::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

09 March 2011

Nyamuk Yang Racist.

Nak jadi kan cerita, lepas je aku balik makan semalam, hujan lebat secara mengejut. Nasib baik aku dengan member aku, Tulang dah pun berada dalam kereta. Kerana terlalu lebat, jadi kami buat keputusan pergi lepak rumah member sebab kalau balik terus confirm kuyup sebab dalam perjalanan nak masuk rumah tu, langsung tak ada bumbung.

Lepas dah lepak dalam sejam lebih tu, Tulang menyusulkan idea untuk balik ke rumah. Menggunakan payung patah dia. Hujan dah reda sikit jadi rasanya ok la jugak kalau nak redah pun.

Sesampai dekat rumah aku tengok gelap semacam je. Mungkin plug tertendang masa kilat tadi. Dengan menggunakan lampu henset aku, kitorang berdua pun try on kan semula plug. Tapi sayang takde effect. 
Nak keluar pergi tido rumah member lain confirm semua dah tidor. Tambah pulak hujan lagi. Memang terus tak keluar la jawabnya. 

****


Mula mula tidur memang lah layan, dengan angin sepoi sepoi bahasa, tambah pulak sejuk sejuk gitu sekejap je aku cakap korang, memang terus lena diulit intan. 

Tapi sayang, keselesaan aku tak lama. Lebih kurang dalam pukul 3 pagi, aku pun diserang oleh segumpal nyamuk yang dahagakan darah aku. Tau la badan berlemak, darahnya manis manisss ajja. Haha Nak bandingkan dengan tulang, memang pada nyamuk, aku tampak lebih menyelerakan. 
Ayat : "Yang atas tilam nampak macam selera sikit! hehehe

Apalagi, terjahan demi terjahan kena pada aku. Aku pun tangkas bangun mencapai kertas nota Operating System aku dah membalas serangan. Tak tau lah berapa banyak nyawa tergadai dalam perang malam tu. Ada nyamuk cuba menyerang melalui telinga, lubang hidung dan pelbagai tempat berbahaya lagi namun pertahanan aku tak boleh dipandang rendah. 

Perang tadi berlanjutan sehingga pukul 6.30 pagi, waktu tu semua nyamuk dah nak pulang ke tempat masing masing. Aku pulak cedera parah kesan dari perang tadi. Tapi, disebabkan mengantuk yang teramat sangat , tak sampai 5 minit aku dah tidur.

Aku nak ucapkan terima kasih dekat kertas Operating System. Disebabkan beliau, aku dapat mengharungi malam yang penuh dugaan tersebut. Demmit.

0 Comment: