagakan darah aku. Tau la badan berlemak, darahnya manis manisss ajja. Haha Nak bandingkan dengan tulang, memang pada nyamuk, aku tampak lebih menyelerakan. 
Ayat : "Yang atas tilam nampak macam selera sikit! hehehe

Apalagi, terjahan demi terjahan kena pada aku. Aku pun tangkas bangun mencapai kertas nota Operating System aku dah membalas serangan. Tak tau lah berapa banyak nyawa tergadai dalam perang malam tu. Ada nyamuk cuba menyerang melalui telinga, lubang hidung dan pelbagai tempat berbahaya lagi namun pertahanan aku tak boleh dipandang rendah. 

Perang tadi berlanjutan sehingga pukul 6.30 pagi, waktu tu semua nyamuk dah nak pulang ke tempat masing masing. Aku pulak cedera parah kesan dari perang tadi. Tapi, disebabkan mengantuk yang teramat sangat , tak sampai 5 minit aku dah tidur.

Aku nak ucapkan terima kasih dekat kertas Operating System. Disebabkan beliau, aku dapat mengharungi malam yang penuh dugaan tersebut. Demmit.

07 March 2011

Pembypassan. Paham?

Kerana Lecturer aku gagal untuk hadir di kelas kerana demam, aku pun tanpa segan silu terus  meluncur surfing dekat makmal komputer tersebut. Cuma yang kurang menarik adalah sebab kepelbagain block di laman-laman web terkemuka seperti Facebook, Youtube dan mana- mana lagi yang korang boleh pikir. 

****

Jadi disebabkan itu, sahabat aku, pengasas, pembentuk dan pemenuh blog eddytech03.blogspot.com iaitu Eddy telah menujukkan aku cara nak bypass security di sini dengan menggunakan proxy server yang disediakan. Wah, aku gaya macam pandai je. Ini pun aku tulis je balik apa yang dia cakap tadi. Paham sikit sikit je.

Abaikan gambar yang menunjukkan gaya cerita seram.


Korang cuma perlu lihat dekat SINI. Ini adalah tutorial yang berharga so, gunakanlah dengan bijak dan bergaya. Follow step by step korang pasti berjaya.Aku macam nak bagi ceramah motivasi pulak dah. Lupa pulak aku nak ucapkan terima kasih dekat Adam dengan proxy tambahan yang dia bagi. Hehe 

Note : Di harap petugas makmal komputer tidak membuka blog ini mahupun blog eddytech03. Anda dilarang sama sekali.













06 March 2011

Program Pembangunan Pelajar,2011.

Bangun tak membangun jugak lah program ni bagi aku. Kerana dota aku tidur lambat walhal aku tau 7.45 aku dan seluruh warga Uitm yang terlibat kena berkumpul sebab buat "Merentas Desa". Aku tak tau la tu merentas desa ke tak, sebab setahu aku lah kan, merentas desa kita kena berlumba tapi yang ni punya program kalau sampai checkpoint dia, korang masuk group lain korang memang kena denda. Amende laa..

Haha aku pun tak paham dan tak ingin paham jadi aku mengeraskan hati aku masuk group lain. Bukannya apa, group aku semuanya kurang boleh masuk bila bercakap dengan aku.. bukannya nak kutuk diorang.. haha

Jadi dengan keadaan mengantuk tu aku ber...jalan. Tak rajin pulak nak berjogging. Dan dan pulak checkpoint dia, betul2 depan rumah aku. Nak je ikut hati masuk rumah terus tido. Haha tapi alang alang dah berpeluh aku pun membatalkan niat aku dengan penuh bermaruah.

Sorry lah takde gambar untuk aku upload sebab dengan keadaan tadi, mood untuk ambik gambar langsung takde. Aku tau gambar memberikan seribu makna tapi apakan daya.

Satu lagi yang membuatkan aku rasa musykil dan curiga dengan aktiviti yang disediakan dekat checkpoint. Macam kurang bermakna. Tapi bukan nak kutuk usaha mereka mereka yang dah buat aktiviti tu, tapi.....

Lebih kurang dan tak lebih nak dekat sampai Uitm, barulah kekuatan aku kembali. Tiba tiba aku rasa dunia ni aku yang punya. Wah wah. Abaikan ayat tu. Member member sepelarian aku yang lain pun semua terus sprint untuk sampai ke pagar Uitm bagi mendapatkan air dan makanan. Aku tak sanggup dah nak berjalan pergi ambik makanan. Aku terus ambik motor, start lepas tu terus jalan jalan makan angin. Lega. Itu je yang aku dapat pikir waktu tu. Hahaha

03 March 2011

Operating System Dan Dota. Dota Lagiii...

Aku sedar tahap ke-update-tan blog aku semakin lama menjadi semakin perlahan, jadi kali ni aku nak update jugak tak kira apa pun yang nak jadi. Semalam nak dijadikan cerita, aku ada quiz math, quiz Operating System, test Operating system. Aku pun apelagi, gunakan satu malam untuk study semua tu, kata genius sambilan.. haha satu malam je dah cukup. Cukup la untuk cukup cukup makan. Demm  pemalas.

Jadi aku pun macam biasa, lepas makan malam, balik je rumah terus study. Tapi macam biasa la, tengah study ni la macam macam dugaan datang melanda.




Puas study dengan game, aku tak sedar dah pukul 3 pagi. Mata dah pusing, tambah pulak nak study subjek fakta memang tak dapat la jep. Rela tak rela aku kena tido jugak. Esok kelas paling awal pukul 8 pagi. Semenjak dua menjak nih, aku dah beberapa kali gagal tunjuk muka time kelas pagi. Seronok sekarang la, sedih pulak nanti bila dah dapat surat layang dari lecturer aku.

Set alarm bukan main lagi, sampai 5 alarm. Lagu setting baek punya. Jenis jenis kalau bunyi nanti , speaker phone aku boleh terus tukar baru. Hati dah lega, aku terus tidor. Padahal study bukan main sikit. Tido mau je laju. Demm.

Esok pagi aku dengar alarm, bangun punya la semangat tap tap tengok jam cantik je nombor tulis 10:45. Haha termenung sekejap sambil tu pikir.. macam mana la aku nak buat quiz nih? Tapi ni lah manusia jenis pemalas sejak azali, dah tau tak dapat buat quiz terus tarik selimut. Dalam sejam setengah lepas tu baru bangun balik sambung study untuk test malam nanti. Heh, sila jangan tiru perangai aku kalau tak nak dapat surat layang.

Malam tu lepas test, aku berjaya memujuk rayu lecturer aku untuk bagi second chance buat quiz. Tapi madam aku memang baik. Sebab tu aku suka. Aku cakap kat dia aku lambat bangun sebab study terlebih. Eceh, alasan nak baik je. Haha -__-