::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

03 March 2012

Digimon, Faiz dan Taekwondo

"Woi, jangan lah main cheat mati 2 jam" member aku si Faiz melarang aku untuk menggunakan cheat yang cukup bahaya.
"ok ok  tak main" balas aku beserta senyuman sinis.


Ini adalah satu daripada banyak dialog yang berlaku sewaktu aku dan si Faiz yakni rakan sepembesaran aku tatkala bermain dengan Digimon sewaktu aku kecik dulu. Masa tu aku ingat aku dalam darjah 4. Masa tu memang Digimon ni sangatlah femes baik pada kaum adam mahupun kaum hawa. Jiran aku, seorang budak perempuan yang mahu namanya dirahsiakan, sebaya dengan aku pun tak ketinggalan bermain Digimon sekali bersama dengan aku dan Faiz. Cukup korum. 1 pompuan 2 laki. .... ... Hahaha abaikan aku yang berfikir secara lucah ini.


Walaupun ganas dengan kefamousan beliau, tapi bukan mudah jugak untuk aku membeli beliau. Harganya cukup mahal dan sememangnya mampu membuatkan kedua orang tua ku menolak permintaaan aku.

"Ayah nak beli Digimon" pintaku yang sewaktu itu sedang berada di sebuah pasaraya besar, Giant.

"Nak buat apa? Toksah mengada". Suatu jawapan yang sudah dapat aku analisa lagi biarpun masih berumur masih berumur 10 tahun.

Oleh kerana dorongan dari mana aku sendiri pun tak pasti, aku berjaya mengumpulkan duit untuk membeli digimon kepunyaan aku sendiri. Senyum sampai ke telinga itu sudah pasti. Bagi seorang kanak kanak ribena, memiliki Digimon sendiri ibarat sudah mempunyai sebiji Fairlady di halaman rumah.


Macam ni lah Digimon aku, sebijik warna macam ni 


Apa lagi, bila dah ada Digimon sendiri, terus aku pergi serang budak budak perumahan sebelah. Buat friendly. Menang agregat. Haha Takde lah, aku tak ingatlah menang ke kalah. Dah lama sangat benda ni.

Bagi korang yang pernah main Digimon jugak, mesti korang tau masa beli tu dia ada bagi macam tempat cucuk untuk kalau nak restart Digimon tu.

Tu yang ada anak panah tu lah bendanya


"Adik, jangan main cucuk je benda ni tau. Kalau nak mula balik baru cucuk, sebab nanti binatang tu jadi telur balik" brader kedai Digimon tu mengingatkan aku. Tapi, sekian lama selepas tu, aku dapat tau dengan menggunakan benda tu jugaklah kita boleh force Digimon tu untuk dapat high-level Digimon. Contohnya macam terus dapat yang Teddymon atau pun lain-lain lagi lah. Kalau dapat si taik,err nama dia..Numemon kalau tak silap aku, itu jadi kes bahana. Memang kasi naik darah je.

Tapi, zaman aku main Digimon ni tak ada lah lama sangat sebab aku ingat lepas tu ada keluar Super Digimon dengan menatang yang serupa macam Digimon tapi taekwondo punya. Ada lah sorang budak area perumahan aku beli. Aneh aneh je dia ni. Haha Mana taknya, Super Digimon tu sangat lah kuat sampai tak terlawan aku. Memang kena ayam ayam je.

Menatang yang aku panggil Super Digimon. Tak taulah korang panggil apa

2 Comment:

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

jm la battle ngan aku , hahaha~~

Myne|Datok said...

Hahaha mari lah, aku tak gentar hehe