::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

14 March 2011

Tahniah Lee Chong Wei



Tahniah kepada Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan kejuaraan beliau lagi tahun ni.
Sekaligus menghalang Lin Dan dari memperoleh kemenangan All-England buat kali ke-5.

Aku memang minat badminton. Saja je aku nak buat post even pasal benda ni. Haha

01 February 2011

Rusuhan Di Mesir

Seperti yang korang sedia maklum, ramai rakyat Malaysia kita masih berada di tengah tengah rusuhan di Mesir. Bekalan internet sudah di block, bank dirompak, rumah dipecah masuk dan paling membahayakan kes rogol juga sudah mula timbul.

Marilah kita semua berdoa akan keselamatan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir. Semoga mereka dalam perlindungan Allah dan berjaya pulang ke Malaysia. Amin.

09 December 2010

Warga asing dalang SMS rambang tambah nilai prabayar

KOTA TINGGI: “Ini ayah. Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah, 0178936... ayah ada masalah d balai police. ta payah call sekejap ayah call balik.” Begitulah khidmat pesanan ringkas (SMS), yang digunakan satu sindiket penipuan tambah nilai telefon prabayar yang dikirim secara rambang kepada pengguna telefon bimbit di negeri ini.
SMS dipercayai dikirim sindiket didalangi warga asing itu menggunakan taktik merayu bantuan kecemasan bagi mendapatkan tambah nilai RM30 atau RM50 yang akan dikirimkan ke nombor telefon yang diberikan.

Tambah nilai diperoleh hasil memperdaya orang ramai itu dipercayai akan dijual semula anggota sindiket itu di kalangan warga asing bagi mendapatkan wang tunai.
SMS itu dikirim daripada telefon bernombor 628528 9826195 dipercayai didaftarkan di Indonesia di mana cubaan Harian Metro untuk menghubungi nombor telefon itu memasuki peti simpanan pesanan suara yang menggunakan bahasa negara itu dan bahasa Inggeris.

Dalam kejadian terbaru di bandar ini semalam, seorang kakitangan kerajaan berusia 55 tahun menerima SMS berkenaan sebelum menghubungi Harian Metro.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mazlan Abdullah berkata, pengirim SMS itu dipercayai menghantar pesanan itu secara rambang dengan harapan ada pengguna telefon bimbit terpedaya. “Usia saya sudah lebih separuh abad, manalah saya ada bapa yang punya urusan di balai polis. Langsung tak munasabah,” katanya.

Mazlan yang bertugas dalam pasukan keselamatan berkata, pelbagai taktik penipuan disyaki didalangi warga asing dilakukan termasuk SMS menawarkan hadiah lumayan, taktik tiket nombor ekor palsu serta batu delima ajaib.

“Media selalu memberi peringatan dan diharapkan kes sebegini menjadi ingatan kepada masyarakat supaya tidak terpedaya dan menanggung kerugian dengan taktik penipu sebegini,” katanya yang menjadi pembaca setia Harian Metro.

Dalam kejadian sama di Muar, penipuan sama dikesan apabila seorang eksekutif sebuah syarikat multimedia menerima SMS kononnya dihantar bapanya, minggu lalu, tetapi pesanan itu hanya meminta tambah nilai RM30.Bagaimanapun, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nas berkata, dia mendapati SMS itu palsu apabila menghubungi bapanya yang menafikan menghantar pesanan berkenaan. Nas berkata, dia menghubungi nombor telefon dari Indonesia yang mengirimkan SMS itu tetapi tidak berjawab.

Pegawai sebuah bank di bandar ini turut menerima SMS sama yang kononnya dihantar seorang ‘Pak Cik’ dan meminta dia menambah nilai telefon prabayar sebanyak RM30.
So, hati hati eh korang, jgn baik sangat duk share topap je keje^^

Sumber : MyMetro.