::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

01 November 2011

Chatime Publika Special With Nuffnang

Oh okay. Aku baru perasan pasal event ni. Agak lambat. So sapa sapa nak cakap "Oh,baru tau ke"  boleh lah cakap sekarang. Rupa-rupanya Nuffnang ada buat event nih bersama dengan Chatime untuk blogger-blogger Nuffnang yang terpilih. Macam mana nak buat supaya korang nih bakal menjadi orang-orang yang terpilih?

Masuk ke link ni dan baca pasal post yang Nuffnang dah buat pasal event nih. Dekat situ ada satu borang yang Nuffnang sediakan sekiranya korang rasa korang nak pergi. 50 blogger bertuah je yang Nuffnang nak tau. Haha

And tak lupa jugak, yang satu lagi nih Nuffnang bagi dekat semua Nuffnangers, voucher "Buy 2 Free 1" . 

Mana nak nampak?
Log in ke akaun Nuffnang korang, and then dekat icon hujung sekali ada satu icon air minuman tuh. Click je and then korang akan di bawa ke page gambar voucher tersebut. Click gambar tuh and print je voucher yang ada nama korang tuh. 
And bila pergi ke Chatime Publika outlet tuh, tunjuk je voucher tadi.

Voucher ni boleh guna sekali je sehari and selama 3 BULAN. haha betul tu, 3 BULAN. Tapi bukan voucher minum free, buy 2 free 1 tau. Haha agak agak korang lepak 3 orang, boleh lah kot pakai kan? 

Frasa Yang Menjengkelkan

*Aku sendiri tak tahu kenapa aku banyak menulis hari ni.

Sepanjang aku hidup nih, ada satu frasa yang cukup menjengkelkan aku. Bukan aku saja rasanya kot, mungkin semua orang pun rasa benda yang sama kalau ada orang cakap benda ni dekat diorang.

"LAH, KAU BARU TAU KE"

Haa, nak cakap lawak memang tak lah. Ayat nih kalau aku dengar mesti secara automatis nya aku akan terasa bengang dengan tidak semena-menanya. Mana tak nya kan, biasa lah kalau ada benda yang kita tak tau tapi orang lain tau. Tak kisah lah benda tuh baru ke lama ke kan.

Bukan semua orang tau der. Punya lah nak marah sampai terasa nak tulis kat blog. Har har har

Lepas nih, aku harap berita terkini dekat TV3 tuh mulakan berita diorang dengan ayat nih,

"Assalamualaikum, ini adalah berita yang kami saja tahu, anda semua tak tahu."

Hahaha Sekian saja entri bengang lewat malam.

Mimpi Pelik Yang Tak Patut

Kalau dah nama pun mimpi, pelik tu memang perkara biasa lah kan. Tapi nak buat macam mana, kerana terpengaruh dengan Hai dan cerita cerita mimpi beliau, tetiba aku rasa nak cerita jugak mimpi aku. Sebab mimpi aku sebelum sebelum nih semua waras lagi. Wahahaha

Nak dijadikan cerita, aku berada di suatu tempat yang aku sendiri tak pasti. Aku sendiri pun tak pasti aku siapa dalam mimpi tuh. Mungkin aku sendiri atau mungkin aku nih pahlawan. LOL aku tau bunyi cam bangang sikit. Haha

Tengah aku jalan jalan dalam mimpi aku, aku ingat aku ada jumpa sekor raksasa. Tak menakutkan pun, cuma aku je yang rasa macam binatang tu ganas.



Yang lagi best nya, kalau tak silap aku binatang ada 2 ekor. Dia duduk macam 2 tingkat. Kenapa diabinatang* duduk macam tuh jangan tanya, aku sendiri pun rasa aneh.




Lebih kurang macam tuh lah kedudukan beliau.

Punya lah rasa diri aku macam pahlawan mana tah, aku pun keluarkan laser dari mulut aku.


*Ngeri pulak aku tengok*


Aku rasa laser yang aku keluarkan tu dah kuat tahap Goku punya Kamehameha tapi rupa rupanya tidak. Bukan main senang raksasa tadi tu tahan guna totem yang dia keluarkan dari tanah. Yang tak boleh blah nya, dia tahan sambil tidur.


Tak sempat aku nak bagi jurus kedua,

BANGUN SUBUH!!!!

Ah, suara bapak aku. Dem nasib baik terjaga. Kalau tak..masak dah raksasa tuh hahahaha
Seronok pulak mengarut rasanya.

*diabinatang digunakan bagi menggantikan diorang sebab subjek bukan manusia.

Kelas Memandu IMKEDA

Haha Macam mana korang baca, tu lah dia yang aku nak cerita dalam entri kali nih. Bukan apa, umur dah berapa tapi lesen kereta pun tadak. Bukan aku tak nak ambik, cuma aku malas nak ambik sebab aku rasa macam tak ada keperluan nak ambik. Haha aku lebih prefer naik motor dari kereta. Mudah.


So, nak dijadikan cerita, aku rasa dah sampai seru aku ambik lesen kereta yang patutnya dari dulu aku nak ambik. Setakat nih, dah 3 kali kelas aku pergi dan esoknya adalah yang paling last. And then, aku dah boleh tempah tarikh untuk JPJ. Setakat nih, time bawak adalah sekali dua mati itupun sebab terlebih confident. Bajet dah 10 tahun bawak kereta jadi macam tuh lah.


Mungkin, bawak kereta jadi tak sesukar mana sebab aku bawak motor clutch, jadi cuma nak biasakan cara bawak kereta je lah kot. Hahaha tapi pikir balik, agak menyeramkan jugak bila teringat nak test JPJ nanti. 


Harap harap lepas lah aku dengan jayanya. HAHAHAHAHAHA