::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

08 December 2010

Travian

So entry kali ni, aku nak cerita pasal satu game yang aku pernah main dulu tapi tak sempat habis aku dah delete account. Sebab apa? Sebab game ni memerlukan korang membuang masa lebih kurang 9 bulan untuk main. Haa, lama tak? Mestilah lama. Gila kalau kata tak lama. Game ni lah nama dia Travian. 

Kalau nak main boleh terus copy dan paste di browser korang^^
 http://www.travian.com.my/?uc=my4_1914


Ini screenshot dekat main page dia.

Travian ni ada beberapa server yang mana setiap server ni berlainan waktu dia. Ada server yang dah start lama dah, ada yang baru dan ada jugak yang tengah-tengah.
Masa register, dia akan suruh pilih server mana yang korang nak. Macam yang ni, cuma ada dua server, 4 dengan 5.
Dalam game ni, everything fully in bahasa melayu. Sebab tu, kadang-kadang macam pelik sikit la, korang tau la kan macam handset tukar language bahasa melayu. Bukan nak kata bahasa melayu pelik, tapi korang paham paham lah kan? 


Ada 3 puak berbeza yang boleh korang pilih iaitu Rom, Teuton dan Gaul. Semua berbeza dari macam macam aspek. Contohnya, ada yang sesuai untuk main defend, ada yang jenis attacking dll. Tapi, macam yang di advisekan , beginner JANGAN ambik Rom sebab susah sikit. Susah macam mana? Tu boleh lah pergi baca kat guide atau forum dia ^^ Aku nak terang banyak2 aku pun tak master mana.. = ="


Dan jugak, dalam game ni amatlah digalakkan untuk pemain join federation ataupun persekutuan. Persekutuan ni kiranya macam group yang mana group ni lah yang akan korang bantu untuk kuatkan lagi persekutuan korang tu dan jugak membantu korang kalau korang kena attack dengan orang lain. So, bagi aku lagi cepat join lagi bagus. Korang pon selamat. Syarat2 nak masuk persekutuan ni bergantung la kepada kepala2 diorang sendiri macam mana nak masuk. Ada yang ikut population, ada yang ikot tentera ada yang main bedal je .




Nak terangkan untuk askar dengan bangunan dia memang susah dan BANYAK. Kalau korang rasa nak main, boleh la cari sendiri guide dia, ada bersepah2 kat forum kat main page Travian. ^^
Game ni tak pakai grafik tinggi2 sebab gambar pun 2D je. Walaupun korang rasa Pc korang wooden sekalipun, jangan risau still boleh main. Kalau korang kaya pulak, boleh beli emas guna duit a.k.a topup. Macam mana cara dia, aku tak tau, sebab member aku yang buat, aku takde duit hehe
Emas tu, kalau korang dah beli, macam macam benda boleh buat. Instant siapkan bangunan, beli ni la, tambah resource process speed la..dan mcm2 lagi laaa..



Ni just basic sangat ni aku cerita.Banyak lagi benda yang korang kena tau. Nak tulis banyak banyak malas pulak. So, kalau rasa nak main boleh main k! Dan jangan lupa pergi baca dekat forum. Semua information adalah sangat2 berguna :) Gud Luck!!


0 Comment: