::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

05 February 2011

Blogging Tips

Aku pun tak tau kenapa hari aku rajin sangat menulis. Jadi aku nak berkongsi dengan korang beberapa tips untuk blogging yang aku belajar dari blogger2 tegar ( otai ) kat luar sana. Walaupun blog korang, korang punya suka tapi mestilah nak bagi readers yang terbaik betul. Aku pun mungkin ada buat kesalahan tapi sama sama lah kita bantu membantu ye :)

1.Penggunaan Bahasa
 Kurangkan bahasa bahasa singkatan yang menggedik ( aku bukan nak cakap dekat sapa2 ) atau dengan bahasa yang lebih korang faham iaitu bahasa rempit bahasa singkatan.
glew kew apew, iyew kew, gewrams, mownink, sy x ske,  hahaha aku tak tau la apa lagi bahasa dia.

Kalau korang semua tau readers tu geng geng korang jugak, dan diorang semua tak ada masalah nak baca, teruskan.TAPI cuba bayangkan kalau readers tu orang lain yang mungkin hidup diorang tak menggunakan bahasa ni, diorang baca blog korang, pastu tak faham confirm tak cerita banyak terus tekan pangkah. Kan dah jadi rugi tu, betul tak? Yang ni blogger otai yang menggunakan bahasa yang simple tetapi tetap menarik http://zackzukhairi.blogspot.com/


2.Music App
Application untuk music. Bagi korang mungkin lagu tu best gila babun, seronok sambil bukak blog sambil dengar lagu *aku pun macam ni dulu* tapi cuba bayangkan yang bukak blog korang tu semalam baru tengok movie, speaker maximum volume bukak blog ko, terkejut beruk monyet kera lah diorang. Ending dia, blog korang kena tutup walhal blog ko sebenarnya ada entri best2.


3.Isi
Dah paling penting, entri biarlah sedap dan menarik nak baca. *part ni aku tengah usahakan, bukan senang nak hasilkan entri yang berkualiti* hehe .Biarlah entri korang tu orang lain tak pernah tengok, kalau dah pernah tengok cuba buat korang punya lagi terperinci. Biar readers bukak blog korang, baca blog korang lepas tu rasa puas hati. Bila diorang puas hati, memang diorang datang lagi. Itu la kita sebagai bloggers kena pentingkan :)


4.Kekemasan
Blog korang biarlah tak serabut dengan penggunaan tulisan yang susah nak baca, template yang sangat tak tersusun. Sebab kalau readers tengok blog sedemikian rupa siapa pun boleh tau apa reaksi diorang =)




4.Blog Berat
Kurang kurangkan lah beban blog korang, widget yang tak berapa penting, korang boleh la buang macam widget jam, youtube, Html elemets yang mengarut2 tu. Sapa yang rajin nak tunggu blog loading lama2. Kalau aku bukak blog orang pun, loading dia dekat 5 tahun, tak cerita banyak la. Ni aku tunjukkan korang blogger otai yang tak pakai banyak widget tapi entri memang mantapp! http://keretamayat.blogspot.com/
Hah ape lagi, test berat blog korang kat sini.


Semua yang aku tulis berdasarkan apa yang aku baca dari blogger lain dan jugak apa yang aku nampak. Mungkin betul dan mungkin jugak salah. Terpulang lah pada korang nak nilai. Kalau salah boleh betulkan :)


2 Comment:

Miss Eiza said...

Blog saya cmne?hehe...kalau tak ok komen la ek..saya perlu tunjuk ajar

dAto' said...

err, saya ni pun bukannya pandai mana pun bab2 berblogging ni cik Eiza. tapi yg saya tengok, ok je blog cik Eiza. Ringan pun ringan. :)