Tengah selak-selak surat khabar, nampak berita pasal motorsikal berkuasa tinggi a.k.a superbike iaitu Ducati Monster 795 dah pun masuk ke Malaysia dengan harga RM59,999 termasuk insurans. Dan jugak, Valentino Rossi telah diberi penghormatan untuk melancarkan motorsikal ni.
Aku nih memang dari kecik lagi minat superbike, tapi nak buat macam mana kan minat je yang mampu, beli nya jauh sekali. Haha takpe takpe, ada rezeki nanti dah kerja memang aku nak sambar satu. Mungkin Ducati kot. Tengok lah.
Ducati Monster 795 |
Ducati Monster nih jugak antara banyak banyak model Ducati yang paling laris sekali. Tapi, betul jugakkan siapa yang tak pernah dengar Ducati Monster. Hehe maksud aku yang minat superbike la. Yang minat kereta memang tak kan ambik peduli pun.
Kawasaki Ninja 150RR |
Sekarang, atas ikhsan kedua ibu bapa aku, haha aku dibelikan Kawasaki Ninja 150rr. Untuk aku sekarang, motor nih dah jauh dari cukup. Ala ala superbike cuma dia 2-stroke dan kecik sikit lah. Kalau motor aku nih letak sebelah superbike superbike lain, motor aku nampak macam adik lah. Hahaha takpe2, Sikit sikit lama lama jadi bukit. Eh, macam takde kena je...
0 Comment:
Post a Comment