Macam yang korang sedia maklum,daripada isu bola sepak sekarang dah bertukar isu perang.Berbagai bagai platform media dan laman sosial dah menjadi hangat dengan isu ni. Dekat mana mana je boleh nampak orang bergaduh gaduh pasal benda ni. Janganlah kerana sebiji bola, wujudnya perang yang sia2. Kerana dendam kalah bola, nak dibalas dengan darah?
Come on la. Hentikan mentaliti kelas keempat anda.Penggunaan laser di stadium bola sepak asia ni bukan benda baru. Jangan lah laser bodoh tu jadi kambing hitam nak buat alasan kekalahan. Bagi la Malaysia lawan Brazil, even setengah stadium peminat kita pakai laser ramai2 pun, belum tentu boleh buat apa apa.Heh. Sesetengah Indonesia yang memiliki mentaliti kelas keempat ni, pun pakai laser jugak time menyokong. Kenapa menyalak tak tentu pasal bila peminat kita pakai? :) Kalau yang baca paper beberapa hari lepas, penyokong Indonesia rosakkan stadium sebab tiket habis. Cukuplah dengan mentaliti rendah, janganlah rendah kan lagi pandangan orang luar terhadap moral Indonesia yang dah sedia rendah. Fanatik tu fanatik jugak, tak perlu lah jadi haiwan bila geram kan. Tengok peminat Harimau Malaya, cool saja betul tak? :)
Belum habis lagi dengan cerita laser, keluar pulak cerita Malaysia guna bomoh kacau pemain Indonesia? Kejap kejap, memang aku tak boleh nak sangkal Malaysia memang ada bomoh, tapi kalau nak bandingkan dengan Indonesia, siapa yang lagi gemar percaya dengan benda2 syirik ni? Siapa yang lagi taksub dengan bomoh? takpe, jawab dalam hati je :) hehe tapi bukan lah bermakna aku menyokong perkara syirik, aku benci, aku hina , dan aku mintak jauhkan dari keturunan aku dan semua saudara Islam yang lain. Yang dah terbuat/terpercaya, berhenti lah. Cukup2 lah :)
Janganlah kerana obses dengan ideologi Ganyang Malaysia ,dunia bola sepak pun jadi mangsa. Kalau menyalak dengan perkara- perkara yang logik, tak apa. Ini tidak, menyalak nyalak dengan alasan yang umpama keluar dari mulut budak2. Kering sangatkah ke otak nak buat alasan untuk kalah? atau memang itu level yang paling boleh anda pikir?
Kita Malaysians tenang je. Show that we are well educated and civilized. Jangan bila disergah, kita melatah tak tentu pasal. Biarkan mereka meraka tu menyalak.
Lagi satu, aku bukan post kepada semua Indonesians, tapi hanya kepada fanatik ganyang2 tu, kepada manusia rendah mentalitinya dan sekaum dengan tu. :)
Untuk player player Malaysia yang bakal berjuang di tanah seberang, semoga berjaya! Tepis salakan mereka dengan dengan pulang membawa piala ^^
0 Comment:
Post a Comment