Aku sedar tahap ke-update-tan blog aku semakin lama menjadi semakin perlahan, jadi kali ni aku nak update jugak tak kira apa pun yang nak jadi. Semalam nak dijadikan cerita, aku ada quiz math, quiz Operating System, test Operating system. Aku pun apelagi, gunakan satu malam untuk study semua tu, kata genius sambilan.. haha satu malam je dah cukup. Cukup la untuk cukup cukup makan. Demm pemalas.
Jadi aku pun macam biasa, lepas makan malam, balik je rumah terus study. Tapi macam biasa la, tengah study ni la macam macam dugaan datang melanda.
Puas study dengan game, aku tak sedar dah pukul 3 pagi. Mata dah pusing, tambah pulak nak study subjek fakta memang tak dapat la jep. Rela tak rela aku kena tido jugak. Esok kelas paling awal pukul 8 pagi. Semenjak dua menjak nih, aku dah beberapa kali gagal tunjuk muka time kelas pagi. Seronok sekarang la, sedih pulak nanti bila dah dapat surat layang dari lecturer aku.
Set alarm bukan main lagi, sampai 5 alarm. Lagu setting baek punya. Jenis jenis kalau bunyi nanti , speaker phone aku boleh terus tukar baru. Hati dah lega, aku terus tidor. Padahal study bukan main sikit. Tido mau je laju. Demm.
Esok pagi aku dengar alarm, bangun punya la semangat tap tap tengok jam cantik je nombor tulis 10:45. Haha termenung sekejap sambil tu pikir.. macam mana la aku nak buat quiz nih? Tapi ni lah manusia jenis pemalas sejak azali, dah tau tak dapat buat quiz terus tarik selimut. Dalam sejam setengah lepas tu baru bangun balik sambung study untuk test malam nanti. Heh, sila jangan tiru perangai aku kalau tak nak dapat surat layang.
Malam tu lepas test, aku berjaya memujuk rayu lecturer aku untuk bagi second chance buat quiz. Tapi madam aku memang baik. Sebab tu aku suka. Aku cakap kat dia aku lambat bangun sebab study terlebih. Eceh, alasan nak baik je. Haha -__-
0 Comment:
Post a Comment