::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

18 November 2012

James Bond - Skyfall 007 dan Job Fair



Movie Skyfall yang ditayangkan di pawagam setelah seketika lama baru ditonton oleh aku sebentar tadi. Bukan kerana kemalasan tapi dek kerana was was akan kualiti cerita tersebut. Mana tidaknya, ramai diantara kawan kawan aku yang bagitau cerita tersebut tidak langsung best. Bukan tidak best, tapi Langsung tidak best.



"Berapa rate yang kau boleh bagi untuk Skyfall" tanya aku.



"Hmm.. 1/5. Eh sikit sangat lah pulak. 1.5 / 5. Aku bagi markah kesian dah tu 0.5" balas beliau sambil mengekeh gelak.



Biasanya kalau orang dah rate sampai 1 tu movie tu anggap sebagai movie yang fail lah. Tak payah tengok nanti buat buang duit dengan masa sekali. Apa pun tak dapat.


***


Tapi nak dijadikan cerita, tengahari tadi member aku pun ajak la aku pergi Job Fair dekat PWTC Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh BNYouth. Kalau sapa sapa yang rasa dia jobless tu, rajin rajinkan angkat punggung korang pergi singgah sana. 





Dia punya lokasi dekat Dewan Tun Razak PWTC. Macam macam kerja ada. Dari polis membawa ke agensi anti dadah sampai lah ke airlines punya booth. 



Registration for BNYouth


Eh dah lari jauh dari tajuk.

Takpe, demi korang aku taip sikit lagi pasal Job Fair ni. Haha 

Dia punya last date esok. Bawak resume korang dan jalan jalan la kat Job Fair tu. Kalau tak jumpa kerja yang korang nak pun, at least korang try, dari tak try. Ye dak gitu. 


****


Lepas dari Job Fair tu lah aku terdetik nak pergi tengok wayang dengan member2 aku sekalian. Dan apa yang aku rasa dari cerita tu, boleh tahan la. Aku boleh bagi 4/5 rating. Takda lah sampai satu yang member aku bagi tu. Enjoyable bak kata mapley kedai mamak belakang lorong. Haha




p/s: Aku baru tau rupanya member aku punya taste cerita movie beliau adalah seperti "Istanbul Aku Datang"  . Menyesal aku dengar rating yang dia bagi hahaha!




0 Comment: