::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

01 November 2011

Mimpi Pelik Yang Tak Patut

Kalau dah nama pun mimpi, pelik tu memang perkara biasa lah kan. Tapi nak buat macam mana, kerana terpengaruh dengan Hai dan cerita cerita mimpi beliau, tetiba aku rasa nak cerita jugak mimpi aku. Sebab mimpi aku sebelum sebelum nih semua waras lagi. Wahahaha

Nak dijadikan cerita, aku berada di suatu tempat yang aku sendiri tak pasti. Aku sendiri pun tak pasti aku siapa dalam mimpi tuh. Mungkin aku sendiri atau mungkin aku nih pahlawan. LOL aku tau bunyi cam bangang sikit. Haha

Tengah aku jalan jalan dalam mimpi aku, aku ingat aku ada jumpa sekor raksasa. Tak menakutkan pun, cuma aku je yang rasa macam binatang tu ganas.



Yang lagi best nya, kalau tak silap aku binatang ada 2 ekor. Dia duduk macam 2 tingkat. Kenapa diabinatang* duduk macam tuh jangan tanya, aku sendiri pun rasa aneh.




Lebih kurang macam tuh lah kedudukan beliau.

Punya lah rasa diri aku macam pahlawan mana tah, aku pun keluarkan laser dari mulut aku.


*Ngeri pulak aku tengok*


Aku rasa laser yang aku keluarkan tu dah kuat tahap Goku punya Kamehameha tapi rupa rupanya tidak. Bukan main senang raksasa tadi tu tahan guna totem yang dia keluarkan dari tanah. Yang tak boleh blah nya, dia tahan sambil tidur.


Tak sempat aku nak bagi jurus kedua,

BANGUN SUBUH!!!!

Ah, suara bapak aku. Dem nasib baik terjaga. Kalau tak..masak dah raksasa tuh hahahaha
Seronok pulak mengarut rasanya.

*diabinatang digunakan bagi menggantikan diorang sebab subjek bukan manusia.

3 Comment:

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

HAhahaa~~ lawak laa~~~ aku pernah mimpi One piece , sbb tgk smpai tertido .. :P

Muhaimin , cantik la banner baru ko <3

Myne|Datok said...

@Bhaihaqi: Haha itu lah pasal, aku tak ingat aku baca komik apa sampai termimpi mimpi.

Hehe, aku buat saja saja sebab banner lama dah lama sangat pakai.

kenpoo said...

haha nape 2 tingkat camtu??!!

banyak jugak pengaruh blog mimpi aku.wakakkaka.