::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

31 March 2011

Lukisan dan Aku

Siapa dekat sini yang memang minat melukis masa kecik kecik dulu?
Aku tau, kalau bab bab melukis ni , memang ramai yang pandai.  Kalau tak silap aku, minat aku untuk melukis lahir secara tak langsung akibat terlalu banyak baca majalah ujang. Kemudian aku terdedah kepada komik wira tunggal. Dah terkena bahang bahang asmara dia, aku pun jadi nak melukis. Angan angan si budak kecil yang nak jadi pelukis dengan latihan melukis dua atau tiga keping gambar.

Korang bayangkan je lah, masa aku darjah 3 aku dah mula lukis robot. Tak nak lawa pulak robot tu. Okay, tak payah penat bayangkan. Aku tipu.

Haha

Takde lah, aku memang dah mula melukis pun masa darjah tiga. Yang paling bestnya aku punya pengalaman bab bab melukis ni, antaranya masa aku kat sekolah agama dulu. Time tu darjah 4. Aku ni pulak time tu jenis memang tak boleh bendung dah dia punya kebencian dengan subjek bahasa Arab. Apa lagi, dengan tangkasnya, aku gunakan setiap waktu subjek bahasa Arab untuk melukis. Tau apa aku buat? Aku dah mula buat komik guna buku latihan. Aku pikir pikir balik hebat jugak otak aku masa tu. Sewaktu kawan kawan aku sibuk main guli, bola cop, dan kad tepuk ( Wah!) aku sibuk dengan melukis.

Pernah sekali , cikgu bahasa arab aku syok kat aku nampak aku seronok tengah menulis. Curiga dan was was mula wujud dalam diri dia aku rasakan. Mana taknya, aku pun dengan menggunakan akal darjah 4, melukis sambil hadang buku aku dengan buku teks bahasa arab. Memang nampak sangat la ada benda kat belakang buku. Haha

Zaaaaaappp!! Dia angkat buku aku, lalu terdedah segala aktiviti sulit aku waktu tu. Pergghh, dia ambik buku komik aku tu, terus dia letak dalam beg dia.

"Muhaimin!, Kalau kamu nak buku kamu nanti, datang jumpa saya dekat bilik saya!! Faham??!!" kata beliau dekat aku secara mata bertemu mata . Dengan terkebil kebil aku pun angguk sambil air bergenang dekat kelopak mata aku. Sila ingat, aku masih darjah 4.

Lepas habis je waktu sekolah, aku pun terus pergi bilik guru untuk jumpa cikgu tadi. Puas kena bebel baru dia bagi balik. Lepas tu, aku terus tekad nak habiskan jugak komik aku walau apa pun yang terjadi. Hampeh sungguh, kecik kecik dah ada perangai malas study. Tau buat benda mengarut je.

Setelah mengambil masa yang lama, komik pertama aku berjaya disiapkan. "Siapa nak baca 10 sen" kata aku kepada rakan rakan sekelas. Saja testing nak buat duit. Haha Memang diluar jangkaan sebab satu kelas baca !! Siap ada yang mintak buat episod dua. Aku cakap kalau ada masa aku buat nanti.

Korang mesti nak tau aku buat cerita apa kan?
Hahaha Cerita dia pasal dua adik beradik kembar nak selamatkan member dia yang kena tangkap dengan orang jahat. Senjata si abang pakai pedang. Adik pakai kayu.

Mana la pergi buku tu sekarang.

3 Comment:

eddy said...

loorrrhhh...
accept invitation aku tau :)

cik zaza said...

dah lama aku tak melukis.. aku pulak mula melukis masa aku umur 5 tahun masa tu dalam gelap aku melukis. kadang2 tu kalau terbangun tgh2 malam pun, dah takleh tido aku duk melukis lah. berani lak aku masa tu. lampu pun tak buka.huhu.. tapi sekarang dah tak melukis dah..

dAto' said...

wow 5 tahun! awal jugak tuh haha masa kecik kecik cam tu mana la nak tau pasal hantu hantu lagi..kan kan
kesian kat bakat terpendam..dah tak diguna pakai dah..haha :p