::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

01 November 2011

Chatime Publika Special With Nuffnang

Oh okay. Aku baru perasan pasal event ni. Agak lambat. So sapa sapa nak cakap "Oh,baru tau ke"  boleh lah cakap sekarang. Rupa-rupanya Nuffnang ada buat event nih bersama dengan Chatime untuk blogger-blogger Nuffnang yang terpilih. Macam mana nak buat supaya korang nih bakal menjadi orang-orang yang terpilih?

Masuk ke link ni dan baca pasal post yang Nuffnang dah buat pasal event nih. Dekat situ ada satu borang yang Nuffnang sediakan sekiranya korang rasa korang nak pergi. 50 blogger bertuah je yang Nuffnang nak tau. Haha

And tak lupa jugak, yang satu lagi nih Nuffnang bagi dekat semua Nuffnangers, voucher "Buy 2 Free 1" . 

Mana nak nampak?
Log in ke akaun Nuffnang korang, and then dekat icon hujung sekali ada satu icon air minuman tuh. Click je and then korang akan di bawa ke page gambar voucher tersebut. Click gambar tuh and print je voucher yang ada nama korang tuh. 
And bila pergi ke Chatime Publika outlet tuh, tunjuk je voucher tadi.

Voucher ni boleh guna sekali je sehari and selama 3 BULAN. haha betul tu, 3 BULAN. Tapi bukan voucher minum free, buy 2 free 1 tau. Haha agak agak korang lepak 3 orang, boleh lah kot pakai kan? 

Frasa Yang Menjengkelkan

*Aku sendiri tak tahu kenapa aku banyak menulis hari ni.

Sepanjang aku hidup nih, ada satu frasa yang cukup menjengkelkan aku. Bukan aku saja rasanya kot, mungkin semua orang pun rasa benda yang sama kalau ada orang cakap benda ni dekat diorang.

"LAH, KAU BARU TAU KE"

Haa, nak cakap lawak memang tak lah. Ayat nih kalau aku dengar mesti secara automatis nya aku akan terasa bengang dengan tidak semena-menanya. Mana tak nya kan, biasa lah kalau ada benda yang kita tak tau tapi orang lain tau. Tak kisah lah benda tuh baru ke lama ke kan.

Bukan semua orang tau der. Punya lah nak marah sampai terasa nak tulis kat blog. Har har har

Lepas nih, aku harap berita terkini dekat TV3 tuh mulakan berita diorang dengan ayat nih,

"Assalamualaikum, ini adalah berita yang kami saja tahu, anda semua tak tahu."

Hahaha Sekian saja entri bengang lewat malam.

Mimpi Pelik Yang Tak Patut

Kalau dah nama pun mimpi, pelik tu memang perkara biasa lah kan. Tapi nak buat macam mana, kerana terpengaruh dengan Hai dan cerita cerita mimpi beliau, tetiba aku rasa nak cerita jugak mimpi aku. Sebab mimpi aku sebelum sebelum nih semua waras lagi. Wahahaha

Nak dijadikan cerita, aku berada di suatu tempat yang aku sendiri tak pasti. Aku sendiri pun tak pasti aku siapa dalam mimpi tuh. Mungkin aku sendiri atau mungkin aku nih pahlawan. LOL aku tau bunyi cam bangang sikit. Haha

Tengah aku jalan jalan dalam mimpi aku, aku ingat aku ada jumpa sekor raksasa. Tak menakutkan pun, cuma aku je yang rasa macam binatang tu ganas.



Yang lagi best nya, kalau tak silap aku binatang ada 2 ekor. Dia duduk macam 2 tingkat. Kenapa diabinatang* duduk macam tuh jangan tanya, aku sendiri pun rasa aneh.




Lebih kurang macam tuh lah kedudukan beliau.

Punya lah rasa diri aku macam pahlawan mana tah, aku pun keluarkan laser dari mulut aku.


*Ngeri pulak aku tengok*


Aku rasa laser yang aku keluarkan tu dah kuat tahap Goku punya Kamehameha tapi rupa rupanya tidak. Bukan main senang raksasa tadi tu tahan guna totem yang dia keluarkan dari tanah. Yang tak boleh blah nya, dia tahan sambil tidur.


Tak sempat aku nak bagi jurus kedua,

BANGUN SUBUH!!!!

Ah, suara bapak aku. Dem nasib baik terjaga. Kalau tak..masak dah raksasa tuh hahahaha
Seronok pulak mengarut rasanya.

*diabinatang digunakan bagi menggantikan diorang sebab subjek bukan manusia.

Kelas Memandu IMKEDA

Haha Macam mana korang baca, tu lah dia yang aku nak cerita dalam entri kali nih. Bukan apa, umur dah berapa tapi lesen kereta pun tadak. Bukan aku tak nak ambik, cuma aku malas nak ambik sebab aku rasa macam tak ada keperluan nak ambik. Haha aku lebih prefer naik motor dari kereta. Mudah.


So, nak dijadikan cerita, aku rasa dah sampai seru aku ambik lesen kereta yang patutnya dari dulu aku nak ambik. Setakat nih, dah 3 kali kelas aku pergi dan esoknya adalah yang paling last. And then, aku dah boleh tempah tarikh untuk JPJ. Setakat nih, time bawak adalah sekali dua mati itupun sebab terlebih confident. Bajet dah 10 tahun bawak kereta jadi macam tuh lah.


Mungkin, bawak kereta jadi tak sesukar mana sebab aku bawak motor clutch, jadi cuma nak biasakan cara bawak kereta je lah kot. Hahaha tapi pikir balik, agak menyeramkan jugak bila teringat nak test JPJ nanti. 


Harap harap lepas lah aku dengan jayanya. HAHAHAHAHAHA

31 October 2011

Running Man Episode 1

AMARAN : ENTRI INI DITULIS DENGAN BAHASA INGGERIS YANG KURANG SEMPURNA. KANAK-KANAK BERUMUR BAWAH 4 TAHUN SETENGAH DAN SESIAPA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT LEMAH SEMANGAT DAN SAKIT JANTUNG TIDAK DIGALAKKAN MEMBACA. TERIMA KASIH.

_______________________________________________________________________________


Running Man is a new concept outdoor korean variety show which at first their venues were completely in a building such as shopping complex. Right after the shopping complex business hour, they would be filming inside.The cast for this show are Star Golden Bell MC Ji Suk Jin, The One Man Kim Jong Kook, Jeju Island Actress Song Ji Hyo, Singer / Comedian Ha Dong Hoon a.k.a Haha, Lee Ssang Kang Hee Gun a.k.a Kang Gary, The Nation MC Yoo Jae Suk, Actor Song Joong Ki and newcomer Lee Gwang Soo. At first,  was supposed to be a guest on Episode 2, however she has done a fascinating job in the show and was offered to be part of permanent members.

Early episode they would be filming around 10 p.m and ended around 6 or 7 a.m. On later episode, the venues and filming hour change a lot based on certain factors. 
Well, i guess anything about improving the show, a few changes won't hurt at all.

On Episode 1, the guest on Running Man were none other than the "Nation Fairy" Lee Hyori and Hwang Jung Eum. They were at first gather at the SBS Roof Garden for the show opening which at first to arrive was Yoo Jae Suk, followed up by Kim Jong Kook together Haha with and the rest with the order Lee Gwang SooSong Joong Ki , Kang Gary , Ji Suk Jin , Lee Hyori and lastly Hwang Jung Eum.


On this episode, they was divided into two groups which is the Expensive team and Cheap team. Their first mission was to find the most expensive item in the mall.



The next game was the Chicken Fight and to determined the order of which team goes first, the played the mouth version of Rock-Paper-Scissor. 




After the Chicken Fight, the teams was given another task which was to find the cheapest item in the mall and the last game of episode 1 was to play a Bridal Shot game.

For those who wanted to download the Episode 1 of Running Man

All thanks to kshownow for their subs. Kamsahamnida :D








24 October 2011

Yoona, Artis Bijak di Korea Selatan

SEOUL 23 Okt. - Artis jelita daripada kumpulan SNSD/Girls Generation, Yoona dipilih sebagai anggota kumpulan penyanyi wanita paling bijak di Korea Selatan, menurut satu tinjauan baru-baru ini.

SNSD Yoona


Tinjauan yang dilakukan oleh sebuah klinik di Gangnam Sochowon,Seoul itu dilakukan bagi mengetahui artis mana yang paling bijak oleh orang ramai. Tinjauan itu melibatkan seramai 148 responden terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan bidang. 

KARA Goo Hara
After School Kahi























Yoona memperolehi 54 peratus undi diikuti Goo Hara daripada kumpulan KARA dengan 23.4 peratus undi dan Kahi daripada kumpulan After School dengan 18.3 peratus undi. Tinjauan turut mendapati kebanyakan responden berpendapat, anggota kumpulan yang aktif 'bernyanyi', berlakon dan muncul dalam banyak rancangan realiti perlu mempunyai bakat dan bijak.

Girls Generation yang baru tampil dengan album baru, The Boys sedang mendominasi carta lagu di Korea Selatan - AGENSI

Sumber : Utusan Malaysia


P/S : Apa-apa pun aku tau, Jae Suk dengan DaeSung tetap Dumb & Dumber. Hahaha

Kesan Buruk Nescafe



Macam korang semua tau, Nescafe nih memang tinggi kandungan kafein.
Nak tau apa lagi effect effect kafein nih sebernarnya? Antaranya berdasarkan pengalaman aku sebab aku suka minum Nesacafe. Gila #### suka. Heheh

Sebelum tuh, apa kafein nih der?

Kafein nih adalah sejenih bahan kimia a.k.a sejenis dadah yang terdapat dalam daun ataupun tumbuh tumbuhan. Rasa kafein nih pahit dan memberi kesan buruk kalau di consume secara berterusan, dengan banyak dalam kuantiti yang banyak.

Sekiranya kafein diambil, kafein akan merangsang sistem saraf manusia dan kemudian akan meningkatkan level kepekaan seseorang, memberi tenaga dan of course tahan mengantuk.


Kalau macam tuh, apa effect Nescafe nih sebenarnya?
  • Cenderung kepada penyakit osteoporosis, yang mana badan kekurangan kalsium dek kerana kafein yang mengurangkannya
  • Kencing yang sangat kerap, yep, SANGAT kerap kalau kerap minum Nescafe. Aihh, berapa banyak kerap dahh
  • Susah nak tidur. Agak lah jugak. Keadaan dia mengantuk tapi tak berapa boleh nak tidur. Ha macam tu lah lebih kurang.




Macam mana dengan Nescafe 3 in 1?

Nescafe 3 in 1 ni pun boleh tahan jugak kemerbahayaan dia tau tak.
  • Boleh merosakkan buah pinggang. Der, buah pinggang tak jual kat kedai tau? Jaga elok elok.
  • Jugak membahayakan jantung. Bahaya macam mana tu tak payah tanya. Kalau dah nama bahaya tuh, bahaya jugak.


Kalau Tongkat Ali Cafe tu apa cerita?

Kalau Tongkat Ali Cafe nih, aku cuma terbaca dari tempat tempat lain. Ada sorang brader ni dia selalu minum Tongkat Ali sebab nak elak badan letih. So, bila dia consume dalam jangka masa yang lama effect dia bila dia tak minum badan automatic jadi letih. Tak bermaya. Bila nak hilangkan effect nih, dia kena tahan lebih kurang sebulan macam tu, baru okay balik. 

Aku tak pasti lah macam mana effect direct dekat badan kita. Haha mungkin ada mungkin tidak. 


Kesimpulannya?

Apa - apa pun, bukanlah tak boleh minum kan. Minum tetap takde masalah. Pandai pandai buat moderation sendiri. Takat mana mau minum dalam sehari samalah macam rokok. Haha Okay? Semua benda kalau over-consumed akan ada kesan buruk. Betul tak? So, whatever you do, kesihatan nombor satu. 
Ceh, macam iklan Kementerian Kesihatan.

p/s : aku suka minum nescafe sebab senang nak buat. Cuma, aku control bab sukatan gula. :D

22 October 2011

ScreenShot Dari Running Man Ep.63

Post kali khas untuk member aku, Hainizam! Takde pape pun, cuma adalah screen shot dikala bosan untuk tatapan umum. Hahaha











Default Comment Box

Tiba tiba aku merasa untuk kembali menggunakan default comment box untuk blogger. Jangan tanya kenapa. Sebab aku pun tak pasti. Hak hak hak!

Apa apa pun, selamat bercuti di hari Sabtu nih ya! :D

21 October 2011

Ducati Monster 795

Tengah selak-selak surat khabar, nampak berita pasal motorsikal berkuasa tinggi a.k.a superbike iaitu Ducati Monster 795 dah pun masuk ke Malaysia dengan harga RM59,999 termasuk insurans. Dan jugak, Valentino Rossi telah diberi penghormatan untuk melancarkan motorsikal ni.

Aku nih memang dari kecik lagi minat superbike, tapi nak buat macam mana kan minat je yang mampu, beli nya jauh sekali. Haha takpe takpe, ada rezeki nanti dah kerja memang aku nak sambar satu. Mungkin Ducati kot. Tengok lah. 

Ducati Monster 795


Ducati Monster nih jugak antara banyak banyak model Ducati yang paling laris sekali. Tapi, betul jugakkan siapa yang tak pernah dengar Ducati Monster. Hehe maksud aku yang minat superbike la. Yang minat kereta memang tak kan ambik peduli pun.

Kawasaki Ninja 150RR


Sekarang, atas ikhsan kedua ibu bapa aku, haha aku dibelikan Kawasaki Ninja 150rr. Untuk aku sekarang, motor nih dah jauh dari cukup. Ala ala superbike cuma dia 2-stroke dan kecik sikit lah. Kalau motor aku nih letak sebelah superbike superbike lain, motor aku nampak macam adik lah. Hahaha takpe2, Sikit sikit lama lama jadi bukit. Eh, macam takde kena je...

16 October 2011

LeeSang - The Girl Who Can't Breakup, The Boy Who Can't Leave




He eo ji ji mot ha neun yeo ja tteo na ga ji mot ha neun nam ja 
Sa rang ha ji anh neun u ri geu rae seo no no no no no no 

U rin sam baeg I man won jja ri jung go cha ro ham kke 

Eo di deun da nyeot ji nam bu reop ji anh ge 
Pal jjang eur kki go han jang ui sa jin e chu eog eur dam go 
Bam jam eur seol chyeo ga myeo seo ro reur ar a ga go 
Nae kkum eun neo ui mi rae ga doe eo 
U rin seo ro reur tta reu neun han ssang ui a reum da un sae yeoss eo 
Chae wo jyeo do bu jok haet deon sa rang 
Da si tae eo na do man na go peun sa ram 
Ha ji man se wor ap e seo neun yeok si 
Seo ro ui yok sim eur I gi ji mot hae 
Yok sir e hol lo anj a u neun neo ui ur eum so ri 
Na reur sso a bo neun nun cho ri 
Nar I gal su rog deo nan tto I byeor eur saeng gak hae ha ru jong il 
Tae yang eun tteu geo un de ni mam eun eor eo it ne 
Nu gu ui jal mos in ji sa rang ha gin ha neun de baby 
Mo deun ge geu dae ron de u ri neun byeon hae it ne 
Nu gu ui jal mos in ji sa rang ha gin ha neun de baby 
He eo ji ji mot ha neun yeo ja tteo na ga ji mot ha neun nam ja 
Sa rang ha ji anh neun u ri geu rae seo 
No no no no no no 
(X2) 
Ttae ron neo mu na ba ppa neo e ge mi an hae 
Ji gab e don eur chae u go si gan eur nae 
Ti na ge sa rang eur pyo hyeon mot hae do 
Neo wa ham kke yeong hwa reur bo go bab eur meog eu myeon 
Ni gi bun I pul lil geo ra yeo gi deon 
Nae saeng gag eun tto bit na ga 
Geo ri reur geo nil myeo neo e ge jang nan eur chyeo do 
Jin bu han sa rang nor I 
Sa rang eun han ttae sa rang eun I byeol gwa han pae 
I byeor eun sa rang eur de ri go ga neun de 
Tae yang eun tteu geo un de ni mam eun eor eo it ne 
Nu gu ui jal mos in ji sa rang ha gin ha neun de baby 
Mo deun ge geu dae ron de u ri neun byeon hae it ne 
Nu gu ui jal mos in ji sa rang ha gin ha neun de baby 
He eo ji ji mot ha neun yeo ja tteo na ga ji mot ha neun nam ja 
Sa rang ha ji anh neun u ri geu rae seo 
No no no no no no 
(X2) 
Sa rang eun han ttae sa rang eun I byeol gwa han pae 
I byeor eun sa rang eun de ri go gat ne 
(X2) 
Beo ri myeon beo ryeo ji neun ge sa rang I ra myeon eol ma na joh eul kka 
Mo du kkum in de ni son eur jab eun geon 
Won ha myeon eod eo ji neun ge sa rang I ra myeon eol ma na joh eul kka 
Mo du kkum in de na neun beos eo na ji mot ha ne 
He eo ji ji mot ha neun yeo ja tteo na ga ji mot ha neun nam ja 
Sa rang ha ji anh neun u ri geu rae seo 
No no no no no no 
(X2) 
No no no~ no no no~ 
No no no~ no no no~ 
Oh yeh~ 
Sa rang e mukk I neun nam ja neun yak hae ppa jin geol kka 
Sa rang eur gulm gi neun nam ja neun mu neung ryeok han geol kka 
Bi mir eur sum gi neun nam ja neun na ppeun geol kka 
Sa rang dae che wae byeon ha neun geol kka 
Yeh ~

14 October 2011

Internet Sharing Guna XP [TL-WN772N]

Imba. Seriously memang Imba. Setakat share internet dekat Windows 7 tu memang dalam tangan tapi bila main dengan Windows XP, jangan kata dalam tangan, dalam kaki belum tentu. 

Aku ada sebijik PC dekat rumah yang tersangatlah old school. Old school macam mana? Old school yang menggunakan RAM DDR1/DDR , ber-Windows XP dan mempunyai RAM 1.25GB. Haaaa, macam mana? Hebat tak hebat?

Nak dijadikan cerita nya, aku pergi lah beli benda alah yang bentuk macam broadband tuh, tapi untuk share internet and buat desktop boleh ada wireless. Kejap aku cari gambar dia jap.

Haaa, macam nih rupa dia.



Okay. So, aku pun installed segala benda yang perlu diinstal dan sampai lah ke suatu point yang bakal mengubah hidup aku selama sejam. Biasa kalau dekat  Windows 7 senang je nak sharing is caring internet nih tapi bila bermain dengan Windows XP aku buntu tanpa kata. Walauweyh. 

Rasa nak mengamuk je tadi. Lepas kena ceramah dengan mak aku sekejap, (ceramah sebab aku asyik amarah tak tentu pasal ) aku kembali jadi tenang. Tapi tak tenang jugak lah. Hahah 

Hampir  2 jam jugak lah aku berusaha nak menangani permasalahan nih. Akhirnya berjaya. Rasa macam boleh bukak kedai komputer dah nih. Hahahahahaha

12 October 2011

BlackBerry Bold 2 OS6

 

Okay, hari ni terasa nak tulis pasal blackberry aku yang baru je aku beli tak sampai sebulan. Aku beli Blackberry Bold 2 yang dah siap install dengan OS6. Terus terang, masa mula mula beli dulu, aku tak tau pun ada OS OS nih. Dah beli baru kaji.



Kalau yang tak tau, BB nih jugak dikenali dengan social phone/smartphone. Lebih kurang macam tuh lah maksud dia. Kiranya, kalau korang pattern yang suka facebook(yang dah pelik skrg), twitter, browsing internet, BBM semua ada. Tapi macam biasa lah, mesti berbayar punya. Takde apa dah yang tak bayar sekarang. Bab - bab pakej internet, nanti - nanti sikit aku cerita.



So, BB nih bukan lah perfect dan boleh kata banyak jugak problem yang dia suka buat. Tapi kalau dah biasa takde masalah pun. Haha


Kalau nak cerita pasal battery dia, memang sakit hati kadang kadang. PALING PENTING JANGAN LUPA CHARGE BATTERY selama 8 JAM. Standard procedure lah kan kalau baru beli handset kan. Tapi masalah BB nih and aku tak sure BB Bold 2 ke atau pun semua BB lain, tapi biasa nya kalau korang jenis pegang BB sepanjang masa nanti battery dia suddenly drained dan automatic shutdown.



Awal awal dulu memang sakit hati, sebab dekat battery punya bar baru 50% tiba tiba dia keluar message "Battery drained". Bila aku plug-in charger, dekat bar tulis 1%. Aku ingat maybe theme punya problem sebab entah entah battery bar tak berapa jitu tepat , so aku pun tukar default theme. Tapi problem tuh still ada.


Nak tau apa aku buat? Pantang kurang je battery, aku charge. Sampai sekarang dah okay. Ada sekali tuh punyalah bengang aku charge lama nak mampus. Haha Tersentak handset aku terus okay. Hehehe


Satu lagi, BB Bold 2 nih dia cuma ada 2 memory je. Satu memory card punya and satu lagi application memory. YUP, dia takde phone memory. So, segala jenis bagai gambar-gambar menarik korang semua letaknya dia memory card. Application memory pulak untuk simpan application yang di-installed. 



Dekat sini, problem BB Bold 2 bila korang pakai OS6. Sebabnya, Bold 2 bukan di design untuk OS6 tapi application memory dia besar so boleh muat OS6 yang bersaiz agak besar. Jadi, application memory tinggal sikit untuk korang install application-application lain. Kalau rasa nak intsall banyak application, pakailah OS5. Takpun beli je BB Torch takpun iphone. hahaha Orait chow~





08 October 2011

Korean Variety Show Running Man



Mungkin ramai antara korang semua dah tau pasal Running Man, dan dah tau 'kebestan'nya macam mana.Aku pernah post dulu pasal show nih jugak dulu. So, pada korang yang tak tau lagi, boleh je tengok online atau pun download cerita tu beserta dengan english subtitle sekali. Korang pergi je dekat http://www.isubs-squad.com. Register sebagai member forum. Free je, xpayah bayar-bayar dan siap. Download lah banyak mana pun yang korang nak. Dekat Isubs nih quality dia memang terbaik. Nak nak pulak kalau korang download yang 720p. Memang mantap dan HD.

Satu lagi tempat untuk korang download Running Man pulak adalah dekat http://forums.kshownow.asia/. Dekat sini subbing punya kerja memang laju. Juga free register, tak perlu bayar dan korang boleh terus download. Tapi kualiti dia kurang sikit dari Isubs tapi sangat laju subbing process.

EDIT : Sekarang ni Running Man yang korang semua download dari kshownow, quality dia dah improve. Tak macam dulu, dia sub sambil lewa, so agak teruk sikit. Mungkin ramai dah menderma dekat Kshownow ni sebab tu quality diorang dah improve. So, aku lagi suka download dekat Kshownow dari ISubs.

 Kalau katakan hari Ahad tu, episode tu keluar dekat Korea, mungkin dalam jumaat depan dah boleh dapat yang dah siap dengan english subs ( yang ini untuk download ). Kalau korang memang tak suka download, dan rasa nak tengok online sahaja ( streaming ) boleh je pergi dekat sini, cuma yang membuatkan aku kurang sikit tengok online ni sebab quality dia dalam 360p je. Rendah. Tak detail orang cakap. Haha













Selamat Mendownload :D


16 September 2011

BE Tidak Terkubur?

Seperti mana yang diceritakan dalam post sebelum nih, cukup lama aku meninggalkan dunia blogging secara tiba-tiba. Mungkin sebab kegagalan mencari sumber internet yang baik dan ditambah assignment yang tidak mengenal erti 'perikemanusiaan' , aku tak dapatlah nak update blog yang tak seberapa nih.

Jadi, kembali kepada topik yang sebetulnya. Aku cuma nak bercerita mengenai BE aku. Ingat lagi tak post aku yang dulu BE Di Suatu Hari | Nuffnang . Aku ingat lagi memula dapat benda nih, aku seronok gila imbabest. hahaha siapa yang tak seronok dapat BE kan? Haha Jangan tipu, tipu dosa. 

Cuma, yang menjadi persoalannya, kalau secara kasarnya lebih 4-5 bulan jugak lah aku tak update blog ni. Tapi kenapa semakin bertambah BE ku? Trafik bukan lah mencanak canak kalau nak bandingkan dengan blog blog otai kat luar sana. 



Tapi apa apahal pun, terima kasih tetap kena ucap dekat Nuffnang. Tanpa mereka, takde lah benda-benda nih semua. Terima kasih lah jugak dekat Taylor University, Cadbury, Motor Trader, Celcom MTV World Stage, Nescafe, Maxis dan juga kepada Prudential di atas iklan - iklan mereka. 

Tidak ku duga, rezeki aku tetap ada walaupun lama tak bukak blog. Haha Syukran2 :)

Final Exam Sudah Menegur

CEH.....APEDAAA... 

Baru je aku post entry baru setelah sekian lama, tapi sekarang aku dah nak kena rehatkan diri kejap untuk final. Aku nak aim tinggi sikit GPA aku, baru syiokk. Aku tak berharap mana sangat, cuma taknak jatuh je pointer aku. That's why kena stop kejap haha 

Ala, tinggal lagi 3 minggu je Datok kau dah boleh blogging puas puas time cuti sem nanti. Okay? 

OKAY...

Bagus. So sekarang, aku just nak wish dekat semua rakan blogger lain yang bakal / tengah ambik final masing-masing, 
GOOD LUCK and ALL THE BEST 
for you guys! 
Hehehe, Assalamualaikum~  

Meneroka Sejarah Alam Maya

Okay, aku bukan nak cerita pasal Bandar Bersejarah Melaka ke apa ke tapi aku nak cerita pasal blog aku. Lama tak menjenguk, aku sendiri dah tak ingat apa yang dah jadi dengan blog ni. Kenapa macam ni? kenapa dah jadi macam tu? Fuh fuh, tenang datok.. tenang..

WALAO!

Tengahari tadi, aku bertolak dari rumah sewa aku dekat pahang straight balik kl. Hajat sebenarnya nak balik sekejap je, nak ambik IC aku yang dah lama tersimpan di gudang JPN. Mana taknya, aku buat hari tuh bulan 7, so sekarang dah dekat 2 bulan. Hehehe aku warganegara yang cemerlang, bagi aku 2 bulan dah lama. Hehehehehe korang apa tau hehe

Lupa pulak nak bagitau, kerana masa tak berapa nak mengizinkan aku balik rumah lama lama, jadi aku pergi ke JPN dengan seluar yang agak dingin. Kenapa? Tanya lagi, konpem lah kena hujan atas highway tadi. Haha nak buat macam mana, aku yang degil taknak pakai baju hujan. Tapi korang nak ke pakai? Aaahh, korang tipuu!!

Ehem. Setel semua benda tuh, pukul 7.30 aku bukak PC otai aku nih. Asalnya aku ternampak blog member aku baru je update, dengan tak semena-menanya aku terus teringat dekat blog aku. Yelah, berapa kurun dah aku tak bukak. Oleh kerana perasaan kesian aku makin membuak - buak, segeralah aku taip url blog aku.

Nak dijadikan cerita pulak kan, sedap sedap tengah login keluar benda alah "Invalid Password or Username". 

AH SUDAH. SAH. AKU LUPA PASSWORD BLOG AKU.

Dekat setengah jam, kerja aku termenung sambil pikir segala jenis kemungkinan tak kisah lah perkataan, cerita mahupun bunyi yang boleh mengaitkan dia dengan password aku. Tapi, aku tetap JEM. Dengan tak berlengah - lengah lagi, terus aku bukak Yahoo Mail aku, kot kot la ada pape kat dalam tu yang boleh bagi klu kat aku.

Sekali lagi, aku log in username sama itu password..

AH SUDAHHH. SAH. AKU LUPA PASSWORD EMEL AKU PULAKKK.

Aku sendiri pun konpius tahap super saiya keempat. Selama nih, aku takde hal je ingat, kenapa tetiba je aku lupa? Aku hari tu ada ratah semut semangkuk ke? 

Nak dipendekkan cerita, pada asalnya aku nak buat entry pukul 12 tgh malam tadi, last last membawa ke pukul 5. Kepala aku dah naik pening. Nanti - nanti lah aku cerita macam mana aku berjaya meng-retrieve kan kembali password aku menggunakan PC yang serba serbi imba ni. Assalamualaikum~

20 May 2011

Lidah Pelat

Siapa antara korang semua pelat masa kecik? Baik mengaku cepat. Haha Takde lah, bukan nak kutuk pun. Fenomena pelat ni aku rasa bukan benda yang pelik pun. Pelat yang aku maksudkan nih, pelat tak reti sebut benda betul. Biasanya memang orang pelat lidah waktu kecik kan? 

Entah la, aku sendiri pun tak tau. Tapi kalau ikut pengalaman aku, adik aku , yang bawah aku sorang dengan yang bongsu dua-dua pelat masa kecik. Bila diorang dah besar, ok je pulak. 


Banyak jugak perkataan - perkataan pelik yang keluar dari mulut adik - adik aku ni.Contohnya ada sekali tu masa aku kecik jugak la, dalam darjah 5 kot, adik aku yang sorang lagi nih darjah 1. Diorang baru balik dari main kat padang area rumah aku. Sampai sampai je rumah, terus dia panggil aku.

"Abang Min! Abang Min! Tadi arip nampak penduduk kat padang dah tercabut! "

Aku pun terus jadi terkejut camtu terblur sambil membayangkan apa yang terjadi dekat padang rumah aku tu. Macam macam aku bayangkan, manusia tercabut dua lah dan macam - macam lagi yang boleh dibayangkan oleh seorang budak berumur 11 tahun.

Jadi, demi nak mengelakkan salah faham dalam diri aku, aku dengan adik aku terus pergi balik ke padang tersebut dan aku tanya balik mana penduduk yang tercabut tu. Terus dia tunjuk dekat tempat duduk yang ada dekat tepi padang. 

Laaa, cakap lah tempat duduk. Bukan penduduk. Adeh.

Yang adik aku sorang lagi nih, waktu kecik, kecelaruan bahasa beliau cukup dasyat. Pernah sekali aku ingat adik aku ni nak suruh bapak aku tolong fotostatkan surat beranak sebab cikgu dia nak. Tapi sebab perkataan fotostat tadi tu, dia pergi ganti dengan perkataan apa entah aku tak ingat, sampai sudah bapak aku tak paham.

Apa lagi, naik angin la orang tua tu. Mana tak nya, dah la nak dekat malam, adik mintak benda pelik pulak. Ada dekat sejam lebih bapak aku menganalisis perkara tersebut baru la terbongkar misteri mesin fotostat. Hahaha

Lagi contoh perkataan - perkataan pelik yang adik aku guna,

Toskin/ Setoskin/ Stonjin = Stokin

Swisgum = chewing gum

Gerjah = darjah ( eg: Darjah 4)

Kentakkan = Tingkatan

dan banyak lagi perkataan - perkataan aneh yang keluar dari mulut adik adik aku nih. Tapi nasib baik dah besar dah tau beza kan mana satu misteri, mana satu yang sahih. Haha





18 May 2011

TGV Birthday Suprises For Nuffnangers


Ehem, pertama tama nya sekali dah tentu lah aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada TGV Cinema dan Nuffnang di atas hadiah harijadi yang cukup hebat. Hoho Ni lah first time aku dapat hadiah daripada orang yang aku tak kenal langsung. Thank you. Thank you. 

Aku sebenarnya tak tau langsung pasal benda ni. Semalam aku terasa nak bukak email aku dan aku pun ternampak emel dari Nuffnang pasal ni dan terus aku hantar ticket ke Nuffnang untuk penerangan lanjut. Ye lah, mana lah tau kot kot benda lain ke apa kan? 
Dan aku dapat respond dari Nuffnang dan sangat membantu aku dalam persoalan aneh aku. haha  =)

Hadiah apa? 

Klu dia dah terang lagi bersuluh, eccey, takde lah, TGV Cinema dengan kerjasama Nuffnang telah membuat Birthday Suprises untuk para Nuffnangers dengan memberi hadiah berbentuk Complimentry passes yang boleh di redeem di mana TGV Cinema. Hehe Jadi kepada korang yang rasa nak tengok movie, mari join. Jom jom. Aku dapat 4 pass untuk birthday present aku. Hehe

Again, thank you very much TGV Cinema and Nuffnang


Kesan Pengaruh K-Pop

Awek awek toksah nak pandang tempat lain. Aku memang tau terlampau ramai awek awek Malaysia nih memang kaki dengan Entertainment dari Korea tidak kira lah movie mereka kah, video music mereka kah, pakaian mereka kah. 

Tapi bukan awek awek je sebenarnya, haha lelaki pun bersepah sepah jugak dan antaranya termasuklah aku. Ada yang gila korea sampai buat band sendiri tu, contohnya Gula gula kapas apetah la nama dia aku pun tak ingat. Yang satu lagi dengar citer dah tukar nama jadi M-Pop sebab Malaysian Pop. Apekejadah nya laa mereka nih. Tak sedar diri. Okay cukup, bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya.


######


Start dari bila korang semua minat tengok segala benda dari korea ni? Adakah dari kawan korang? Adakah terjumpa dengan tak sengaja? Adakah kerana paksaan? Okay, yang last aku tak sure.

Artis korean pertama sekali yang aku kenal adalah tak lain tak bukan Wonder Girls. Waktu tu awal tahun 2008. Member seperdotawan aku punya kakak yang download video ni. Jadi member aku ni Jaudat a.k.a Tat, tengok la video yang di download  oleh kakak beliau. Lepas tu,

"Min Min! Tengok nih, awek lawa doe!! " kata Tat.

"Mana? Mana?

(aku bukan lah menyangap, sila baca dengan nada yang tenang ketika ini. )
aku segera ke bilik beliau di rumah sewa kami.

"Perggghhhh!~ Comel pulak diorang nih.

itu lah kata kata yang kami luah kan masa 1st time tengok Wonder Girls ni. Aku cakap terus terang, masa tu tak tau lah kalau aku ni yang tak up-to-date ke hapa,tapi memang K-Pop memang takdak orang kenal lagi. Aku pun ingat Wonder Girls ni group Jepun kot dulu. Last last baru tau.

Sekarang nih, macam macam dah ada. 2PM la, SNSD, Dal Shabet ,Super Junior, Big Bang, Bang bang boom dan banyak lagi lah sampai tak terkira dah.


#########

Member member aku yang memang tak masuk dengan Korea ni selalu je lah tepek aku 

"Pebende la ko ni, tak boring ke syial tengok citer korea hari hari"

Laa, bukan hari hari aku tengok benda sama. Lain lain kot. Ada sekali tu, member aku menyibuk buat haru time aku dengan member aku yang lain tengok seronok melayan citer korea nih. Kalau sapa yang tau, time tu aku tengah layan "Witch Yoo Hee". Member aku nih, bukan main lagi, buat haru ,sound sound kata ape la tengok citer korea la.. last last kitorang nak tutup dia yang suruh bukak next episod. Haha itu penangan jugak tu.

Selain tengok movie movie korea nih, aku sebenarnya lebih suka tengok diorang punya variety show. Salah satu variety show yang aku rasa best adalah Running Man. Memang kelakar gila babengs. 

Gwang Soo, Jae Suk, Joong-ki, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, LeeSang Gary, Lizzy (After School), Haha

Sekarang nih, aku dalam proses mendownload saki baki Running Man. Ada lah dalam 2 episod lagi macam tu. Jadi kepada korang, majulah sukan untuk negara.
Oh dem. Tak tau nak finishing ayat apa.






17 May 2011

Fenomena Tidur

Petang mendung sekali lagi menandakan bakal turun lah rahmat ke atas muka bumi ni. Aku yang rasanya dah cukup tido tadi pun, terasa mengantuk dek cuaca yang cukup sayu dan sejuk nih. Tak payah tipu, aku tau ramai belia belia sekarang suka menggunakan waktu macam ni untuk tido. Hehe

Bagi aku terus terang aku cakap, memang aku tak suka tido petang. Bukan cuba nak berlagak poyo atau apa - apa perkataan lagi yang sekufu dengannya. Cuma memang aku tak suka tido waktu petang ni sebab kalau tido petang, biasanya lepas bangun je memang tak sah kalau aku tak sakit kepala dan lemau. Aku rela tahan ngantuk dan bawak ke malam. Hehe baru syok nak tido. Kumpul kumpul ngantuk tu bila dah limit, tido. Perrrgghh!!

Okay, cukup dengan pengenalan.



Cerita pasal tido nih sebenarnya memang akan sentiasa membuatkan aku teringat dekat seorang kawan aku nih. Gelaran yang kitorang bagi kat dia dulu "Sawang". Haha nak tau sebab apa kitorang panggil dia "Sawang"?

Kejadian ni berlaku masa tahun 2008 dulu.
Dia ni member aku masa kat tempat belajar. Aku rasa semua orang pun tau kan yang standard waktu final exam, akan ada banyak gap antara paper kan. Jadi ada satu masa ni, gap antara paper member aku ni sangatlah jauh. Oleh kerana beliau ni bukan lah rajin sangat macam aku, jadi banyak masa nya diisi dengan melepet sepanjang hari.

Okay, disini melepet adalah :
Melepet = Melebam

Lebih kurang macam tu lah maknanya. Aku pun tak tau nak terangkan macam mana. Okay sambung cerita, gap member aku ni antara 2 paper beliau ni dalam seminggu. Kalau tak melepak kat kedai, kitorang bersembang je dalam bilik dan sebaliknya.

Satu hari ni, dek kebosanan yang melampau ( payah betul lepak ngan budak genius,waktu final boleh boring hak hak hak! ) dia tido sepanjang hari. Dia start tido dari pukul 11 malam. Dan korang rasa pukul berapa dia bangun? 11 malam esoknya!! Tak ke gila tido nye tu? Haha

Sampai la satu ayat ni keluar dari mulut member aku

"Woi! Ko ni tido ke apa?! Tak reti reti nak bangun! Dah bersawang sawang dah ko ni aku tengok!"


Hahaha disebabkan ayat ni lah jugak beliau dipadankan dengan gelaran "Sawang".

Sawang, kalau ko baca mende alah ni, aku mintak maaf weiyh. Haha tapi aku rasa ko takkan baca pun! Kihkihkih!

16 May 2011

PMR | Matematik | Hari Guru

Tengah aku duduk main facebook tadi, aku pun nampak status member member aku yang mengucapkan hari guru kat status diorang semua. Aku tengok pastu aku tenung dan aku tiba tiba je boleh teringat dekat cikgu matematik aku masa form 3 dulu. 

Kalau la korang semua nak tau, aku masa form 1 dulu sampai lah ke form 3, memang anti sangat-sangat dengan matematik ni. Kalau korang nak tau macam mana anti dia, umpama budak budak kecik yang langsung tak minat makan sayur. Macam tu lah aku anti dengan matematik ni. Setakat pergi kelas tak bawak buku teks dengan buku latihan memang kerja aku.

Ujian matematik waktu tu kalau lulus, pergh ajaib benar la tu. Haha 

Hari hari aku kena maki dengan cikgu aku. Macam macam dia cakap kat aku. Salah satu ayat dia yang aku masih ingat sampai la sekarang,

"Kamu ni Muhaimin, kenapa malas sangat ni? Kalau kamu gagal masa PMR nanti, SIAP la kamu!"


Disebabkan ayat ni jugak lah hari aku mula terdetik nak study matematik ni. Aku ambik masa lebih kurang 2 bulan sebelum PMR untuk study matematik ni. 


*********

Dan Alhamdulillah, aku dapat A untuk subjek matematik aku. Terkejut dia bukan main kepalang lagi. Serius aku tak tipu.Bayangkan la, subjek yang korang mental-block, tiba tiba dapat A.  Lepas dapat je result aku terus pergi jumpa cikgu matematik aku dan aku tunjukkan sijil PMR aku. Dia senyum dan ucap tahniah dekat aku. 

"Terima kasih cikgu"


*********

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PENDIDIK TIDAK KIRA PENDIDIK FORMAL ATAU PUN TIDAK
 =)

BE Di Suatu Hari | Nuffnang

Malam malam yang tengah sepi macam ni, disokong oleh salakan anjing-anjing liar yang kemain lagi besar, terdetik hati aku nak bukak nuffnang. Dah alangkah terkejutnya aku bila melihat iklan mCPM dah mula berjalan di blog aku yang sangat lah haprak dan hampis ( aku tak tau langsung wujud ke tak perkataan ni ).

Seronok dia bukan main lagi, sebab aku pun baru 7 bulan dalam dunia blogging nih. Terrsangatlah mentah , ibarat kata kalau kecik kecik dulu, tauke kedai tu cakap main tikam tu boleh dapat keta Tamiya, sanggup aku habis wang saku aku waktu tu demi mendapatkan kad "Terima Kasih" dengan tak terkira banyaknya.





Nih dia. Aku dapat kempen iklan dari Prudential Recruitment, Maxis Project Jedi dengan UIP Kung Fu Panda II. Aku langsung tak paham apa yang panjang panjang mereka tulis, cuma aku tau iklan ubat gigi, Maxis dan jugak cerita Kung Fu Panda. Hehe Lepas ni, kalau keluar Kungfu Panda 3 aku nak tengok hari 1st lah. Kih Kih Kih xD

Apahal - apahal pun, aku bersyukur sangat sangat dan terima kasih kepada Nuffnang dan pengiklan pengiklan di atas. *kih kih kih senyum lebar* kih kih kih * ..... .. .

Antara Simen dan Keluarga.

Abaikan tajuk, ayat rambang sekadar nak memenuhi syarat.


Agak lama aku mengambil masa untuk balik menulis blog. Di mulut kata tiada mood padahal di hati kata takda idea. Bukan senang nak tulis benda menarik, betul?

Nak dijadikan cerita, selepas 1 minit aku bukak mata dari tidur pagi tadi, aku dengar bunyi adik aku dengan ayah aku bercakap dari luar. Punya la aku teliti perbualan diorang, baru aku teringat bapak aku cakap nak simenkan kawasan depan rumah. Segera lah aku bangun dari tempat tidur aku dan menjenguk ke luar, nampak la dua beranak tersebut tengah meneliti kawasan projek mereka. 

Terus aku capai tuala dan mandi. Setelah setel usaha untuk meyakinkan diri aku telah segar, aku terus keluar. Daan, aku masuk balik sebab aku memang dahaga. Gila, macam mana nak buat kerja air pun tak minum. Eceh, alasan demi alasan keluar dari hati aku. 


Jenguk saja keluar aku nampak setengah lori pasir dituang di depan rumah. Perrghh, banyak tu. Kerisaun mula menular dalam diri aku. 
"Ni kalau tak sakit tangan tak sah" detik hati aku yang sedikit khuatir melihat pasir yang menggunung.

Tapi nak buat macam mana, bukan orang lain. Aku pun tolong dan mula mengambil shovel di dinding dan menggaul pasir berserta simen tadi secukup rasa. Dah cukup rasa, aku pun tambah air dah kacau sampai la sebati.

Terus aku ambil beberapa skop dan campak di sekitar kawasan projek. Aku ratakan menggunakan peralatan peralatan yang dah disediakan. 

*******************

Setelah 5 jam akhirnya selesai menyimen kawasan projek terbabit aku serentak merasakan badan aku sudah menyamai badan Sazali Samad. Pada pandangan mata aku lah. Tapi sakit dia mak aaiih, nak angkat keyboard pun sakit. Biasalah, badan lama tak train buat kerja kerja berat, asyik mengadap PC je, ini lah bahana dia.

Lepas mandi je, aku pun terus lepak dekat kawasan ruang tamu sambil tengok cerita apa aku pun tak pasti. Mak aku pun ada sekali dan sambil tu beliau pun berkata " Macam ni anak Umi dengan Ayah" sambil tersenyum. Aku balas senyuman mak aku dan ketika itu juga lah, aku terus teringat penat lelah mak dengan ayah aku selama ni.


Aku baring di atas sofa dan terus memandang tv yang tak tau cerita apa dan terus termenung jauh. Teringat aku waktu kecik kecik dulu mak aku selalu jerang air pagi-pagi sebab tau aku malas mandi sebab air sejuk. Sambil mak aku jerang air, sambil tu jugak lah aku tengok mak aku tersengguk - senguk menahan mengantuk. Tapi nak buat macam mana, waktu tu dengan akal yang teramat cetek aku tak berapa nak rasa benda benda macam.
Alah, aku pun mengantuk, mak aku konpem la ngantuk jugak. Sila jangan marah diri aku yang masih kecil tu.

Selang beberapa minit teringat jugak aku dekat peristiwa mak aku sanggup berjaga malam disebabkan aku demam. Walhal esoknya beliau perlu pergi kerja, namun demi anak tersayang beliau berjaga jugak di waktu malam. Kadang kadang tertidur, kadang kadang terjaga.

Banyak lagi peristiwa sepanjang 22 tahun aku dibesarkan dengan air tangan ibu dan ayah. Ni tak masuk lagi yang lepas ni, jauh lagi sebelum aku betul betul boleh berdiri dengan kaki sendiri dan aku pulak yang menjaga diorang.


*******************


Sekarang, aku sendiri pun rasa aku selalu ternaik suara bila bercakap dengan mak aku. Selalu sangat membantah bila bapak aku bercakap. 

Pernah jugak aku tanya mak aku, mak aku sayang siapa antara aku dengan adik beradik aku? 
Tak payah tanya pun takpa sebenarnya aku rasa, korang pun mesti tau jawapannya kan? Kalau tak tau, cuba tanya mak korang sendiri. Hehe :)

05 May 2011

WrestleMania | Osama

Kan? Kan? Kan? 
Tajuk dia memang nampak tak berkait langsung. TAPI kalau korang nak tau, semalam ini la yang jadi.
Begini ler ceritanya. Semalam, nak tengok bola punya pasal, aku pergi la awal sikit, takut tak de seat. So, bila dah awal tu, kedai mamak ni pun bukak la Wrestling dulu. Tengah lepak punya lepak, sambil mengusha Wrestling, ( WrestleMania kali ni best, sebab The Rock dengan Stone Cold datang balik pewwwiittt~ aku dah la minat gila babun dengan diorang nih ) tetiba boleh pulak John Cena cakap 

"Bla Bla Bla.. Osama is dead."  aku tak berapa jelas dengar, standard lepak mamak ar kan?
"I AM PROUD TO BE AMERICAN."
Perrggh, sampai ke dalam WWE pun ada sekali nama Osama keluar. Aku pun tak tau nak cakap apa. Punya lah anti dengan Islam ke hapa ke aku pun dah naik pening. 

Mereka oh mereka. Hahaduyyai~


03 May 2011

Phone, HandPhone Mahupun Handset

Entry kali ni aku cuma nak mempromotekan blog member aku, iaitu blog milik topeng. Member aku ni memang kaki dengan handset, barang barang handset dan segala perkara yang berkaitan dengan handset. Mana tak nya, baru je sehari cuti semestar start dia dah pun mula untuk kerja dekat kedai hanphone. Tauke kedai tu, Uncle Wong ( aku main beduk je Uncle Wong ) dah tempah dia awal awal lagi untuk kerja kat kedai handphone tu.

Dia pun blogger baru jugak. Ini kes terkena radiasi aku dekat rumah sewa yang selalu main blog. Haha Padan muka dia kan dah berjangkit. 

Dia cakap dekat aku yang dia nak buat blog dia khas untuk apa apa saja yang ada kaitan dengan handphone. Jadi, kalau korang ada apa apa nak tau pasal handphone, boleh je usha http://topengkembali.blogspot.com/. Entri beliau ni tak banyak pun lagi, kih kih kih. Tapi boleh pakai punya. 

Kalau korang tak jumpa maklumat yang korang nak, tanya terus dekat beliau. Mana tau entah entah dia boleh tolong. Ok? 


tambahan : topeng pernah memusnahkan handphone milik eddy iaitu pemilik eddytech03. kih kih kih kesian member.

Fakta Menarik Mengenai Milo

Aku yakin yang semua orang memang minum Milo. Tak kisahla minat ke tak, tapi aku rasa semua orang mengakui Milo tu memang sedap kan? Haa, sekarang aku nk bagi beberapa fakta menarik mengenai Milo sebagai penambah ilmu korang. 

1) Di perkenalkan pada tahun 1934, oleh seorang ahli kimia industri Australia, Thomas Mayne di Sydney Royal Easter Show.


Tin Milo pada tahun 1940
2)  Thomas Mayne sangat membenci kopi dan disebabkan itu beliau membuat kajian dan menghasilkan Milo.

3)  Produksi Milo bermula di New South Wales.

4)  Pada awalnya, Milo tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat Australia kerana rasanya yang begitu asing.

5)  Nama Milo itu sendiri diambil dari atlet Greek terkenal iaitu Milo of Crotona disebabkan kelagendaan kekuatannya. lol?

Milo of Crotona

6)  Bentuk asal Milo sering berubah - ubah demi mendapat bentuk yang paling sesuai.

7)  Di Trinidad & Tobago (dan sekitar kepulauan Caribbean), Milo dinikmati secara panas.


Kopi Panas. Layan layan. 

8)  Milo sememangnya direka untuk memberi tenaga kepada rakyat Australia terutamanya atlet atlet mereka.

9)  Malaysia dan Singapura adalah negara yang cukup popular dengan Milo.

10)  Tiada kajian yang sahih mengenai kesan memakan Milo secara terus (ratah) mampu mengakibatkan penyakit buasir.

11)  Rasa dan bentuk Milo adalah berbeza mengikut negara.

Perbezaan bentuk Milo mengikut negara


12)  Kini, kajian telah membuktikan tiada seorang pun di dunia yang tidak mengenali perkataan Milo.

13)  Milo adalah minuman yang sangat popular di Nigeria.

14)  Thomas Mayne pernah dikecam beberapa kali oleh penggemar fanatik kopi kerana cuba membawa perubahan asing di Australia.

15)  Jenis jenis tambahan baru untuk menikmati Milo iaitu Milo Dinosaur (Milo Tabur), Milo Godzilla (Air Milo + Aiskrim) <-- yang ni jangan tanya aku mana nak dapat, aku pun tak tau, dan yang paling common Neslo ( Nescafe + Milo ).

Haa, aku sekarang pun tengah menikmati Neslo. Panas panas gitu. Sedap, meeemang sedap! Hehe


p/s : Oh ya, aku tau korang mesti tak percaya kan sebab aku pernah buat fakta ni dulu. Semua fakta dekat atas ni 100 peratus sahih kecuali yang bermula dengan angka genap. HAHAHA!