::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

22 February 2012

Rombongan Ke Putrajaya

Hari Sabtu lepas aku punya group KOR buat lawatan pergi Putrajaya. Mana taknya, group KOR aku "Thought of National Leaders". Jadi dengan secara tak langsungnya lawatan kenalah berkaitan dengan nama,so kitorang pun pergi lawatan ke pejabat Perdana Menteri....kot. Aku pun tak ingat mana jugak nama tempat tuh. Aku pergi pun sebab dapat 20% markah assessment. Takkan tak nak pergi lagi kan. Hehehe markah free der.

Pukul 7 pagi dah kena berkumpul tapi biasa lah kan, aku 6.45 pagi baru nak bangun. Mandi pastuh siap-siap nak sembahyang semua, dalam 7.10 baru siap. Seperti biasa lah kan, ada 3 orang lambat. Member aku si Faiz dengan Farid, muka toya datang pergi dekat bas.

Tengah parking kereta pulak, pak guard Uitm pun bersuara

"Dik, tempat tuh mana boleh parking. Tempat tu khas untuk ..*sape tah dia cakap*"

Nak taknak, aku dengan lagi 3 orang, tukar port parking. Terpaksa parking dekat kolej siswa punya parking nuuuun~ jauh dibawah sana. Pagi - pagi dah kena berjalan jauh nak pergi ke depan gate Uitm tempat bas parking.  Nasib baik bas tak jalan.

So, lebih kurang dalam 7.30 jugak lah baru bas bertolak.

****

Lebih kurang 3 jam setengah bas sampai dekat Putrajaya. Tapi yang jadi bestnya, destinasi asal tak jadi pergi atas sebab - sebab tertentu. Jadi next destination terus pergi ke Masjid Putrajaya. Walaupun aku dah pernah pergi, tapi sebelum nih pergi dengan keluarga. So lain lah rasanya kan.

Apalagi, tourist mode* lah aku.


Ada macam Aaron Aziz tak? hahaha



Dah memang macam tourist pulak aku tengok
Tengahari pun bedal aiskrim. Panas gila kat sana




Yang ni macam dah buat gaya kat luar negara dah

Lepas sejam melepak berjalan dekat area situ, kitorang tukar destination pergi Alamanda. Tak pernah pun aku pergi sini sebelum ni. Jauh sangat rumah aku dari KL nak ke Putrajaya kalau semata-mata nak pergi shopping complex Alamanda tu. So, hari tu aku pun explore la Alamanda nih.

Sampai je kat situ, classmate si Farid nih ajak main bowling. "Aku on je" balas aku. Nak jugak tunjuk skill bola spin yang tak berapa spin aku nih. Hasrat aku pun tak menjadi sebab tempat tuh dah fully book sampai 4 petang. Haih.


Tak jadi bowling, kitorang terus serbu Arcade dekat depan tempat bowling tuh. Lama jugak dah aku tak masuk tempat Arcade nih. Gian lain macam rasanya. Aku masuk tempat tuh, tak banyak yang aku aim nak main. Game yang test tumbuk tumbuk tuh dengan Daytona.
Rasanya kaki kaki Arcade mesti tau Daytona punya. Classic game yang tak ditelan zaman. Hehehe


Sebelum main Daytona, aku tukar token 2 ringgit semata-mata nak main game tumbuk tumbuk tu. Aku nampak budak sekolah menengah ada main menatam tu. Bukan main lagi bising. Ada yang dapat markah 65, ada yang 69, ada yang 70. Yang 70 tu memang agak gempak jugak gaya dia.

Lepas 3 round budak budak tuh main, aku dengan member member aku apa lagi, mesti mau tunjuk power jugak. Haha Tapi seram jugak, kot kot dapat sama je markah dengan geng budak-budak tuh. Malu den.


Tumbukan pertama si Farid ambik. Dass! 74 markah. Yang kedua si Faiz ambik. Dass~ 69 markah. Yang terakhir aku bedal. Dasss! 85 markah. Terkemam budak budak tuh. Hahaha *muka riak yang teramat masa tu*
Amek kau. Rasakan. Haha


So, lepas dah puas main menatam tuh, kitorang terus tukar port main Daytona. Dua lap pertama aku leading no.1 dengan bangganya. Tapi tak lama, orang riak ni memang kena  balasan. Aku eksiden dah secara tak sengaja termasuk pit-stop. *WT#!* dan secara automatiknya aku dapat no. last. Terima kasih brader - brader pit stop yang membaiki kereta aku.


Dalam pukul 4 petang, kitorang shoot balik Uitm. Agak kelesuan jugak lah seharian tu. Mana taknya, bangun pagi tapi tidur dekat pukul 4 pagi.

10 April 2011

Notis Dari Datok

Pejam celik pejam celik, sekali lagi, aku digegarkan dengan final examination. Bukan apa, sekejap sangat rasanya dah nak final untuk sem nih. Jadi, kerana sibuk yang melampau, aku tak dapat nak online lama lama untuk post entri baru. Sekadar reply comment yang mampu je. Kepada yang follow aku, minta maaf yer kalau aku tak follow balik, bukan tak nak follow, tapi nanti ada masa okey :D sekarang sangat ler sibuknya.

Jadi demi nak fokuskan pada final exam, aku akan berhenti sementara waktu dari dunia blogging. Subjek makin tough, dah tak boleh nak main main. Haaaaa

Sumbatparok perlu stop jadi sumbat buat seketika dan perlu jadi tak sumbat. Haha Nanti dah tammat gua punya exams gua datang balik. Jadi kepada korang yang singgah, tolong lah yer bersihkan sawang sawang mana yang ada kat blog ni, sapu sampah ke tak pun lap tingkap ke apa ke. Haha nanti aku dah kerja jadi bos, aku bayar gaji korang Hahaha ok bye bye~

Assalamualaikum~ \(^0^)/

07 March 2011

Pembypassan. Paham?

Kerana Lecturer aku gagal untuk hadir di kelas kerana demam, aku pun tanpa segan silu terus  meluncur surfing dekat makmal komputer tersebut. Cuma yang kurang menarik adalah sebab kepelbagain block di laman-laman web terkemuka seperti Facebook, Youtube dan mana- mana lagi yang korang boleh pikir. 

****

Jadi disebabkan itu, sahabat aku, pengasas, pembentuk dan pemenuh blog eddytech03.blogspot.com iaitu Eddy telah menujukkan aku cara nak bypass security di sini dengan menggunakan proxy server yang disediakan. Wah, aku gaya macam pandai je. Ini pun aku tulis je balik apa yang dia cakap tadi. Paham sikit sikit je.

Abaikan gambar yang menunjukkan gaya cerita seram.


Korang cuma perlu lihat dekat SINI. Ini adalah tutorial yang berharga so, gunakanlah dengan bijak dan bergaya. Follow step by step korang pasti berjaya.Aku macam nak bagi ceramah motivasi pulak dah. Lupa pulak aku nak ucapkan terima kasih dekat Adam dengan proxy tambahan yang dia bagi. Hehe 

Note : Di harap petugas makmal komputer tidak membuka blog ini mahupun blog eddytech03. Anda dilarang sama sekali.