::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

05 February 2011

Header Transparent

Aku nak kongsi dengan korang cara cara nak buat headar picture korang transparent. Sebab aku sendiri pun baru belajar, so sementara dia tak hilang lagi dari kepala aku, aku nak kongsi ilmu tu pada yang berminat. So baca elok elok, step by step. Kalau ada salah, tolong tegur dekat comment sebab ni first time aku nak buat tutorial =)
Aku anggap korang ni zero pasal photoshop. Bukan pandang hina ek... =.=" Aku pun bukan master sangat pun. 

Note : Korang kena ada software adobe photoshop*ambik kau, aku dah bold. Software lain jangan tanya, sebab aku pakai CS2 je pun. Mane nak download? Try tanya brader google. Kot kot dia tau. Hahaha

1. Mula mula, korang kena lah ada gambar dulu. Try search kat abang google untuk gambar korang. Kalau dah pilih gambar, ok, tinggalkan step ni dengan bermaruah.

2.Bukak korang punya adobe photoshop. Tekan File > Open dekat bucu kiri atas and pastu pilih gambar korang tadi and tekan Open

-Cth : aku dah pilih gambar Pagani Zonda kat bawah ni.



3. Sekarang kita nak potong gambar tu and ambik mana yang kita nak saja ok? Macam contoh aku ambik gambar pagani zonda ni. So korang bukak tools kat sebelah kiri ni. Nampak tak kat mana aku tekan tu?




*note : just untuk penerangan.
Lasso Tools = tools memotong yang menggunakan free hand sahaja. Lebih kurang macam pencil tool lah kalau nak bandingkan. Kalau nak memotong tu, kena click sikit sikit dan potong bahagian yang korang nak / tak nak.
Polygonal Lasso Tools = Lebih kurang macam Lasso Tool, tapi dia punya style jenis yang garis lurus.Kalau nak bandingkan dengan tools dekat paint, dia ni lebih kurang macam Line tapi boleh memotong. Haaa 
Magnetic Lasso Tools = Yang ni nama pun magnetic, so korang tak payah tekan kalau nak potong , dia akan auto-click tempat yang cursor korang lalu. Aku tak berapa suka, tapi still pakai jugak = =" sebab walaupun pakai ni senang tapi kadang kadang dia pergi kat tempat yang aku taknak. Hahaha 

Aku akan tunjuk guna image macam mana nak guna tools ni.Cth : Aku guna Polygonal Lasso Tool.



Nampak tak macam mana permainan dia kat sini? haha korang kena click sikit sikit sampai lah bertemu balik dengan point mula mula. Dekat gambar ni aku just main click je, kalau korang nanti click cantik cantik la..kalau boleh background tu takde dalam gambar korang tu. Sebab nanti boleh nampak cacat.

4. Kembali pada step balik, kejap aku lost. Haa, ini contoh kalau korang dah siap potong.


Lepas tu korang tekan File > New macam step nombor 2 tadi tapi New atas Open. Haa takkan tak jumpa kaan. Lepas tu, untuk width dengan height suka hati korang lah * apa ke nama daaa tutorial macam ni* sebab aku sendiri pun tak tentu bab bab saiz ni. 

(1)Tapi yang aku pakai untuk current header sekarang sebagai panduan adalah height = 200, width 970. 

(2) And satu lagi, PASTIKAN BACKGROUND CONTENT ADALAH TRANSPARENT. DIULANG TRANSPARENT.


Click Ok and then korang semua akan dapat macam ni :


Kalau takda apa apa masalah, kita pergi next step.

5. Sekarang korang pergi tekan tools untuk transfer gambar iaitu Move Tool atau tekan saja (V). 


6. Sekarang pergi dekat gambar yang korang potong tadi then drag ( tarik ) gambar tu ke atas layer transparent yang korang baru buat ni.

Nampak?

7. Sekarang nak masukkan text. Gambar korang tadi korang pandai pandailah letak kat mana korang nak. Suka hati takde orang nak marah. Ahah Nak masukkan text tekan Horizontal Type Tool ataupun tekan je T.


Lepas tu tulis la apa apa korang nak ok?
Contohnya :


8. Dah siap tulis tulis ke apa ke, korang tekan File > Save As  kan file korang tadi kepada file .png sebab ramai cakap png memang sesuai untuk web. Sampai sekarang aku tak tau nak bezakan mana lagi bagus .png ke save for web. Kalau korang ada pengetahuan lebih pasal ni, korang boleh tambah kat comment karang. Kalau nak tambah laaa kan.   tambah laaaa kesian kat aku huk3 hahaha


9. Lepas dah save, korang bukak blog korang, pergi Dashboard > Design > Page Elements > Header > Edit.



Korang faham tak ni? dekat header tu tekan edit. Lepas tu,dekat placement, korang tekan button Insted of Title and Description. Maknanye nanti blog korang akan hilang tulisan header tapi digantikan dengan image yang korang nak upload tu. Browse image korang then upload.

10. Tekan preview, kalau takda masalah boleh terus save^^

Kalau ada tak paham boleh tanya. Aku jawab mana yang mampu. Untuk pengetahuan korang ada banyak cara lagi nak buat benda alah ni, ni salah satu je. Nak pakai cara lain, tanya brader google nanti dia bagi. Orait! 

0 Comment: