::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

19 November 2010

Oh Arai.

Quote from Kedai Motor IM 2 
Amoi Kedai Helmet : OOoo, lu mau beli itu helmet ALAi aaa..?
Aku : aha, ye ye saya nak beli alai..belapa lu juai?

hahaha amoi2..



Nak dijadikan cerita, pagi tadi tengah seronok gila b*** (ahaha kena sensored ) main dota, tiba tiba mak aku jerit 
"Amiiinnn~~ ,beli lauk kat pasor jap, xdop lauk doh ni.." biasa laa, slang terengganu mak aku..haha
aku dah la tengah nak menang...nak tak nak blah je lah dari game..nanti membebel pulak dia.. 
"Kejap lagi sambung la balik"
itu ayat kalau aku cakap aku tengah main game, dia bukan tau pun aku main online ke tak kan..tapi takpe, mak aku punya pasal aku pergi. Aku dah pau duit lebih sikit aku pun ambik kunci motor nak panas enjin. Lepas tu aku cari helmet index adik aku...takde!
DEAD.
aku cari helmet swan kakak aku...takde jugak!
DEAD.


Yang ada tinggal helmet arai aku. Berpikir jap aku, tak kan la nak pergi pasar pakai helmet ni. aduuuh. Last last, pergi la jugak an. Tengah beli ikan, beli ayam orang kat pasar usha je helmet. Ye ar, tak beragak gila bawak arai gi beli ikan. =.="

Kisah la pulak, janji aku boleh beli cepat cepat, sambung dota balik. OKay! hahaha

0 Comment: