Imba. Seriously memang Imba. Setakat share internet dekat Windows 7 tu memang dalam tangan tapi bila main dengan Windows XP, jangan kata dalam tangan, dalam kaki belum tentu.
Aku ada sebijik PC dekat rumah yang tersangatlah old school. Old school macam mana? Old school yang menggunakan RAM DDR1/DDR , ber-Windows XP dan mempunyai RAM 1.25GB. Haaaa, macam mana? Hebat tak hebat?
Nak dijadikan cerita nya, aku pergi lah beli benda alah yang bentuk macam broadband tuh, tapi untuk share internet and buat desktop boleh ada wireless. Kejap aku cari gambar dia jap.
Haaa, macam nih rupa dia.
Okay. So, aku pun installed segala benda yang perlu diinstal dan sampai lah ke suatu point yang bakal mengubah hidup aku selama sejam. Biasa kalau dekat Windows 7 senang je nak sharing is caring internet nih tapi bila bermain dengan Windows XP aku buntu tanpa kata. Walauweyh.
Rasa nak mengamuk je tadi. Lepas kena ceramah dengan mak aku sekejap, (ceramah sebab aku asyik amarah tak tentu pasal ) aku kembali jadi tenang. Tapi tak tenang jugak lah. Hahah
Hampir 2 jam jugak lah aku berusaha nak menangani permasalahan nih. Akhirnya berjaya. Rasa macam boleh bukak kedai komputer dah nih. Hahahahahaha