::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

10 April 2012

Insiden Pecah Rumah

Sewaktu aku tengah final exam bulan lepas, aku mendapat ujian dari Allah. Rumah aku telah dipecah masuk oleh manusia - manusia yang mungkin memerlukan duit secara cepat. Habis barang - barang yang penting untuk aku habis dikebas dek mereka mereka ini.


Sebenarnya bukan lama pun aku keluar. Tak sampai satu jam pun tapi nak dijadikan cerita masuk jugak lah pasukan pencuri tersebut ke rumah aku. Aku ingat lagi insiden hari tu. Waktu aku balik tu sikit pun aku tak suspek rumah aku dah dipecah masuk.

Kawan serumah aku yang aku panggil topeng, dia lah yang masuk rumah dulu disebabkan aku baru je sampai. Sesampai je aku dekat rumah, aku nampak beliau keluar sambil membawa hammer

"Apesal pulak dia ni?" bisik aku dalam hati.


"Kau nak pergi pukul sapa nih peng?" tanya aku mengenai perlakuan pelik beliau tersebut.


"Tak, aku nak ketuk paku yang terkeluar dekat pintu tu." balas topeng ringkas.


Sambil memerhati beliau, aku kilas pandangan aku pada paku yang beliau baru sahaja tunjuk. Nampak memang dah terkeluar sangat - sangat. Bahaya kalau kena.


"Ini macam kena kopak dengan orang je ni hahaha" aku bergurau senda sambil tiada sedikit syak atau pun ragu kenapa paku tu tiba-tiba saja boleh terkeluar pada hari tu.


******


Setel proses mengetuk paku tadi, aku dengan si Topeng ni pun masuk lah ke dalam rumah. Nak makan nasi yang baru kitorang tapau dari kedai makan. Tak sampai 2 saat je langkah kaki ke dalam rumah, Topeng perasan atas meja beliau kosong ibarat lagu "kosong.. kosong~~" . . . okay abaikan. 


Apalagi, terus aku tajamkan mata aku pandang ke arah meja persendirian aku dan YA meja aku juga kosong. Laptop Acer yang telah 5 tahun meneman aku sudah tak ada lagi. Aku dengan Topeng secara tidak langsungnya melopong dalam keadaan  masih tidak berapa percaya.








Begitulah kejadian tersebut berlaku pada minggu pertama final exam aku. Esoknya aku ada paper dan ujian menimpa aku. Tapi mungkin hikmahnya aku dapat study secara 100%, kalau ada laptop mungkin 40% je fokus yang aku dapat.


Nasib baik lah pencuri tu dia tak curi External Hard Disk aku. 1TB tu. Mati aku kalau hilang semua barang barang dalam tu. Manakala barang barang lain yang aku perasan hilang setelah beberapa hari kejadian adalah seperti jam tangan, helmet full-face dan jugak duit syiling yang terkumpul sebanyak RM20.

Hadui, duit syiling aku pun kena bedal ke?

0 Comment: