Okay, aku bukan nak cerita pasal Bandar Bersejarah Melaka ke apa ke tapi aku nak cerita pasal blog aku. Lama tak menjenguk, aku sendiri dah tak ingat apa yang dah jadi dengan blog ni. Kenapa macam ni? kenapa dah jadi macam tu? Fuh fuh, tenang datok.. tenang..
WALAO!
Tengahari tadi, aku bertolak dari rumah sewa aku dekat pahang straight balik kl. Hajat sebenarnya nak balik sekejap je, nak ambik IC aku yang dah lama tersimpan di gudang JPN. Mana taknya, aku buat hari tuh bulan 7, so sekarang dah dekat 2 bulan. Hehehe aku warganegara yang cemerlang, bagi aku 2 bulan dah lama. Hehehehehe korang apa tau hehe
Lupa pulak nak bagitau, kerana masa tak berapa nak mengizinkan aku balik rumah lama lama, jadi aku pergi ke JPN dengan seluar yang agak dingin. Kenapa? Tanya lagi, konpem lah kena hujan atas highway tadi. Haha nak buat macam mana, aku yang degil taknak pakai baju hujan. Tapi korang nak ke pakai? Aaahh, korang tipuu!!
Ehem. Setel semua benda tuh, pukul 7.30 aku bukak PC otai aku nih. Asalnya aku ternampak blog member aku baru je update, dengan tak semena-menanya aku terus teringat dekat blog aku. Yelah, berapa kurun dah aku tak bukak. Oleh kerana perasaan kesian aku makin membuak - buak, segeralah aku taip url blog aku.
Nak dijadikan cerita pulak kan, sedap sedap tengah login keluar benda alah "Invalid Password or Username".
AH SUDAH. SAH. AKU LUPA PASSWORD BLOG AKU.
Dekat setengah jam, kerja aku termenung sambil pikir segala jenis kemungkinan tak kisah lah perkataan, cerita mahupun bunyi yang boleh mengaitkan dia dengan password aku. Tapi, aku tetap JEM. Dengan tak berlengah - lengah lagi, terus aku bukak Yahoo Mail aku, kot kot la ada pape kat dalam tu yang boleh bagi klu kat aku.
Sekali lagi, aku log in username sama itu password..
AH SUDAHHH. SAH. AKU LUPA PASSWORD EMEL AKU PULAKKK.
Aku sendiri pun konpius tahap super saiya keempat. Selama nih, aku takde hal je ingat, kenapa tetiba je aku lupa? Aku hari tu ada ratah semut semangkuk ke?
Nak dipendekkan cerita, pada asalnya aku nak buat entry pukul 12 tgh malam tadi, last last membawa ke pukul 5. Kepala aku dah naik pening. Nanti - nanti lah aku cerita macam mana aku berjaya meng-retrieve kan kembali password aku menggunakan PC yang serba serbi imba ni. Assalamualaikum~
0 Comment:
Post a Comment