Tengah aku merayau rayau dekat internet tadi, aku ternampak satu berita yang sungguh menyanyat.....menyayat hati. Sekali pandang je berita tu, terus terasa sebak. Nak tau berita apa? haa tunggu episod akan datang ok? haha
Kenaikan Harga Rokok Kepada 14.30.
Watepak!!
Gila ke ape? aku tau la kerajaan sekarang tengah nak mengurangkan kadar penghisap rokok kat Mesia ni, tapi still tak logik. Diorang semua tau macam mana naik sekalipun harga rokok, orang akan tetap beli jugak.Itu la jenis perokok kat Malaysia ni.Ade sesetangahnya yang sanggup kurangkan makan untuk rokok.Heavy smoker la tu. Dan pada masa yang sama jugak, kerajaan pun dapat untung! Bayangkan la, sebatang rokok tu sebenarnya 5sen je satu. Kira la macam mana untung orang orang yang terlibat dalam urusniaga rokok ni dapat.
Tambahan pulak, dengan naik nye harga rokok ni, secara tak langsung nya jugak menggalakkan kadar rokok seludup. Bukan aku nak sokong rokok seludup, sebab rokok seludup bukan sedap pon kalau nak banding dengan rokok yang legal ni kan. Rasanya semua setuju bab ni.
Rokok ni benda yang dah sinonim dengan manusia. Susah kalau nak tinggal walaupun bapak aku dengan selambanya dia berenti. Dia kata nak berenti rokok kat aku, then esoknya terus berenti . Wah! fighter! haha
Maybe sebab bapak aku da rasa nikmat rokok dengan sepenuhnya kot.Jadi dia tak risau pun kalau berhenti mengejut. Ada sesetengah pulak, azam nak berenti dah ada, kadang kadang dah berenti dah pun, tapi tiba tiba dengar cerita kena penyakit lain pulak. Aku pun tak paham sebenarnya sebab ada orang kata berhenti mengejut boleh dapat penyakit. Bapak aku steady, member aku sorang tu da nak dekat 30 umur dia, steady je, siap makin gemok pulak tu.
Aku rasa mungkin sebab diorang ni dapat penyakit maybe bila berenti, tapi otak still bayangkan nikmat rokok kot. Nak tido je meleleh air liur teringat kat rokok. Lama lama stress dapat penyakit. Haha aku main reka je teori ni. Jangan percaya lak..
Aku pon tak paham kenapa aku merapu banyak sangat ni.So setakat ni saje la aku rasa jumpa lagi nanti :)
0 Comment:
Post a Comment