::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

24 October 2011

Yoona, Artis Bijak di Korea Selatan

SEOUL 23 Okt. - Artis jelita daripada kumpulan SNSD/Girls Generation, Yoona dipilih sebagai anggota kumpulan penyanyi wanita paling bijak di Korea Selatan, menurut satu tinjauan baru-baru ini.

SNSD Yoona


Tinjauan yang dilakukan oleh sebuah klinik di Gangnam Sochowon,Seoul itu dilakukan bagi mengetahui artis mana yang paling bijak oleh orang ramai. Tinjauan itu melibatkan seramai 148 responden terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan bidang. 

KARA Goo Hara
After School Kahi























Yoona memperolehi 54 peratus undi diikuti Goo Hara daripada kumpulan KARA dengan 23.4 peratus undi dan Kahi daripada kumpulan After School dengan 18.3 peratus undi. Tinjauan turut mendapati kebanyakan responden berpendapat, anggota kumpulan yang aktif 'bernyanyi', berlakon dan muncul dalam banyak rancangan realiti perlu mempunyai bakat dan bijak.

Girls Generation yang baru tampil dengan album baru, The Boys sedang mendominasi carta lagu di Korea Selatan - AGENSI

Sumber : Utusan Malaysia


P/S : Apa-apa pun aku tau, Jae Suk dengan DaeSung tetap Dumb & Dumber. Hahaha

0 Comment: