::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

04 December 2010

Pelik Tapi Benar

Dunia akhir zaman ni, biasa la benda benda pelik ni kan

Haaa aku bukan nak cerita pasal perkara perkara paranormal ataupun mistik sebenarnya. Cuma aku kadang kadang terasa cam pelik la. Orang zaman sekarang ni,dah tak boleh bezakan benda apa yang patut diorang marah ataupun tak boleh. Kerja nak pikir pasal diri sendiri je. Contohnya la kan, kalau hari panas terik bukan main maki," apasal la panas gila ni, tak reti reti nak hujan ke apa? haa, pastu bila da ujan pulak," aduhaaiii, aku dah la baru lepas basuh moto/keta, apasal la hujan, penat penat je aku basuh keta." Haih, marah jugak.

Yang menjadi lagi masalahnya kan, bila orang tegur cakap "Hujan tu Allah bagi, rahmat tu..." melenting pulak, "kesah pulak aku. Aku penat kot basuh moto/keta."Huish, jangan macam ni der, bukan ko sorang je duduk kat dunia. Aku tak paham betul. Aku tau la, aku pun bukan nya alim sangat tapi kalau aku basuh moto then hujan, nak buat macam mana, kita pikir je lah ada makhluk lain perlukan air time tu. Sebab tu Allah bagi hujan turun.Redha je lah kan. tak gitu?

Cakap pun kena jaga sekarang ni,pikir betul betul, tak boleh main sebut je. Pergi bedal main sebut tu yang  jadi mempersendakan hukum secara tak sengaja and banyak lagi laa kan.Jangan main main, dosa tau tak mempersendakan hukum agama ni dengan niat ataupun tanpa niat. Bahaya2..

Huu, nak tulis banyak banyak risau salah pulak kan. So, aku nak ingatkan la, jangan marah dengan rahmat Tuhan, bukan hujan je banyak lagi ok? Jangan sampai Allah tarik balik rahmat yang Dia bagi kat kita, serius merana nanti..  :)


0 Comment: