::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

01 February 2011

Pulau Duyong

Macam yang aku dah bagitau dekat korang semua, aku akan buat entri mengenai kampung aku. Kampung aku punyalah hebat sampaikan ramai orang Kl yang datang sini terus beli rumah and tak rasa nak balik Kl dah. Ok, part tu aku tipu.



Pulau Duyong. Tu nama spesifik kampung aku. Dulu ada jugak orang panggil dia Pulau Ketam. Mungkin sekarang pun masih ada lagi tapi aku tak nak pakai nama Pulau Ketam sebab dekat Selangor kalau tak silap, ada juga nama Pulau Ketam. Aku tak nak berkongsi nama kampung aku dengan tempat lain so aku nak pakai Pulau Duyong. 

Sebelum masuk ke kampung aku korang akan nampak signboard 'Pulau Duyong' dulu.




Kalau perjalanan tu daripada Kl biasanya akan ambil masa lebih kurang 6 jam. Tapi korang semua jangan salah faham pulak, Pulau Duyong ni bukanlah exactly sebuah pulau di tengah laut, cuma pulau di tengah - tengah Sungai Terengganu yang besar. 


Yang bawah-bawah ni semua gambar-gambar kampung aku. Heh kalau tak nak tengok terus lah scroll sampai bawah ahah takpe2 aku tak marah :p


Ini pandangan hadapan kampung aku


Dari lokasi yang sama, sebelah kiri ada masjid utama kampung ni. Tapi aku ni pemalas jugak nak pergi masjid. Kalau rajin baru pergi. Apa nak jadi la.


Ni tempat aku melepak waktu petang sambil mengenakan nescafe o ais dan Dunhill


Ini tarikh tangga rumah di simenkan dari yang sebelumnya hanya tangga kayu.
22.5.1989.



Kawasan belakang rumah. Tempat nenek aku bela ayam dengan itik. Dulu penuh sampai tak boleh nampak tanah. Tapi sekarang dah kurang sebab nenek aku dah tak larat nak jaga,


Dapur yang dahulunya memang tak sah kalau air tak penuh time banjir.


Ni view dari kerusi depan tadi. Kalau masa air pasang, pagar depan tu, jangan risau memang tak nampak dah,


Haha Disebabkan internet dekat kampung sekarang hanya broadband yang satu ni, aku terpaksa bagi peluang dekat ayah aku kalau dia nak pakai. ToT




Yang ini pulak adik saudara aku yang amatlah comel. Dia paling suka main CounterStrike walaupun dia langsung tak tau siapa yang dia patut tembak. Kalau tanya "Ni siapa" sambil refer dekat member2 dia , nanti dia reply " Yang ni kawan abang, ni abang min, yang ni ibu, yang ni ayah.." dengan bunyi pelat tak reti cakap betul betul lagi.

Ok, part yang itu ok lagi. Lepas tu aku tanya " Mana orang jahat?" Nanti dia diam lepas tu dia akan jawab "Takde orang jahat". Lama lama kalau tengok diam main nanti dia tembak jugak orang orang yang dia kata 'kawan' tadi. Biarlah, nama pun budak budak :)




Yang dekat bawah ni pula gambar gambar view Masjid Kristal dengan Pulau Kesenian Islam,macam tu lah nama dia rasanya, kalau korang pernah dengar. Masjid tu betul betul sebelah kampung aku and malam malam boleh nampak masjid tu bertukar tukar colour dia. Nice view.
Tapi tak boleh nak tangkap tengah malam sebab pakai kamera handset je. -__-"







View dari atas Jambatan besar.


Last sekali yang ini gambar tempat untuk Moosun Cup berlangsung. Bertentangan dari tempat Masjid Kristal tadi.




Jalan yang dahulunya pasir dan tanah sekarang dah berubah macam dekat PutraJaya dah. Hmmm





 Yang di atas atas adalah tempat Moonsup Cup berlangsung. Aku tak dapat nak ambil gambar yang lebih dekat sebab tempat tu dah menjadi private khas untuk orang-orang tertentu je. Hmmm



Ini saja yang dapat aku share dengan korang semua. Tak ada apa apa yang menarik sangat pun sebab kalau waktu sekarang berjalan jalan dekat Masjid Kristal ok lah sebab cuaca tengah mendung mendung gitu. But kalau korang semua pergi tengah panas ibarat jalan jalan tengah padang pasir la. Hehe

And Thanks For Reading^^

0 Comment: