::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

10 December 2010

Komik & Comic.

Kumpul Komik.Baca Komik.



So, entry kali pulak aku nak cerita dengan korang semua pasal komik. Aku dari kecik lagi memang suka kumpul komik. Tau je ada komik baru keluar dekat kedai, aku terus simpan duit nak beli. Macam - macam jenis komik aku minat . Cuma satu je lah aku tak minat, komik komik Marvel ni memang aku kurang sikit. Tak tau komik Marvel? Komik Marvel ni komik superhero US iaitu Spiderman, Batman, Superman , Hulkman..eh Hulk dan jugak Suparjo. Haha xD

Antara komik terawal aku beli antaranya adalah Ujang, Dragonball, Gila-gila, Misteri Naga dan Kreko. Tapi Ujang dengan Gila-gila ni dulu la, sebab dulu komik ni still kelakar gila but now dah tak berapa ada ummph!Lawak diorang macam dah berulang ulang and kadang kadang cuma lawak bodo je. Tapi aku tak salahkan pelukis sebab nak buat komik lawak ni bukan senang. Lagi susah dari tulis novel. haha 

Then time dekat form 3/4/5 aku mula kumpul One Piece, Kreko, Detektive Conan, Eyeshield21, Wira Tunggal, Kekkaishi, Kyo Samurai Deeper  dll.








Aku tak tahu la macam mana aku boleh minat semua benda benda ni. Haha ada membe aku yang tak minat kata membazir je aku kumpul . Dia tak paham . Haha
 Semua ni bersepah sepah aku kumpul sampai la masuk U then aku discover ada online site untuk baca manga. Perrghh terus aku tinggal semua skali. So, sampai situ aku stop beli komik ni.Aku stop pon bukan sebab kedekut nak beli, tapi banyak benda lain lagi aku nak pakai, terpaksa la berkorban. ^^ Tapi kalau pergi kedai tapi aku nampak komik yang best best, aku ada beli jugak. Dah nama pun minat kan~



09 December 2010

Warga asing dalang SMS rambang tambah nilai prabayar

KOTA TINGGI: “Ini ayah. Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah, 0178936... ayah ada masalah d balai police. ta payah call sekejap ayah call balik.” Begitulah khidmat pesanan ringkas (SMS), yang digunakan satu sindiket penipuan tambah nilai telefon prabayar yang dikirim secara rambang kepada pengguna telefon bimbit di negeri ini.
SMS dipercayai dikirim sindiket didalangi warga asing itu menggunakan taktik merayu bantuan kecemasan bagi mendapatkan tambah nilai RM30 atau RM50 yang akan dikirimkan ke nombor telefon yang diberikan.

Tambah nilai diperoleh hasil memperdaya orang ramai itu dipercayai akan dijual semula anggota sindiket itu di kalangan warga asing bagi mendapatkan wang tunai.
SMS itu dikirim daripada telefon bernombor 628528 9826195 dipercayai didaftarkan di Indonesia di mana cubaan Harian Metro untuk menghubungi nombor telefon itu memasuki peti simpanan pesanan suara yang menggunakan bahasa negara itu dan bahasa Inggeris.

Dalam kejadian terbaru di bandar ini semalam, seorang kakitangan kerajaan berusia 55 tahun menerima SMS berkenaan sebelum menghubungi Harian Metro.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mazlan Abdullah berkata, pengirim SMS itu dipercayai menghantar pesanan itu secara rambang dengan harapan ada pengguna telefon bimbit terpedaya. “Usia saya sudah lebih separuh abad, manalah saya ada bapa yang punya urusan di balai polis. Langsung tak munasabah,” katanya.

Mazlan yang bertugas dalam pasukan keselamatan berkata, pelbagai taktik penipuan disyaki didalangi warga asing dilakukan termasuk SMS menawarkan hadiah lumayan, taktik tiket nombor ekor palsu serta batu delima ajaib.

“Media selalu memberi peringatan dan diharapkan kes sebegini menjadi ingatan kepada masyarakat supaya tidak terpedaya dan menanggung kerugian dengan taktik penipu sebegini,” katanya yang menjadi pembaca setia Harian Metro.

Dalam kejadian sama di Muar, penipuan sama dikesan apabila seorang eksekutif sebuah syarikat multimedia menerima SMS kononnya dihantar bapanya, minggu lalu, tetapi pesanan itu hanya meminta tambah nilai RM30.Bagaimanapun, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nas berkata, dia mendapati SMS itu palsu apabila menghubungi bapanya yang menafikan menghantar pesanan berkenaan. Nas berkata, dia menghubungi nombor telefon dari Indonesia yang mengirimkan SMS itu tetapi tidak berjawab.

Pegawai sebuah bank di bandar ini turut menerima SMS sama yang kononnya dihantar seorang ‘Pak Cik’ dan meminta dia menambah nilai telefon prabayar sebanyak RM30.
So, hati hati eh korang, jgn baik sangat duk share topap je keje^^

Sumber : MyMetro.

08 December 2010

Travian

So entry kali ni, aku nak cerita pasal satu game yang aku pernah main dulu tapi tak sempat habis aku dah delete account. Sebab apa? Sebab game ni memerlukan korang membuang masa lebih kurang 9 bulan untuk main. Haa, lama tak? Mestilah lama. Gila kalau kata tak lama. Game ni lah nama dia Travian. 

Kalau nak main boleh terus copy dan paste di browser korang^^
 http://www.travian.com.my/?uc=my4_1914


Ini screenshot dekat main page dia.

Travian ni ada beberapa server yang mana setiap server ni berlainan waktu dia. Ada server yang dah start lama dah, ada yang baru dan ada jugak yang tengah-tengah.
Masa register, dia akan suruh pilih server mana yang korang nak. Macam yang ni, cuma ada dua server, 4 dengan 5.
Dalam game ni, everything fully in bahasa melayu. Sebab tu, kadang-kadang macam pelik sikit la, korang tau la kan macam handset tukar language bahasa melayu. Bukan nak kata bahasa melayu pelik, tapi korang paham paham lah kan? 


Ada 3 puak berbeza yang boleh korang pilih iaitu Rom, Teuton dan Gaul. Semua berbeza dari macam macam aspek. Contohnya, ada yang sesuai untuk main defend, ada yang jenis attacking dll. Tapi, macam yang di advisekan , beginner JANGAN ambik Rom sebab susah sikit. Susah macam mana? Tu boleh lah pergi baca kat guide atau forum dia ^^ Aku nak terang banyak2 aku pun tak master mana.. = ="


Dan jugak, dalam game ni amatlah digalakkan untuk pemain join federation ataupun persekutuan. Persekutuan ni kiranya macam group yang mana group ni lah yang akan korang bantu untuk kuatkan lagi persekutuan korang tu dan jugak membantu korang kalau korang kena attack dengan orang lain. So, bagi aku lagi cepat join lagi bagus. Korang pon selamat. Syarat2 nak masuk persekutuan ni bergantung la kepada kepala2 diorang sendiri macam mana nak masuk. Ada yang ikut population, ada yang ikot tentera ada yang main bedal je .




Nak terangkan untuk askar dengan bangunan dia memang susah dan BANYAK. Kalau korang rasa nak main, boleh la cari sendiri guide dia, ada bersepah2 kat forum kat main page Travian. ^^
Game ni tak pakai grafik tinggi2 sebab gambar pun 2D je. Walaupun korang rasa Pc korang wooden sekalipun, jangan risau still boleh main. Kalau korang kaya pulak, boleh beli emas guna duit a.k.a topup. Macam mana cara dia, aku tak tau, sebab member aku yang buat, aku takde duit hehe
Emas tu, kalau korang dah beli, macam macam benda boleh buat. Instant siapkan bangunan, beli ni la, tambah resource process speed la..dan mcm2 lagi laaa..



Ni just basic sangat ni aku cerita.Banyak lagi benda yang korang kena tau. Nak tulis banyak banyak malas pulak. So, kalau rasa nak main boleh main k! Dan jangan lupa pergi baca dekat forum. Semua information adalah sangat2 berguna :) Gud Luck!!