::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

20 April 2011

Teknik SEO | Lonjakkan Trafik

Okay, post kali ini bukan datok nak bagitau tentang Teknik SEO ataupun trick trick SEO. Sebab datok pun baru saja habis menggeledah blog Pendekar sebab beliau memang mahir dalam teknik SEO ini. Datok baru belajar dan tak banyak sangat pun yang datok tau lagi. Jadi, kepada anda semua yang nak belajar teknik SEO ini, boleh saja pergi ke sini. Hehe.

Datok bukanlah gila trafik, cuma siapa yang tak nak tengok blog mereka penuh dengan UV ( Unique Visitor) tiap tiap hari melambung lambung di luar dugaan. Haha Jangan tipu, tipu dosa. Haaa

Seperti yang dikatakan beliau, teknik ini mudah tapi akan jadi susah bagi mereka yang MALAS. Kena lebih kan lah sikit bertanya, kaji sana sini sikit, ilmu tak datang bergolek. Tapi, kalau korang semua jenis yang memang niatnya buat blog personal, tidak ada masalah. Ok? :)

Macam yang datok post kan sebelum ni, mengenai penggunaan IntenseDebate dengan CommentLuv, benda benda ini akan membantu blog korang dari segi backlink, sebab kalau tak silap Datok la kan, Intense Debate ni dofollow yang menjana backlink kepada blogger lain yang mengkomen. Ini bermakna, secara tak langsung akan menggalakkan blogger blogger lain komen di blog anda.

Tambahan juga,
Plugin commentLuv ini akan ada bersama sama comment anda dan anda boleh memilih untuk post entri anda bersama dengan komen anda. Jadi bila anda komen, dan entri anda ada sekali, kalau ada pengomen lain yang terbaca dan terdetik nak tekan, bukan ke dah menjadi satu perkara yang bagus. Betul tak? Hmm, tapi janganlah pulak ini korang jadikan alasan nak komen mengarut ataupun dengan kata lainnya, spamming semata mata nak tunjuk link. Komenlah seikhlas hati anda kan bagus? :)

Apa - apa pun, kalau ada salah dalam datok punya entri kali ni, harap korang semua boleh tolong betulkan. I'm still learning. :D

0 Comment: