::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

Showing posts with label manga. Show all posts
Showing posts with label manga. Show all posts

31 March 2011

Lukisan dan Aku

Siapa dekat sini yang memang minat melukis masa kecik kecik dulu?
Aku tau, kalau bab bab melukis ni , memang ramai yang pandai.  Kalau tak silap aku, minat aku untuk melukis lahir secara tak langsung akibat terlalu banyak baca majalah ujang. Kemudian aku terdedah kepada komik wira tunggal. Dah terkena bahang bahang asmara dia, aku pun jadi nak melukis. Angan angan si budak kecil yang nak jadi pelukis dengan latihan melukis dua atau tiga keping gambar.

Korang bayangkan je lah, masa aku darjah 3 aku dah mula lukis robot. Tak nak lawa pulak robot tu. Okay, tak payah penat bayangkan. Aku tipu.

Haha

Takde lah, aku memang dah mula melukis pun masa darjah tiga. Yang paling bestnya aku punya pengalaman bab bab melukis ni, antaranya masa aku kat sekolah agama dulu. Time tu darjah 4. Aku ni pulak time tu jenis memang tak boleh bendung dah dia punya kebencian dengan subjek bahasa Arab. Apa lagi, dengan tangkasnya, aku gunakan setiap waktu subjek bahasa Arab untuk melukis. Tau apa aku buat? Aku dah mula buat komik guna buku latihan. Aku pikir pikir balik hebat jugak otak aku masa tu. Sewaktu kawan kawan aku sibuk main guli, bola cop, dan kad tepuk ( Wah!) aku sibuk dengan melukis.

Pernah sekali , cikgu bahasa arab aku syok kat aku nampak aku seronok tengah menulis. Curiga dan was was mula wujud dalam diri dia aku rasakan. Mana taknya, aku pun dengan menggunakan akal darjah 4, melukis sambil hadang buku aku dengan buku teks bahasa arab. Memang nampak sangat la ada benda kat belakang buku. Haha

Zaaaaaappp!! Dia angkat buku aku, lalu terdedah segala aktiviti sulit aku waktu tu. Pergghh, dia ambik buku komik aku tu, terus dia letak dalam beg dia.

"Muhaimin!, Kalau kamu nak buku kamu nanti, datang jumpa saya dekat bilik saya!! Faham??!!" kata beliau dekat aku secara mata bertemu mata . Dengan terkebil kebil aku pun angguk sambil air bergenang dekat kelopak mata aku. Sila ingat, aku masih darjah 4.

Lepas habis je waktu sekolah, aku pun terus pergi bilik guru untuk jumpa cikgu tadi. Puas kena bebel baru dia bagi balik. Lepas tu, aku terus tekad nak habiskan jugak komik aku walau apa pun yang terjadi. Hampeh sungguh, kecik kecik dah ada perangai malas study. Tau buat benda mengarut je.

Setelah mengambil masa yang lama, komik pertama aku berjaya disiapkan. "Siapa nak baca 10 sen" kata aku kepada rakan rakan sekelas. Saja testing nak buat duit. Haha Memang diluar jangkaan sebab satu kelas baca !! Siap ada yang mintak buat episod dua. Aku cakap kalau ada masa aku buat nanti.

Korang mesti nak tau aku buat cerita apa kan?
Hahaha Cerita dia pasal dua adik beradik kembar nak selamatkan member dia yang kena tangkap dengan orang jahat. Senjata si abang pakai pedang. Adik pakai kayu.

Mana la pergi buku tu sekarang.

28 November 2010

One Piece.

Sekeping hati dibawa berlari lol
Hah , Sekeping apa nii ? haa itu yang kita tak tau..haha

So, hari ni aku nak tulis pasal one piece. Sebab apa? sebab itu yang terlintas kat kepala aku sekarang dan jugak disebabkan aku memang gila minat tengok one piece. Tapi bagi aku, aku suka baca manga je, tengok anime dia aku kurang sket. Entah la, aku pun tak tau kenapa manga lagi best. Aku rasa sebab bila tengok anime, satu scene tu dekat seminit je + bunyi jeng jeng jeng  tu jadi separuh abad lama dia. Tapi kalau baca manga, satu page je. hahaha 

Luffy start jadi pirate masa umur dia dalam 17 tahun. Sama la jugak dengan Ace umur 17 jugak. On the way dalam perjalanan dia dia dah membentuk group pirate dia sendiri iaitu Straw Hat Pirates (麦わら海賊団, Mugiwara Kaizokudan,dan nakama yang dia dah dapat bermula la dari dia sendiri  ...


1) Monkey D. Luffy モンキー・D・ルフィ


-Strawhat captain.
-Devil Fruit Type > Paramecia: Gomu gomu no Mi
-Tergolong dalam "Trio Monster"
-Ahoka!
-Hanya pandai dalam bab makan dan lawan. Lain tak.
-Suka Bento.
-Pernah mengalahkan ::
        East Blue Arc
        - Iron Mace Alvida  5,000,000 
        - Axe Hand Morgan 
        - Buggy the Clown   15,000,000
        - Captain Kuro   16,000,000
        - Don Krieg   17,000,000
        - Arlong the Saw   20,000,000

        Drum Kingdom Arc
        - Tin Plate Wapol 

        Arabasta Arc
        - Kung-fu Dugong LOL
        - Ouka Shichibukai, Sir Crocodile aka Mr.Zero   81,000,000
        
        Sky Island Arc 
        - Bellamy the Hyena  55,000,000   
        - Satori of the Forest,Ordeal of Balls ( dibantu oleh Sanji & Ussop )
        - Wiper,Shandian Warrior ( Interrupt by Giant Snake )
        - Enel / Eneru apa2 je la korang panggil.
        
        - Foxy the Silver Fox  24,000,000
        
         CP9 Arc
        - Ussop 
        - Blueno 820 Douriki
        - Rob Lucci 4000 Douriki
        
        Thriller Bark Arc
        - Oarz ( Nightmare Luffy + Semua )
        - Gecko Moria   320,000,000
        
        Ace Arc
        - Iron Mask Duval + Motobaro
        - Saint Charloss ( World Noble )
        - Pacifista
        
        At Isle of Women
        - Boa Sandersonia and Boa Marigold
        At Impel Down
        - Bulgori
        - Basilisk
        - Sphinx
        At Marine Ford
       - Yang ni malas nak tulis, sebab bersepah sepah

       Current Arc
       - Luffy Tiruan- Three Tongue Demalo Black ( Guna Haki )
       - Pacifista ( 1 Hit )
       - Kraken

-Bounty
       -  30,000,000
       -  100,000,000
       -  300,000,000 
       -  400,000,000 


2) Pirate Hunter Roronoa Zoro















-First mate.
-Swordsman.
-Buta arah.
-Tergolong dalam group "Trio-Monster".  
-Menggunakan teknik tiga pedang, ( Santoryuu ).
          - Meitou ( Wado Ichimonji - Kuina )
          - Sandai Kitetsu ( Cursed Blade - Ippon Matsu )
          - Meitou ( Shuusui - Ryuuma )
-Pernah mengalahkan 
          - Cabaji 
          - Meow Brothers
          - Hatchan
          - Barouque Works agents
          - Mr . 1 
          - Priest Ohm 
          - Kaku 2200 Douriki
          - Samurai Ryuuma
-Bounty 
          -60,000,000
          -120,000,000     

3) Burglar Cat Nami















-High-skilled navigator
-Paling bijak dalam Strawhat crew
-Sangat suka duit dan orange
-Selalu bagi pinjaman dekat Zoro
-Weapon : Clima Tact ( Made by Ussop )
-Pernah mengalahkan ::
         - Miss DoubleFinger 
         - Absalom ( Ni aku tak berapa pasti )
         - Kalifa 630 Douriki
-Bounty
         -  16,000,000

4) Ussop a.k.a Sogeking















-Seorang Sharpshooter
-Sangat penakut. Oda pernah menyatakan dalam ruangan SBS Ussop akan menjadi ahli paling lemah dari segi tenaga fizikal ( dalam kumpulan ) sampai bila bila.
-Senjata - Kabuto , Pop-Green
-Ayah dia Yassop, seorang sharpshooter dalam RedHair Pirates
-Pandai mengubahsuai senjata menggunakan Dial
-Bounty
          -  30,000,000

5) Black Leg-Sanji 















-Tukang masak 
-Tergolong dalam "Monster-Trio"
-Suka rokok. Tiap tiap masa.
-Menggunakan kaki sepenuhnya semasa berlawan
-Suka Perempuan tapi sekarang langsung tak boleh tengok perempuan seksi
-Anti berlawan dengan perempuan
-Benci dengan orang yang tak respek makanan
-Mencari All-Blue
-Anak murid Red Leg Zeff 
-Pernah mengalahkan 
            - Seamen Recruit Fullbody
            - Pearl
            - Gin the Mad-Demon
            - Kuroobi
            - Bon Clay ( Mr.2 )
            - Wanze
            - Jyabura 2180 Douriki
            - Absalom
            - Duval
            - Pacifista
            - 
-Bounty
           -  77,000,000

6) Devil Child Nico Robin















-Seorang archeologist dengan pengetahuan luas mengenai budaya dan sejarah
-Sangat suka dengan perkara yang berkaitan dengan sejarah
-Dalam proses mencari sejarah lama iaitu Void Century
-Pandai membaca tulisan sejarah 
-Devil Friut Type > Paramecia ::  Hana Hana no Mi
-Idea yang dia bagi kadang-kadang melampau dan tak boleh diterima
-Bounty
          -  80,000,000


7) Tony Tony Chooper















-"Cotton Candy Lover"
-Doktor yang sering disalah anggap sebagai binatang peliharaan
-A reindeer but often mistook as tanuki
-Menggunakan rumble ball bila berlawan
-Sangat lurus dan sering percaya kat cerita cerita Ussop
-Devil Fruit Type > Hito Hito no Mi
-Mengalahkan Kumadori 810 Douriki ( Dalam Monster Form )
-Bounty
           50 

8) Cyborg Franky















-Nama sebenar Cutty Flame
-A skillful shipwright
-A cyborg (separuh manusia separuh robot )
-A pervert
-Pernah mengalahkan ::
            - Fukurou 800 Douriki
            - Nero ( Douriki Unknown )
-Bounty 
            -   44,000,000

9) Humming Brook














-A musician
-Swordman jugak tapi tak sehebat Zoro
-Trademark - Yohohohohoho!
-Former pirate dari Rumbar Pirates
-Pemilik Laboon
-Menerima gelaran Soul King 
-Devil Fruit Type > Yomi Yomi no Mi
-Bounty 
          -   33,000,000

Fuh, penat jugak tulis semua benda ni..
Masa start journey, Luffy ada cakap dia nak at least 10 crew members. So sekarang yang menjadi persoalannya, 10 tu termasuk dengan dia sendiri ke atau tak. Sebab kalau termasuk dia, cuma tinggal sorang je lagi, tapi kalau tak termasuk dia ada lagi 2 slot. Tapi setelah keluar One Piece Green Data Book baru baru ni dekat mangastream, percentage untuk 2 orang da kurang sikit. ^^

Haki
Haki ni sebuah willpower yang ada dalam semua orang samada boleh pakai atau tak, cuma yang berbezanya, jenis jenis Haki untuk setiap orang. Haki ada 3 jenis semua sekali iaitu::
-Hashouku Haki覇王色 Color of the Conquering King ) yang mana setakat ni penggunanya adalah
  >Shanks
  >Monkey D. Luffy
  >Edward Newgate ( Whitebeard )
  >Boa Hancock
  >Silver Rayleigh
  >Portgas D. Ace     

-Kenbunshoku Haki 見聞色, Color of Observation  ). Ia juga dikenali sebagai Mantra. Haki jenis ni digunakan untuk mengesan pergerakan ataupun fikiran. Pengguna Haki ni :
 >Aisa
 >Boa Sandersonia
 >Coby
 >Enel
 >Edward Newgate
 >Gedatsu
 >Ohm
 >Satori
 >Shuura
 >Silver Rayleigh

-Busoshoku Haki武装色, Color of Armaments ) digunakan untuk membuat perisai untuk diri sendiri dan juga untuk menyerang. Haki ni juga digunakan untuk menyerang pengguna Devil Fruit jenis Logia. Pengguna Haki jenis ni adalah :
 >Akainu
 >Aokiji
 >Boa Marigold
 >Boa Sandersonia
 >Boa Hancock
 >Benn Beckman ( tak berapa pasti lagi )
 >Diamond Jozu
 >Kizaru
 >Phonenix Marco
 >Monkey D. Luffy
 >Monkey D. Garp
 >Shanks
 >Sentoumaru
 >Edward Newgate
 >Vista
 >Silver Rayleigh

Nak tulis lagi memang tak larat dah, tapi aku suka tulis pasal One Piece. Dah kata cerita aku paling minat. Hahaha so kalau aku rasa nak tambah nanti nanti aku tambah. Buat masa sekarang ni je lah^^