Sama la macam apa yang tajuk cakap, nampak mudah tapi penting sebenarnya. Kalau salah cara dia,konpem konpem laa tak sah mandi yang mana nanti solat kita pun tak sah. haaaa
Kat bawah ni ada penerangan dan sesi soal jawab yang diambil dari beberapa web terpilih.
Rukun mandi wajib ada 3 semua sekali.
•Yang pertama niat.
-Niat nya "Sahaja aku mengangkat hadar besar kerana Allah Taala" ataupun
"Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala" pun da memadai.
-Niat ni mestilah didalam hati dan disertakan ketika air sampai ke mana mana anggota badan.
•Yang keduanya adalah menghilangkan najis yang ada pada badan.
-Menurut Ust Haji Mat Jais, kalau ada najis pada badan boleh disertakan sekali dengan mandi.
•Rukun ketiga ialah meratakan air keseluruh anggota tubuh badan termasuklah kulit, bulu, rambut, kuku.
-Bagi yang bersanggul, perlu buka sebab risau air tak sampai kedalam.
-Bagi kotoran bawah kuku, khuatir menghalang air, jadi perlulah dibersihkan dan boleh dilakukan semasa mandi.
-Bagi rambut pulak, tak sah jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna pewarna selain dari inai. Tidak kiralah pewarna itu halal atau tidak sebab pewarna menghalang air untuk kena pada rambut tapi inai ada sifat yang membenarkan air untuk melaluinya. So macam mana nak setel? Potong la rambut tuu. Sampai la yakin dah takde rambut berpewarna kat atas kepala tu. Kalau dulu full dye, botak ler jawab nya. Pompuan pun same yee :)
Mandi wajib boleh dilakukan dengan menggunakan air mutlak iaitu air sungai, paip, laut, telaga dan tasik.
Bawah ni adalah kutipan Q&A yang aku rasa macam boleh diperlukan untuk tajuk ni:
Q : Terlupa bahawa sedang mandi wajib
Saya hendak mandi wajib tapi terlupa dan saya mandi macam biasa. Sedang mandi, teringat pula tentang mandi wajib. Jadi saya berhenti mandi dan keringkan badan. Kemudian, saya mandi wajib. Sah ke?
A : Jika berlaku sedemikian, tidak perlulah dikeringkan dahulu badan itu. Teruskan mandi dari atas ke bawah, sejurus teringat semula di mana anda berada.
Q :Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan
Ustaz di sekolah ajar, 3 kali jirusan di kepala, 3 kali dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. Sekiranya saya menggunakan shower, bagaimanakah caranya untuk berbuat begitu?
A: Yang ini lagi satu. Pendidik yang tidak mengikuti arus kemodenan zaman. Sudah tahu anak murid semua guna shower, kenapa diajar juga cara guna cetong? Kan pening anak murid tu.
Dah pakai shower, berdiri saja lah di bawah shower itu sehingga benar-benar yakin bahawa air mengalir ke setiap lapisan kulit di setiap anggota badan.
Yang 3 jirusan itu hanya untuk memastikan air diratakan dengan baik. Itu pun khusus untuk yang guna cetong atau cebok sahaja.
Q : Was-was
Ada yang tanya saya, sah ke mandi wajib dalam keadaan was-was?
A : Persoalan sebegini juga tidak timbul. Kerana mandi wajib dan was-was adalah 2 perkara berbeza. Mandi wajib adalah perlakuan mandi. Was-was pula adalah penyakit yang datang dari godaan syaitan.
Penyakit ini tidak terlibat sama sekali dalam rukun mandi, syarat sah mandi, mahupun perkara sunat dan makruh ketika mandi.
Bawah ni soalan mengarut sikit tapi still info jugak kan? :)
Q : salam…klu kita nk mndi wjib,b4 mndi 2 kna 2kar tuala bru ke x??????????
A : Tidak perlu juga.
Q : kalu kte mandi wajibkn, kene btul2 ratakn air kat seluruh bdn ke??? bleh ke mandi wajib pkai shower sbb membe2 sy kte pkai shower, air x rata ke sluruh bdn… btul ke ustaz?!
A : Boleh jer pakai shower, asal dapat meratakan air ke seluruh badan. Pakai gayung pun, kalau tak rata, tak sah juga. Wallahu a’lam.
Lain lain lagi boleh la baca sendiri then fahami sendiri. Kalau rasa musyik lagi, bukak la web Jakim ke Jawi ke Jais ke mana mana la yang berkaitan dengan kemusykilan korang sebab Jabatan Agama ni lebih mudah dipercayai kan? :)
Sumber dari
0 Comment:
Post a Comment