::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

15 January 2011

Penangan Hujan.

Haha ape apehal sebelum aku nak tulis entry ni aku nak salahkan poeh sebab tak reti nak bangun awal. Hahaha!

Ehem! Ini minggu kedua lepas sem keempat bermula. So, aku pun plan dengan poeh nak balik kampung a.k.a rumah laa. Nak dijadikan cerita, hari jumaat kelas pagi batal ( ceh, gile reka ) lepas tu kelas pukul 10 pagi pun batal. Seronok gila..batal batal batal~ Jadi malam sebelum tu ( khamis malam jumaat ) kitorang pun berjalan2 dekat rumah bad. Pegi tengok apa ada kat sana. Kalau ada movie best2 boleh copy hehe. Dan ternyata kitorang jumpa movie harold and kumar 2 punya, yang diorang pergi amsterdam. Aku dah pernah tengok dulu tapi dah lupa sikit2. Citer ni best gak. Hahahaha =p




Haha disebabkan cerita ni, plan nak balik kl aku dengan poeh yang asalnya pukul 11pagi dengan serta merta menjadi 4 petang. Hah, jauh gila plan lari.Poeh punya pasal ar ni. Nak sangat tengok hahaha siann poeh. 

Esok paginya, eh salah, esok petangnya, aku dengan poeh terpaksa mandi dekat rumah ayie. Sebab tak ada air dekat rumah. Heh, nak tak nak kitorang kemas2, packing terus baju pastu straight pergi rumah ayie mandi. Plan asal nak mandi dekat rumah bad, tapi tengok pagar lock baik punya,confirm2 la takde orang kt rumah. 
Siap2 mandi, terus pergi....makan. Haha rilek dulu. Mana boleh jalan jauh kalau perut lapar. Kan kan kan? Jadi kitorang pun pergi makan kat tempat yang teramat la biasa bagi kitorang, iaitu Warung Mak, sedap, lemak, podeh. Itu dia, tema kedai tu. Betul la tu kot aku rasa. Entah la, abaikan. Haha 

Tengah aku sedap sedap memulun nasi ayam peha nasi lebih, poeh pulak nasi berlauk ape entah dia makan, tiba tiba hujan rintik rintik weh! Nak makan laju laju, tak dapat feel nanti. Kitorang pun rilek je lah. Ada rezeki nak balik, kitorang balik. Kalau takde, takde la kan. Lepas dah mengena hidangan selepas makan, kitorang start motor terus bergerak pergi BSN (ini bank rasmi poeh) pastu terus straight keluar bandar jengka.

Agak agak lepas dah sampai jengka berapa entah la, hujan dah makin lebat. Tengok awan pun bukan main lagi dia punya gelap. Tapi kitorang redah. Sampai satu tempat tu aku stop tepi jalan. Aku cakap kat poeh,"aku rasa macam perlu la poeh pakai baju hujan,gelap gila kot". Poeh reply,"Ko nak pakai, pakai la..aku malas.Nak mandi hujan".Alasan yang kurang bernas dari poeh tapi tetap menarik. Sebenarnya, aku ni pun malas jugak nak pakai2 baju hujan ni. Leceh. Jadi aku dengan poeh decide nak redah tanpa baju hujan. 

Tapi, effect dia, tak sampai 5 minit lepas tu hujan lebat mencurah curah ke ladang gandum dan poff! haha kuyup ler boh! Memandangkan ujan lebat yang teramat sangat, dan motor aku kat depan, aku cuma angkat tangan pastu tunjuk sign 'peace' kat poeh, aku tengok side mirror, poeh angkat tangan buat 'peace' jugak. Hahaha aku tau poeh tengah gelak kat belakang. 

Dari situ kitorang mandi hujan, sampai lah ke RnR Temerloh, kitorang berhenti dekat Shell. Menggigil2. Kasut aku dah jadi gayung.Penuh air. Poeh baju dia kalis air. Dia kata la. Bukak2, kuyup jugak. Mana tak nya, hujan bukan main lebat sampai jarak lebih kurang 100meter pun tak berapa nak nampak. Korang bayangkan la. Dari atas sampai bawah, tiada tempat terkecuali, semua basah. Nak memanaskan badan kitorang pun fogging sikit. Poeh beli chipster sebab lapar + nescafe tin. Dah agak2 kenyang sikit, kitorang redah hujan lagi. Malas nak tunggu. Kalau lambat2, nanti dekat area Genting Sempah dah gelap tak best. Bahaya. hahaha aku cakap dengan poeh,"Lepas ni, nak balik jengka, aku tak kira aku nak balik pukul 12tghari . Aku sanggup panas dari sejuk." Hahaha poeh jawab"Tau takpe" dengan muka pucat dia.

Hampir 89% perjalanan dari RnR Temerloh sampai RnR Genting Sempah kitorang kena hujan. Memang sejuk sepanjang2 jalan der. Dekat sini aku dengan poeh memang terasa nak kena berehat lebih sikit. Dagu aku dah lenguh sebab sejuk terlampau punya pasal. 



Motor yang berada dalam keadaan sangat basah. Hua3!



Korang tengok la cuaca tu cam mana. Sejuk, nyaman dan menyegarkan.


Kitorang nak makan waffle sebenarnya. Tapi bangla tu cakap waffle lambat lagi siap, jadi poeh bedal beli pau. Nak makan panas panas la konon. Tengok muka dia macam mana.Hahaha mengigil2 


Gambar ni poeh cakap "Ambik gambar aku, konon2 gaya macam baru bukak helmet" (baru sampai la konon).Tapi,kenapa baru sampai dah ada pau kat tangan? aku cakap ngan poeh,tapi dia cakap "buat tak tau je...."


Fuhh, sedap woo.


Jagung panas~ jagung panas~ 



Disebabkan dia teramat lapar, dia makan tangan dia sendiri. Haha ni la padahnya makan gelojoh.


Cuba berkumur2 nak clear kan darah dekat dalam mulut.

Kitorang dah setel setel makan, minum dengan fogging, kitorang isi minyak then terus jalan tanpa menghiraukan hujan yang teramat sejuk + suhu kawasan bukit = padu. hahaha jangan tanya la sejuk dia macam mana. Macam air telaga tahap dewa. Hahaha sampai je dekat tol gombak, aku terus bagi wallet dengan semua barang2 poeh yang dia letak bawah seat aku, aku terus chow balik rumah! dan mandi air panas! walauweh! 

Fuuh,penat gila nak tulis entry kali ni. Tapi takpe, lepas ni entry lambat lagi. So yang ni kira cover untuk beberapa minggu la.Dah, aku dah mengantuk, jadi aku nak pergi buat air ! Ciao~


0 Comment: