::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

Showing posts with label blogging intenseDebate. Show all posts
Showing posts with label blogging intenseDebate. Show all posts

21 February 2012

Broadband Maxis Postpaid

Hahaha untuk makluman semua, oleh kerana niat nak berblogging tuh dah datang kembali, maka semalam aku dengan member rumah aku terus ke cawangan maxis dekat bandar Jengka nih. Sebelum sebelum ni, aku kalau nak update blog, nak kena mengharap cuti sem dulu la baru dapat. Mana taknya, kat rumah je aku boleh main internet. Nak main dekat cc..hmm...



Nak dijadikan cerita, aku pun keluarkan lah modal RM100(untuk permulaan) untuk beli broadband tuh. Bulan bulan bayar dia dalam Rm68. Tak besar pun aku ambik, dalam 3GB je. Mungkin nanti nanti aku upgrade lah kot naik ke 6GB ke macam tuh lah kan.




Cuma yang buat aku agak musykil nih, mampu ke 3GB nih nak menampung beban blogging + blogwalking nih semua? Ada sesape yang dah ada pengalaman berblogging dengan broadband 3GB? Berapa lama boleh tahan sebelum cecah limit tuh?

20 April 2011

Teknik SEO | Lonjakkan Trafik

Okay, post kali ini bukan datok nak bagitau tentang Teknik SEO ataupun trick trick SEO. Sebab datok pun baru saja habis menggeledah blog Pendekar sebab beliau memang mahir dalam teknik SEO ini. Datok baru belajar dan tak banyak sangat pun yang datok tau lagi. Jadi, kepada anda semua yang nak belajar teknik SEO ini, boleh saja pergi ke sini. Hehe.

Datok bukanlah gila trafik, cuma siapa yang tak nak tengok blog mereka penuh dengan UV ( Unique Visitor) tiap tiap hari melambung lambung di luar dugaan. Haha Jangan tipu, tipu dosa. Haaa

Seperti yang dikatakan beliau, teknik ini mudah tapi akan jadi susah bagi mereka yang MALAS. Kena lebih kan lah sikit bertanya, kaji sana sini sikit, ilmu tak datang bergolek. Tapi, kalau korang semua jenis yang memang niatnya buat blog personal, tidak ada masalah. Ok? :)

Macam yang datok post kan sebelum ni, mengenai penggunaan IntenseDebate dengan CommentLuv, benda benda ini akan membantu blog korang dari segi backlink, sebab kalau tak silap Datok la kan, Intense Debate ni dofollow yang menjana backlink kepada blogger lain yang mengkomen. Ini bermakna, secara tak langsung akan menggalakkan blogger blogger lain komen di blog anda.

Tambahan juga,
Plugin commentLuv ini akan ada bersama sama comment anda dan anda boleh memilih untuk post entri anda bersama dengan komen anda. Jadi bila anda komen, dan entri anda ada sekali, kalau ada pengomen lain yang terbaca dan terdetik nak tekan, bukan ke dah menjadi satu perkara yang bagus. Betul tak? Hmm, tapi janganlah pulak ini korang jadikan alasan nak komen mengarut ataupun dengan kata lainnya, spamming semata mata nak tunjuk link. Komenlah seikhlas hati anda kan bagus? :)

Apa - apa pun, kalau ada salah dalam datok punya entri kali ni, harap korang semua boleh tolong betulkan. I'm still learning. :D

18 April 2011

IntenseDebate

So, aku baru saja lepas Intense Debate dekat blog aku. Kenapa? Haha Sebab aku saja nak try menggunakan comment yang 'dofollow'. Default comment box blogspot adalah 'nofollow', so agak merugikan la. Tapi korang jangan tanya aku apa tu 'dofollow', apa tu 'nofollow'. Aku tak reti nak terangkan. Haha

Aku tak tau lah pulak sejauh mana bagusnya pakai menatang nih, tapi tak salah mencuba. Hehe. Kalau rasa menyusahkan, aku buang lah balik nanti. Sebab, kalau tak silap aku, orang kata IntenseDebate agak melambatkan process loading. Hmm. Aku tak pasti lah pulak. Jadi aku try dulu.

Demi nak mengelakkan comment comment lama aku hilang, jadi aku set kan IntenseDebate nih hanya untuk post post terbaru saja. Sebab kalau aku set kat semua post dalam blog, comment tu semua akan hilang. Bukan lah hilang sebenarnya, cuma hidden sahaja. Kalau IntenseDebate tu dibuang, dan korang kembali pakai default comment, nampak la balik :)

Papehal kalau korang nak tau, macam mana nak install IntenseDebate, korang pergi usha sini. Step dia tak susah. As long korang follow betul betul. Ok?