KOTA TINGGI: “Ini ayah. Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah, 0178936... ayah ada masalah d balai police. ta payah call sekejap ayah call balik.” Begitulah khidmat pesanan ringkas (SMS), yang digunakan satu sindiket penipuan tambah nilai telefon prabayar yang dikirim secara rambang kepada pengguna telefon bimbit di negeri ini.
SMS dipercayai dikirim sindiket didalangi warga asing itu menggunakan taktik merayu bantuan kecemasan bagi mendapatkan tambah nilai RM30 atau RM50 yang akan dikirimkan ke nombor telefon yang diberikan.
Tambah nilai diperoleh hasil memperdaya orang ramai itu dipercayai akan dijual semula anggota sindiket itu di kalangan warga asing bagi mendapatkan wang tunai.
SMS itu dikirim daripada telefon bernombor 628528 9826195 dipercayai didaftarkan di Indonesia di mana cubaan Harian Metro untuk menghubungi nombor telefon itu memasuki peti simpanan pesanan suara yang menggunakan bahasa negara itu dan bahasa Inggeris.
Dalam kejadian terbaru di bandar ini semalam, seorang kakitangan kerajaan berusia 55 tahun menerima SMS berkenaan sebelum menghubungi Harian Metro.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mazlan Abdullah berkata, pengirim SMS itu dipercayai menghantar pesanan itu secara rambang dengan harapan ada pengguna telefon bimbit terpedaya. “Usia saya sudah lebih separuh abad, manalah saya ada bapa yang punya urusan di balai polis. Langsung tak munasabah,” katanya.
Mazlan yang bertugas dalam pasukan keselamatan berkata, pelbagai taktik penipuan disyaki didalangi warga asing dilakukan termasuk SMS menawarkan hadiah lumayan, taktik tiket nombor ekor palsu serta batu delima ajaib.
“Media selalu memberi peringatan dan diharapkan kes sebegini menjadi ingatan kepada masyarakat supaya tidak terpedaya dan menanggung kerugian dengan taktik penipu sebegini,” katanya yang menjadi pembaca setia Harian Metro.
Dalam kejadian sama di Muar, penipuan sama dikesan apabila seorang eksekutif sebuah syarikat multimedia menerima SMS kononnya dihantar bapanya, minggu lalu, tetapi pesanan itu hanya meminta tambah nilai RM30.Bagaimanapun, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nas berkata, dia mendapati SMS itu palsu apabila menghubungi bapanya yang menafikan menghantar pesanan berkenaan. Nas berkata, dia menghubungi nombor telefon dari Indonesia yang mengirimkan SMS itu tetapi tidak berjawab.
Pegawai sebuah bank di bandar ini turut menerima SMS sama yang kononnya dihantar seorang ‘Pak Cik’ dan meminta dia menambah nilai telefon prabayar sebanyak RM30.
So, hati hati eh korang, jgn baik sangat duk share topap je keje^^
Sumber : MyMetro.
0 Comment:
Post a Comment