::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

26 December 2010

Final Bolasepak..aduhaii sedihnya lah~


Macam yang korang semua tau, esok final Malaysia lawan Indonesia di Stadium Bukit Jalil. Mula mula aku ingat nak pergi tengok kat stadium, alih alih dengar cerita bapak aku cakap nak balik kampung. Nak tak nak, terpaksa batalkan niat beli tiket. Tengok bola kat terengganu la jawabnya. Last last minit disebabkan ada aral melintang, tak jadi balik kampung dan sekarang aku dah tak ada mood nak pergi beli tiket. Rasa macam dah lambat gila dah. Tak tau la ada lagi ke tak tiket tu. Tengok gaya mcam tak, confirm ramai nye pergi usha. 

Kalau tengok bola kat stadium ni, feeling dia lain sket. Berkobar kobar semacam je bila tengok. Nak nak kalau korang semua duduk sebelah penyokong Malaysia punya drum. Bergegar telinga tapi fuhh! Berdesuuup! Yang penting biar menang ar kan, kalau kalah sedih je nak balik rumah. haha tapi yang kureng sikit bila ada penonton baling baling botol air.Sakit kot, kalau botol kosong takpe jugak, ni stock yang penuh punya. Come on laa, dah la menggangu game, silap silap player injured tak ke susah tu. Dah lawan dengan team Indonesia, percentage nak bergaduh ni tinggi sikit. Sorak dah la kan ?

Final kali nih best sikit sebab lawan jiran sebelah ( Kita punya team pun dah brape lama tak pergi final kan :/ ) Dulu dia bagi team kita padu padu punya, sekarang aku harap team Malaysia balas balik. Baru kaw. Tak dapat 5 pun, 3 jadi lah. Ceh, macam senang lak aku cakap. Tapi takpe, Malaysia boleh! Haha

Dan seperti yang aku harapkan, goalkeeper biarlah Khairul Fahmi. Tengok prestasi dia sebelum ni, aku lebih percaya nak tengok dia jaga gawang gol kita. Susah sikit nak bocor. Boleh tahan jugak dia tu^^

So papehal, Malaysia Boleh! Biar kat sini kita pegang game, kat sana tambah lagi!


0 Comment: