Motorsikal
Yamaha 135 Lc ataupun dengan bahasa mudah nya
LC memang menjadi tarikan orang ramai. Ini kerana harga nya yang tidak lah terlalu mahal dan specs
Yamaha ni pun tak kurang hebatnya. Nak dijadikan cerita, aku yang baru saja bermula cuti semester ni, pun pasang lah angan angan nak pinjam motorsikal
LC adik aku untuk aku bawa ke uitm time buka semester nanti. Yang tak boleh dibelahnya, motorsikal beliau baru saja kena
CURI!!!
WTF! Celaka harem sungguh mereka mereka ( tidak kiralah mereka mereka ni berseorangan mahupun berkumpulan ) ini yang kurang kaseh sa-yang kerana merembat motosikal Yamaha tersebut. Tak sampai 8 bulan lagi pun lagi dah kena pulun. Aiseyman, WUE 7648. Inilah nombor bertuah yang mana kalau korang nampak motor ni lalu dihadapan korang semua, sila ambil 3 langkah kebelakang dan segera memberi flying kick kepada mereka mereka yang tengah menunggang motorsikal ni. Biar tersembam menjilat tanah. Pastu korang pau lah diorang duit. Hah
Waktu kejadian, adik aku tengah sembahyang Jumaat. Selamba je mereka mereka ni merembat. Sungguh tak gentar dengan yang di ATAS. hah harap harap mereka mereka mendapat balasan yang setimpal, tidak kira lah di dunia ataupun di akhirat kelak.
P/s : Aku macam dengar ura ura bapak aku nak belikan motorsikal baru. Hahaha Tolong lah bagitau itu bukan khabar angin ataupun berita palsu dari metro!!! Hahaha
0 Comment:
Post a Comment