::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

19 November 2012

Kesan Buruk Air Batu




Seperti sedia maklum, air batu atau pun ais ni memang dah tak asing lagi dalam kehidupan orang Malaysia. Baik sewaktu melepak atau di rumah pasti sahaja kita akan meminum air bercampur air batu. Jarang sekali yang melepak di warung akan mengorder air suam/panas. Ada, tetapi jarang :)




Jikalau tekak terasa dahaga, air yang diminum tentu sekali air berais. Teh ais, Nescafe ais, Limau ais dan semua yang berais ini sudah tak lari dari tekak kita. Tapi apakah korang semua tau, kesan ais terhadap badan kita?


Kesan buruk air batu / ais ini kepada badan kita amat memudaratkan sebenarnya, terutama sekali selepas kita makan. Air batu yang sejuk tersebut secara tak langsung akan membekukan makanan berminyak di dalam perut kita sekaligus melambatkan proses penghadaman.



Apa jadi kalau makanan dibekukan di dalam perut?


Bila makanan dah terbeku dalam perut, ianya akan membentuk sebagai lemak dan akan bertindak menyempitkan saluran saluran di dalam badan kita. Bila dah sempit, makin terkumpul la akan beliau lemak lemak tersebut. Konklusinya badan kita akan menjadi gemuk dan akan terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya



Lagi satu kalau kita selalu jugak minum minuman berais ni, badan kita akan cepat mengah/ penat. Ini dek kerana air batu tadi telah memperlahankan fungsi peparu kita untuk menukar gas oksigen kepada karbon dioksida.




Macam mana pertukaran gas tu boleh diakibatkan oleh air batu?


Ok, bab yang ni aku tak berapa reti sangat nak terangkan dekat korang, tapi aku cuba mana yang mampu. Cuba korang bayangkan gelas berisi air sewaktu korang lepak minum dekat mapley atau sebagainya, diluar gelas tersebut ada air setelah beberapa ketika. Betul?







So, macam tu jugak lah yang berlaku dalam badan kita. Bila kita kerap memakan/minum ais, air seperti diluar gelas tadi terjadi kepada peparu kita. Efek daripada itu lah yang membuatkan peparu kita menjadi perlahan dalam menjalankan proses beliau oleh kerana air yang terkumpul di sekitar peparu kita.


Bila bersukan, kita cepat mengah sebab pertukaran gas lambat berlaku dalam badan kita.



Jadi, macam mana? Aku pun lepas menaip ni mungkin akan cuba mengurangkan minuman berais. Muda muda kalau peparu kurang function beliau memang rasa tak best. Nak bersukan pun cepat penat. Mari kita minum air suam hari hari supaya badan kita kembali sihat.






p/s : Apa yang aku tulis ni berdasarkan apa yang aku baca di internet. Jika ada kesalahan mohon ditegur. Biar sama sama belajar dan sama sama tahu. :)



18 November 2012

James Bond - Skyfall 007 dan Job Fair



Movie Skyfall yang ditayangkan di pawagam setelah seketika lama baru ditonton oleh aku sebentar tadi. Bukan kerana kemalasan tapi dek kerana was was akan kualiti cerita tersebut. Mana tidaknya, ramai diantara kawan kawan aku yang bagitau cerita tersebut tidak langsung best. Bukan tidak best, tapi Langsung tidak best.



"Berapa rate yang kau boleh bagi untuk Skyfall" tanya aku.



"Hmm.. 1/5. Eh sikit sangat lah pulak. 1.5 / 5. Aku bagi markah kesian dah tu 0.5" balas beliau sambil mengekeh gelak.



Biasanya kalau orang dah rate sampai 1 tu movie tu anggap sebagai movie yang fail lah. Tak payah tengok nanti buat buang duit dengan masa sekali. Apa pun tak dapat.


***


Tapi nak dijadikan cerita, tengahari tadi member aku pun ajak la aku pergi Job Fair dekat PWTC Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh BNYouth. Kalau sapa sapa yang rasa dia jobless tu, rajin rajinkan angkat punggung korang pergi singgah sana. 





Dia punya lokasi dekat Dewan Tun Razak PWTC. Macam macam kerja ada. Dari polis membawa ke agensi anti dadah sampai lah ke airlines punya booth. 



Registration for BNYouth


Eh dah lari jauh dari tajuk.

Takpe, demi korang aku taip sikit lagi pasal Job Fair ni. Haha 

Dia punya last date esok. Bawak resume korang dan jalan jalan la kat Job Fair tu. Kalau tak jumpa kerja yang korang nak pun, at least korang try, dari tak try. Ye dak gitu. 


****


Lepas dari Job Fair tu lah aku terdetik nak pergi tengok wayang dengan member2 aku sekalian. Dan apa yang aku rasa dari cerita tu, boleh tahan la. Aku boleh bagi 4/5 rating. Takda lah sampai satu yang member aku bagi tu. Enjoyable bak kata mapley kedai mamak belakang lorong. Haha




p/s: Aku baru tau rupanya member aku punya taste cerita movie beliau adalah seperti "Istanbul Aku Datang"  . Menyesal aku dengar rating yang dia bagi hahaha!




16 November 2012

Skull & HAHA (스컬 & 하하) _ Busan Vacance + Waikiki Brothers _ MV



A reggae type kind-of-song which is quite good. Somehow it sounds catchy for me. Have a happy weekend  guys :D

Korean Culture

Aku sebenarnya sangat minat dengan Korea nih. Tapi aku bukan minat sangat dengan boy-band diorang mahupun yang perempuan. Yang aku minat dengan Korea nih adalah kerana bahasa dan budaya diorang. Terutama bahasa. Punya lah aku suka sampaikan aku belajar bahasa Korea sendiri sendiri.



Karekter2 tulisan korea



Dan sekarang aku boleh baca dan menulis dalam bahasa Korea  Baca je, paham tak. Haha ada lah sikit sikit yang aku faham, tapi banyak nya tak. Tulis dalam bahasa Korea tak menjadi masalah. Sebenarnya tak susah sangat pun setakat menulis dan membaca, tapi nak tau perkataan punya maksud tu yang menjadi masalah buat aku.



Yelah, nak buat macam mana. Kalau nak master sesuatu bahasa tu, kena banyak bercakap. Tapi aku takde orang nak bantu bercakap, so tergantung je lah kat situ perkembangan aku. Nak masuk kelas belajar bahasa macam malas pulak haha


Kalau dah malas tu nak kemana orang cakap. Kat situ je lah sampai sudah.


Mungkin kalau ada masa nanti, aku akan ajar la sedikit sedikit perkataan2 Korea. Kalau aku rajin.


p/s: Ceh title nak omputih je. haha tak beragak.

Kemaskini Blog Berhabuk




Salam semua. Tak tau la orang baca atau tak blog ni sebab dah lama sangat aku tak singgah buat entry. Last semester membuatkan aku tak berani nak main main seperti sem2 sebelumnya.


Jadi, sekembalinya aku dekat sini aku cuma kemaskini beberapa post lama yang aku letak link dan link tu mungkin dah berubah. So, untuk membantu orang yang mungkin ada segelintir dua yang memerlukan link tu, aku update lah.


Mungkin, kalau ada masa nanti aku akan update dengan entry2 baru yang mana aku boleh ye :)


***


Okay, aku dah update beberapa link untuk korang semua nak download Running Man. Sebelum ni link dia dah bertukar, so aku update ke web terbaru. Kalau ada pertanyaan apa apa, boleh je komen2. Nanti aku tolong mana yang aku mampu ya :)

Oh ya, lagi satu aku dah follow semua blog yang follow aku. Minta maaf la lambat sikit haha