jalan raya raya haha
Pagi2 raya dah makan nasi minyak and nasi yang ada kaler2 tu -__- apa tah nama dia. heh
Lepas dah makan2 tu kitorang terus pergi jalan raya dekat kampung ulu/hulu apa entah ayah aku bagitau tadi yang letaknya di Kepong. Nama tempat atau jalan aku memang aku kurang tau, tapi jalan dia aku tau. Sebab tu kalau tanya directions kat aku, aku kena lukis tak boleh tunjuk2 je. Sebab tak hafal nama jalan. haha Kalau tak lukis nanti jadi ikut kanan pastu kiri pastu kiri lagi sekali bla bla bla.. xD
(gambar hiasan haha)
Berbalik kepada cerita asal, kitorang pun pergi ke Kepong untuk beraya di rumah mak long aku. Kat sana paklong, maklong, abang sedara, adik sedara etc berkumpul ramai2. Mak ngan ayah aku bukak cerita pasal isu semasa. Macam macam isu ada, ajaran sesat la, pasal kerja la, pasal lebuhraya la, pasal kereta mainan adik sedara aku la dan banyak lah lagi cerita.
Dalam mak dengan ayah aku bercerita tu, aku, abang sedara aku(baju kuning) ngan atuk aku (berkopiah ) bukak topic baru. Yang bukak topic tu atuk aku la.
Masa ni atuk aku bukak cerita dia masa perang dengan jepunese dulu. Tapi dia memang betul ex - polis pun masa zaman dulu. Dia pun mulalah cerita macam mana jepuns ni tawan bukit kepong, macam mana jepun sorok pedang samurai kat kawasan semenyih tu, sorok keta kebal dalam sungai. Kadang kadang cerita betul TAPI kadang kadang dia reka je. Haha dia pantang kalau korang tunjuk minat kat cerita dia, nanti for sure dia reka. Awal awal je betul lama lama mengarut. Sebab tu kena hati hati tahap Maksimus kalau dengar cerita dia. -__-"
Pernah sekali tu, dia punya loyar buruk tu punya la teruk sampai polis pun malas nak layan. Situasi waktu tu lepas atuk aku kena tahan sebab memotong dekat double line.
Polis :
Pak cik, pak cik tau tak pak cik memotong dekat double line. Kalau nak memotong biar dekat jalan putus putus pak cik.
Atok aku :
Sebab line dia tak putus la pak cik potong baru jadi putus putus.
Apelagi, tanpa ragu ragu dan curiga polis tu keluarkan surat saman. Hahaha atuk2!
Banyak lagi cerita mengarut yang dia buat kat kitorang semua. Layan je laa tok!
0 Comment:
Post a Comment