::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

Showing posts with label GAMES. Show all posts
Showing posts with label GAMES. Show all posts

22 March 2011

Ular Dekat Youtube??!

Okay, bukan ular betul.

So, hari ni nak share dengan korang semua pasal satu info yang aku baru tau. Ye lah, dunia je maju, aku tak maju maju pun.Aku dapat rasakan dengan naluri hati aku yang info ni sebenarnya teramatlah lama. Tapi biarkann,  Haha Mungkin ramai yang dah tau, jadi yang agak agak tak tau, boleh terus baca.


Kalau aku sebut, game Snake/Snake Xenzia, aku yakin dengan seyakin yakinnya yang korang tau. Dan yang menjadi lebih menariknya, korang jugak boleh main game Snake ni dekat Youtube! Wah! Game Snake kot, paling hebat zaman aku sekolah dulu seiring dengan game-game Rapid Roll dan Pocket Carom. High score taknak main ratus ratus dah, riban riban je. Haha okey dah dah. Tapi memang best pun dulu game ni! Ok Ok dah Cukup! Hehe game Snak...CUKUP!!


Cara nak main Snake ni dekat youtube, bila korang bukak je video kat youtube tu, pause kan video tersebut dekat 0:00. Lepas tu, tekan arrow ke kiri , sambil HOLD button arrow tersebut, korang tekan button arrow ke atas. Nanti nampak lah anak harun ular tu keluar dari tengah. 
Lepas tu main macam biasa lah. 


Pause dekat 0:00. Ular keluar dekat sini je. LOL macam main puzzle lak.











Nampak Ulat Jenis Molekul Kat Tengah Tu??


Note :: Aku bukan peminat Justin Bieber. Video dipilih secara rawak/rambang dari Youtube HomePage.

Dah puas boleh tutup. Ahah


Game ni pun diletakkan untuk sapa sapa yang dah boring sangat menunggu video tersebut untuk buffer. -___-
Tips ini tak layak nak dibaca oleh pengguna Unify dan seanteronya. Sebab mereka mereka ni, tak mengenali perkataan buffer.  

03 March 2011

Operating System Dan Dota. Dota Lagiii...

Aku sedar tahap ke-update-tan blog aku semakin lama menjadi semakin perlahan, jadi kali ni aku nak update jugak tak kira apa pun yang nak jadi. Semalam nak dijadikan cerita, aku ada quiz math, quiz Operating System, test Operating system. Aku pun apelagi, gunakan satu malam untuk study semua tu, kata genius sambilan.. haha satu malam je dah cukup. Cukup la untuk cukup cukup makan. Demm  pemalas.

Jadi aku pun macam biasa, lepas makan malam, balik je rumah terus study. Tapi macam biasa la, tengah study ni la macam macam dugaan datang melanda.




Puas study dengan game, aku tak sedar dah pukul 3 pagi. Mata dah pusing, tambah pulak nak study subjek fakta memang tak dapat la jep. Rela tak rela aku kena tido jugak. Esok kelas paling awal pukul 8 pagi. Semenjak dua menjak nih, aku dah beberapa kali gagal tunjuk muka time kelas pagi. Seronok sekarang la, sedih pulak nanti bila dah dapat surat layang dari lecturer aku.

Set alarm bukan main lagi, sampai 5 alarm. Lagu setting baek punya. Jenis jenis kalau bunyi nanti , speaker phone aku boleh terus tukar baru. Hati dah lega, aku terus tidor. Padahal study bukan main sikit. Tido mau je laju. Demm.

Esok pagi aku dengar alarm, bangun punya la semangat tap tap tengok jam cantik je nombor tulis 10:45. Haha termenung sekejap sambil tu pikir.. macam mana la aku nak buat quiz nih? Tapi ni lah manusia jenis pemalas sejak azali, dah tau tak dapat buat quiz terus tarik selimut. Dalam sejam setengah lepas tu baru bangun balik sambung study untuk test malam nanti. Heh, sila jangan tiru perangai aku kalau tak nak dapat surat layang.

Malam tu lepas test, aku berjaya memujuk rayu lecturer aku untuk bagi second chance buat quiz. Tapi madam aku memang baik. Sebab tu aku suka. Aku cakap kat dia aku lambat bangun sebab study terlebih. Eceh, alasan nak baik je. Haha -__-

02 February 2011

O2Jam




Siapa yang masih ingat game O2Jam? Aku pasti ramai yang masih ingat. Kalau tak ingat pun mesti pernah tengok orang main. Satu game yang cukup famous dekat CC yang diconquer oleh chinese. Minta maaf, statement ni langsung tidak ada niat mengenai rasict. lol

Sekarang aku mula main balik sebab ada salah seorang kawan aku ada installer dia. Tapi versi O2Mania iaitu O2Jam versi offline. Tapi aku bukanlah boleh tergolong dalam golongan-golongan sifu tapi golongon-golongan hamba. Kalau aku main korang jangan risau setakat perkataan miss tu bersepah sepah korang boleh nampak. Jangan kira nanti tak cukup tangan. Hahaha

Kalau siapa siapa nak download game O2Mania ni, boleh click [sini] dan juga dekat situ ada beserta music pack dia. Follow je instruction yang dia bagi. Selamat mendownload^^

p/s : Aku tak pernah try dowload kat sini lagi.Try la. Lepas tu, nanti bila dah main jangan lupa slow kan sikit sound speaker, member aku pernah kena marah dengan jiran sebab pasang kuat kuat Hahaha

08 December 2010

Travian

So entry kali ni, aku nak cerita pasal satu game yang aku pernah main dulu tapi tak sempat habis aku dah delete account. Sebab apa? Sebab game ni memerlukan korang membuang masa lebih kurang 9 bulan untuk main. Haa, lama tak? Mestilah lama. Gila kalau kata tak lama. Game ni lah nama dia Travian. 

Kalau nak main boleh terus copy dan paste di browser korang^^
 http://www.travian.com.my/?uc=my4_1914


Ini screenshot dekat main page dia.

Travian ni ada beberapa server yang mana setiap server ni berlainan waktu dia. Ada server yang dah start lama dah, ada yang baru dan ada jugak yang tengah-tengah.
Masa register, dia akan suruh pilih server mana yang korang nak. Macam yang ni, cuma ada dua server, 4 dengan 5.
Dalam game ni, everything fully in bahasa melayu. Sebab tu, kadang-kadang macam pelik sikit la, korang tau la kan macam handset tukar language bahasa melayu. Bukan nak kata bahasa melayu pelik, tapi korang paham paham lah kan? 


Ada 3 puak berbeza yang boleh korang pilih iaitu Rom, Teuton dan Gaul. Semua berbeza dari macam macam aspek. Contohnya, ada yang sesuai untuk main defend, ada yang jenis attacking dll. Tapi, macam yang di advisekan , beginner JANGAN ambik Rom sebab susah sikit. Susah macam mana? Tu boleh lah pergi baca kat guide atau forum dia ^^ Aku nak terang banyak2 aku pun tak master mana.. = ="


Dan jugak, dalam game ni amatlah digalakkan untuk pemain join federation ataupun persekutuan. Persekutuan ni kiranya macam group yang mana group ni lah yang akan korang bantu untuk kuatkan lagi persekutuan korang tu dan jugak membantu korang kalau korang kena attack dengan orang lain. So, bagi aku lagi cepat join lagi bagus. Korang pon selamat. Syarat2 nak masuk persekutuan ni bergantung la kepada kepala2 diorang sendiri macam mana nak masuk. Ada yang ikut population, ada yang ikot tentera ada yang main bedal je .




Nak terangkan untuk askar dengan bangunan dia memang susah dan BANYAK. Kalau korang rasa nak main, boleh la cari sendiri guide dia, ada bersepah2 kat forum kat main page Travian. ^^
Game ni tak pakai grafik tinggi2 sebab gambar pun 2D je. Walaupun korang rasa Pc korang wooden sekalipun, jangan risau still boleh main. Kalau korang kaya pulak, boleh beli emas guna duit a.k.a topup. Macam mana cara dia, aku tak tau, sebab member aku yang buat, aku takde duit hehe
Emas tu, kalau korang dah beli, macam macam benda boleh buat. Instant siapkan bangunan, beli ni la, tambah resource process speed la..dan mcm2 lagi laaa..



Ni just basic sangat ni aku cerita.Banyak lagi benda yang korang kena tau. Nak tulis banyak banyak malas pulak. So, kalau rasa nak main boleh main k! Dan jangan lupa pergi baca dekat forum. Semua information adalah sangat2 berguna :) Gud Luck!!