::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

20 May 2011

Lidah Pelat

Siapa antara korang semua pelat masa kecik? Baik mengaku cepat. Haha Takde lah, bukan nak kutuk pun. Fenomena pelat ni aku rasa bukan benda yang pelik pun. Pelat yang aku maksudkan nih, pelat tak reti sebut benda betul. Biasanya memang orang pelat lidah waktu kecik kan? 

Entah la, aku sendiri pun tak tau. Tapi kalau ikut pengalaman aku, adik aku , yang bawah aku sorang dengan yang bongsu dua-dua pelat masa kecik. Bila diorang dah besar, ok je pulak. 


Banyak jugak perkataan - perkataan pelik yang keluar dari mulut adik - adik aku ni.Contohnya ada sekali tu masa aku kecik jugak la, dalam darjah 5 kot, adik aku yang sorang lagi nih darjah 1. Diorang baru balik dari main kat padang area rumah aku. Sampai sampai je rumah, terus dia panggil aku.

"Abang Min! Abang Min! Tadi arip nampak penduduk kat padang dah tercabut! "

Aku pun terus jadi terkejut camtu terblur sambil membayangkan apa yang terjadi dekat padang rumah aku tu. Macam macam aku bayangkan, manusia tercabut dua lah dan macam - macam lagi yang boleh dibayangkan oleh seorang budak berumur 11 tahun.

Jadi, demi nak mengelakkan salah faham dalam diri aku, aku dengan adik aku terus pergi balik ke padang tersebut dan aku tanya balik mana penduduk yang tercabut tu. Terus dia tunjuk dekat tempat duduk yang ada dekat tepi padang. 

Laaa, cakap lah tempat duduk. Bukan penduduk. Adeh.

Yang adik aku sorang lagi nih, waktu kecik, kecelaruan bahasa beliau cukup dasyat. Pernah sekali aku ingat adik aku ni nak suruh bapak aku tolong fotostatkan surat beranak sebab cikgu dia nak. Tapi sebab perkataan fotostat tadi tu, dia pergi ganti dengan perkataan apa entah aku tak ingat, sampai sudah bapak aku tak paham.

Apa lagi, naik angin la orang tua tu. Mana tak nya, dah la nak dekat malam, adik mintak benda pelik pulak. Ada dekat sejam lebih bapak aku menganalisis perkara tersebut baru la terbongkar misteri mesin fotostat. Hahaha

Lagi contoh perkataan - perkataan pelik yang adik aku guna,

Toskin/ Setoskin/ Stonjin = Stokin

Swisgum = chewing gum

Gerjah = darjah ( eg: Darjah 4)

Kentakkan = Tingkatan

dan banyak lagi perkataan - perkataan aneh yang keluar dari mulut adik adik aku nih. Tapi nasib baik dah besar dah tau beza kan mana satu misteri, mana satu yang sahih. Haha





18 May 2011

TGV Birthday Suprises For Nuffnangers


Ehem, pertama tama nya sekali dah tentu lah aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada TGV Cinema dan Nuffnang di atas hadiah harijadi yang cukup hebat. Hoho Ni lah first time aku dapat hadiah daripada orang yang aku tak kenal langsung. Thank you. Thank you. 

Aku sebenarnya tak tau langsung pasal benda ni. Semalam aku terasa nak bukak email aku dan aku pun ternampak emel dari Nuffnang pasal ni dan terus aku hantar ticket ke Nuffnang untuk penerangan lanjut. Ye lah, mana lah tau kot kot benda lain ke apa kan? 
Dan aku dapat respond dari Nuffnang dan sangat membantu aku dalam persoalan aneh aku. haha  =)

Hadiah apa? 

Klu dia dah terang lagi bersuluh, eccey, takde lah, TGV Cinema dengan kerjasama Nuffnang telah membuat Birthday Suprises untuk para Nuffnangers dengan memberi hadiah berbentuk Complimentry passes yang boleh di redeem di mana TGV Cinema. Hehe Jadi kepada korang yang rasa nak tengok movie, mari join. Jom jom. Aku dapat 4 pass untuk birthday present aku. Hehe

Again, thank you very much TGV Cinema and Nuffnang


Kesan Pengaruh K-Pop

Awek awek toksah nak pandang tempat lain. Aku memang tau terlampau ramai awek awek Malaysia nih memang kaki dengan Entertainment dari Korea tidak kira lah movie mereka kah, video music mereka kah, pakaian mereka kah. 

Tapi bukan awek awek je sebenarnya, haha lelaki pun bersepah sepah jugak dan antaranya termasuklah aku. Ada yang gila korea sampai buat band sendiri tu, contohnya Gula gula kapas apetah la nama dia aku pun tak ingat. Yang satu lagi dengar citer dah tukar nama jadi M-Pop sebab Malaysian Pop. Apekejadah nya laa mereka nih. Tak sedar diri. Okay cukup, bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya.


######


Start dari bila korang semua minat tengok segala benda dari korea ni? Adakah dari kawan korang? Adakah terjumpa dengan tak sengaja? Adakah kerana paksaan? Okay, yang last aku tak sure.

Artis korean pertama sekali yang aku kenal adalah tak lain tak bukan Wonder Girls. Waktu tu awal tahun 2008. Member seperdotawan aku punya kakak yang download video ni. Jadi member aku ni Jaudat a.k.a Tat, tengok la video yang di download  oleh kakak beliau. Lepas tu,

"Min Min! Tengok nih, awek lawa doe!! " kata Tat.

"Mana? Mana?

(aku bukan lah menyangap, sila baca dengan nada yang tenang ketika ini. )
aku segera ke bilik beliau di rumah sewa kami.

"Perggghhhh!~ Comel pulak diorang nih.

itu lah kata kata yang kami luah kan masa 1st time tengok Wonder Girls ni. Aku cakap terus terang, masa tu tak tau lah kalau aku ni yang tak up-to-date ke hapa,tapi memang K-Pop memang takdak orang kenal lagi. Aku pun ingat Wonder Girls ni group Jepun kot dulu. Last last baru tau.

Sekarang nih, macam macam dah ada. 2PM la, SNSD, Dal Shabet ,Super Junior, Big Bang, Bang bang boom dan banyak lagi lah sampai tak terkira dah.


#########

Member member aku yang memang tak masuk dengan Korea ni selalu je lah tepek aku 

"Pebende la ko ni, tak boring ke syial tengok citer korea hari hari"

Laa, bukan hari hari aku tengok benda sama. Lain lain kot. Ada sekali tu, member aku menyibuk buat haru time aku dengan member aku yang lain tengok seronok melayan citer korea nih. Kalau sapa yang tau, time tu aku tengah layan "Witch Yoo Hee". Member aku nih, bukan main lagi, buat haru ,sound sound kata ape la tengok citer korea la.. last last kitorang nak tutup dia yang suruh bukak next episod. Haha itu penangan jugak tu.

Selain tengok movie movie korea nih, aku sebenarnya lebih suka tengok diorang punya variety show. Salah satu variety show yang aku rasa best adalah Running Man. Memang kelakar gila babengs. 

Gwang Soo, Jae Suk, Joong-ki, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, LeeSang Gary, Lizzy (After School), Haha

Sekarang nih, aku dalam proses mendownload saki baki Running Man. Ada lah dalam 2 episod lagi macam tu. Jadi kepada korang, majulah sukan untuk negara.
Oh dem. Tak tau nak finishing ayat apa.






17 May 2011

Fenomena Tidur

Petang mendung sekali lagi menandakan bakal turun lah rahmat ke atas muka bumi ni. Aku yang rasanya dah cukup tido tadi pun, terasa mengantuk dek cuaca yang cukup sayu dan sejuk nih. Tak payah tipu, aku tau ramai belia belia sekarang suka menggunakan waktu macam ni untuk tido. Hehe

Bagi aku terus terang aku cakap, memang aku tak suka tido petang. Bukan cuba nak berlagak poyo atau apa - apa perkataan lagi yang sekufu dengannya. Cuma memang aku tak suka tido waktu petang ni sebab kalau tido petang, biasanya lepas bangun je memang tak sah kalau aku tak sakit kepala dan lemau. Aku rela tahan ngantuk dan bawak ke malam. Hehe baru syok nak tido. Kumpul kumpul ngantuk tu bila dah limit, tido. Perrrgghh!!

Okay, cukup dengan pengenalan.



Cerita pasal tido nih sebenarnya memang akan sentiasa membuatkan aku teringat dekat seorang kawan aku nih. Gelaran yang kitorang bagi kat dia dulu "Sawang". Haha nak tau sebab apa kitorang panggil dia "Sawang"?

Kejadian ni berlaku masa tahun 2008 dulu.
Dia ni member aku masa kat tempat belajar. Aku rasa semua orang pun tau kan yang standard waktu final exam, akan ada banyak gap antara paper kan. Jadi ada satu masa ni, gap antara paper member aku ni sangatlah jauh. Oleh kerana beliau ni bukan lah rajin sangat macam aku, jadi banyak masa nya diisi dengan melepet sepanjang hari.

Okay, disini melepet adalah :
Melepet = Melebam

Lebih kurang macam tu lah maknanya. Aku pun tak tau nak terangkan macam mana. Okay sambung cerita, gap member aku ni antara 2 paper beliau ni dalam seminggu. Kalau tak melepak kat kedai, kitorang bersembang je dalam bilik dan sebaliknya.

Satu hari ni, dek kebosanan yang melampau ( payah betul lepak ngan budak genius,waktu final boleh boring hak hak hak! ) dia tido sepanjang hari. Dia start tido dari pukul 11 malam. Dan korang rasa pukul berapa dia bangun? 11 malam esoknya!! Tak ke gila tido nye tu? Haha

Sampai la satu ayat ni keluar dari mulut member aku

"Woi! Ko ni tido ke apa?! Tak reti reti nak bangun! Dah bersawang sawang dah ko ni aku tengok!"


Hahaha disebabkan ayat ni lah jugak beliau dipadankan dengan gelaran "Sawang".

Sawang, kalau ko baca mende alah ni, aku mintak maaf weiyh. Haha tapi aku rasa ko takkan baca pun! Kihkihkih!

16 May 2011

PMR | Matematik | Hari Guru

Tengah aku duduk main facebook tadi, aku pun nampak status member member aku yang mengucapkan hari guru kat status diorang semua. Aku tengok pastu aku tenung dan aku tiba tiba je boleh teringat dekat cikgu matematik aku masa form 3 dulu. 

Kalau la korang semua nak tau, aku masa form 1 dulu sampai lah ke form 3, memang anti sangat-sangat dengan matematik ni. Kalau korang nak tau macam mana anti dia, umpama budak budak kecik yang langsung tak minat makan sayur. Macam tu lah aku anti dengan matematik ni. Setakat pergi kelas tak bawak buku teks dengan buku latihan memang kerja aku.

Ujian matematik waktu tu kalau lulus, pergh ajaib benar la tu. Haha 

Hari hari aku kena maki dengan cikgu aku. Macam macam dia cakap kat aku. Salah satu ayat dia yang aku masih ingat sampai la sekarang,

"Kamu ni Muhaimin, kenapa malas sangat ni? Kalau kamu gagal masa PMR nanti, SIAP la kamu!"


Disebabkan ayat ni jugak lah hari aku mula terdetik nak study matematik ni. Aku ambik masa lebih kurang 2 bulan sebelum PMR untuk study matematik ni. 


*********

Dan Alhamdulillah, aku dapat A untuk subjek matematik aku. Terkejut dia bukan main kepalang lagi. Serius aku tak tipu.Bayangkan la, subjek yang korang mental-block, tiba tiba dapat A.  Lepas dapat je result aku terus pergi jumpa cikgu matematik aku dan aku tunjukkan sijil PMR aku. Dia senyum dan ucap tahniah dekat aku. 

"Terima kasih cikgu"


*********

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PENDIDIK TIDAK KIRA PENDIDIK FORMAL ATAU PUN TIDAK
 =)

BE Di Suatu Hari | Nuffnang

Malam malam yang tengah sepi macam ni, disokong oleh salakan anjing-anjing liar yang kemain lagi besar, terdetik hati aku nak bukak nuffnang. Dah alangkah terkejutnya aku bila melihat iklan mCPM dah mula berjalan di blog aku yang sangat lah haprak dan hampis ( aku tak tau langsung wujud ke tak perkataan ni ).

Seronok dia bukan main lagi, sebab aku pun baru 7 bulan dalam dunia blogging nih. Terrsangatlah mentah , ibarat kata kalau kecik kecik dulu, tauke kedai tu cakap main tikam tu boleh dapat keta Tamiya, sanggup aku habis wang saku aku waktu tu demi mendapatkan kad "Terima Kasih" dengan tak terkira banyaknya.





Nih dia. Aku dapat kempen iklan dari Prudential Recruitment, Maxis Project Jedi dengan UIP Kung Fu Panda II. Aku langsung tak paham apa yang panjang panjang mereka tulis, cuma aku tau iklan ubat gigi, Maxis dan jugak cerita Kung Fu Panda. Hehe Lepas ni, kalau keluar Kungfu Panda 3 aku nak tengok hari 1st lah. Kih Kih Kih xD

Apahal - apahal pun, aku bersyukur sangat sangat dan terima kasih kepada Nuffnang dan pengiklan pengiklan di atas. *kih kih kih senyum lebar* kih kih kih * ..... .. .

Antara Simen dan Keluarga.

Abaikan tajuk, ayat rambang sekadar nak memenuhi syarat.


Agak lama aku mengambil masa untuk balik menulis blog. Di mulut kata tiada mood padahal di hati kata takda idea. Bukan senang nak tulis benda menarik, betul?

Nak dijadikan cerita, selepas 1 minit aku bukak mata dari tidur pagi tadi, aku dengar bunyi adik aku dengan ayah aku bercakap dari luar. Punya la aku teliti perbualan diorang, baru aku teringat bapak aku cakap nak simenkan kawasan depan rumah. Segera lah aku bangun dari tempat tidur aku dan menjenguk ke luar, nampak la dua beranak tersebut tengah meneliti kawasan projek mereka. 

Terus aku capai tuala dan mandi. Setelah setel usaha untuk meyakinkan diri aku telah segar, aku terus keluar. Daan, aku masuk balik sebab aku memang dahaga. Gila, macam mana nak buat kerja air pun tak minum. Eceh, alasan demi alasan keluar dari hati aku. 


Jenguk saja keluar aku nampak setengah lori pasir dituang di depan rumah. Perrghh, banyak tu. Kerisaun mula menular dalam diri aku. 
"Ni kalau tak sakit tangan tak sah" detik hati aku yang sedikit khuatir melihat pasir yang menggunung.

Tapi nak buat macam mana, bukan orang lain. Aku pun tolong dan mula mengambil shovel di dinding dan menggaul pasir berserta simen tadi secukup rasa. Dah cukup rasa, aku pun tambah air dah kacau sampai la sebati.

Terus aku ambil beberapa skop dan campak di sekitar kawasan projek. Aku ratakan menggunakan peralatan peralatan yang dah disediakan. 

*******************

Setelah 5 jam akhirnya selesai menyimen kawasan projek terbabit aku serentak merasakan badan aku sudah menyamai badan Sazali Samad. Pada pandangan mata aku lah. Tapi sakit dia mak aaiih, nak angkat keyboard pun sakit. Biasalah, badan lama tak train buat kerja kerja berat, asyik mengadap PC je, ini lah bahana dia.

Lepas mandi je, aku pun terus lepak dekat kawasan ruang tamu sambil tengok cerita apa aku pun tak pasti. Mak aku pun ada sekali dan sambil tu beliau pun berkata " Macam ni anak Umi dengan Ayah" sambil tersenyum. Aku balas senyuman mak aku dan ketika itu juga lah, aku terus teringat penat lelah mak dengan ayah aku selama ni.


Aku baring di atas sofa dan terus memandang tv yang tak tau cerita apa dan terus termenung jauh. Teringat aku waktu kecik kecik dulu mak aku selalu jerang air pagi-pagi sebab tau aku malas mandi sebab air sejuk. Sambil mak aku jerang air, sambil tu jugak lah aku tengok mak aku tersengguk - senguk menahan mengantuk. Tapi nak buat macam mana, waktu tu dengan akal yang teramat cetek aku tak berapa nak rasa benda benda macam.
Alah, aku pun mengantuk, mak aku konpem la ngantuk jugak. Sila jangan marah diri aku yang masih kecil tu.

Selang beberapa minit teringat jugak aku dekat peristiwa mak aku sanggup berjaga malam disebabkan aku demam. Walhal esoknya beliau perlu pergi kerja, namun demi anak tersayang beliau berjaga jugak di waktu malam. Kadang kadang tertidur, kadang kadang terjaga.

Banyak lagi peristiwa sepanjang 22 tahun aku dibesarkan dengan air tangan ibu dan ayah. Ni tak masuk lagi yang lepas ni, jauh lagi sebelum aku betul betul boleh berdiri dengan kaki sendiri dan aku pulak yang menjaga diorang.


*******************


Sekarang, aku sendiri pun rasa aku selalu ternaik suara bila bercakap dengan mak aku. Selalu sangat membantah bila bapak aku bercakap. 

Pernah jugak aku tanya mak aku, mak aku sayang siapa antara aku dengan adik beradik aku? 
Tak payah tanya pun takpa sebenarnya aku rasa, korang pun mesti tau jawapannya kan? Kalau tak tau, cuba tanya mak korang sendiri. Hehe :)

05 May 2011

WrestleMania | Osama

Kan? Kan? Kan? 
Tajuk dia memang nampak tak berkait langsung. TAPI kalau korang nak tau, semalam ini la yang jadi.
Begini ler ceritanya. Semalam, nak tengok bola punya pasal, aku pergi la awal sikit, takut tak de seat. So, bila dah awal tu, kedai mamak ni pun bukak la Wrestling dulu. Tengah lepak punya lepak, sambil mengusha Wrestling, ( WrestleMania kali ni best, sebab The Rock dengan Stone Cold datang balik pewwwiittt~ aku dah la minat gila babun dengan diorang nih ) tetiba boleh pulak John Cena cakap 

"Bla Bla Bla.. Osama is dead."  aku tak berapa jelas dengar, standard lepak mamak ar kan?
"I AM PROUD TO BE AMERICAN."
Perrggh, sampai ke dalam WWE pun ada sekali nama Osama keluar. Aku pun tak tau nak cakap apa. Punya lah anti dengan Islam ke hapa ke aku pun dah naik pening. 

Mereka oh mereka. Hahaduyyai~


03 May 2011

Phone, HandPhone Mahupun Handset

Entry kali ni aku cuma nak mempromotekan blog member aku, iaitu blog milik topeng. Member aku ni memang kaki dengan handset, barang barang handset dan segala perkara yang berkaitan dengan handset. Mana tak nya, baru je sehari cuti semestar start dia dah pun mula untuk kerja dekat kedai hanphone. Tauke kedai tu, Uncle Wong ( aku main beduk je Uncle Wong ) dah tempah dia awal awal lagi untuk kerja kat kedai handphone tu.

Dia pun blogger baru jugak. Ini kes terkena radiasi aku dekat rumah sewa yang selalu main blog. Haha Padan muka dia kan dah berjangkit. 

Dia cakap dekat aku yang dia nak buat blog dia khas untuk apa apa saja yang ada kaitan dengan handphone. Jadi, kalau korang ada apa apa nak tau pasal handphone, boleh je usha http://topengkembali.blogspot.com/. Entri beliau ni tak banyak pun lagi, kih kih kih. Tapi boleh pakai punya. 

Kalau korang tak jumpa maklumat yang korang nak, tanya terus dekat beliau. Mana tau entah entah dia boleh tolong. Ok? 


tambahan : topeng pernah memusnahkan handphone milik eddy iaitu pemilik eddytech03. kih kih kih kesian member.

Fakta Menarik Mengenai Milo

Aku yakin yang semua orang memang minum Milo. Tak kisahla minat ke tak, tapi aku rasa semua orang mengakui Milo tu memang sedap kan? Haa, sekarang aku nk bagi beberapa fakta menarik mengenai Milo sebagai penambah ilmu korang. 

1) Di perkenalkan pada tahun 1934, oleh seorang ahli kimia industri Australia, Thomas Mayne di Sydney Royal Easter Show.


Tin Milo pada tahun 1940
2)  Thomas Mayne sangat membenci kopi dan disebabkan itu beliau membuat kajian dan menghasilkan Milo.

3)  Produksi Milo bermula di New South Wales.

4)  Pada awalnya, Milo tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat Australia kerana rasanya yang begitu asing.

5)  Nama Milo itu sendiri diambil dari atlet Greek terkenal iaitu Milo of Crotona disebabkan kelagendaan kekuatannya. lol?

Milo of Crotona

6)  Bentuk asal Milo sering berubah - ubah demi mendapat bentuk yang paling sesuai.

7)  Di Trinidad & Tobago (dan sekitar kepulauan Caribbean), Milo dinikmati secara panas.


Kopi Panas. Layan layan. 

8)  Milo sememangnya direka untuk memberi tenaga kepada rakyat Australia terutamanya atlet atlet mereka.

9)  Malaysia dan Singapura adalah negara yang cukup popular dengan Milo.

10)  Tiada kajian yang sahih mengenai kesan memakan Milo secara terus (ratah) mampu mengakibatkan penyakit buasir.

11)  Rasa dan bentuk Milo adalah berbeza mengikut negara.

Perbezaan bentuk Milo mengikut negara


12)  Kini, kajian telah membuktikan tiada seorang pun di dunia yang tidak mengenali perkataan Milo.

13)  Milo adalah minuman yang sangat popular di Nigeria.

14)  Thomas Mayne pernah dikecam beberapa kali oleh penggemar fanatik kopi kerana cuba membawa perubahan asing di Australia.

15)  Jenis jenis tambahan baru untuk menikmati Milo iaitu Milo Dinosaur (Milo Tabur), Milo Godzilla (Air Milo + Aiskrim) <-- yang ni jangan tanya aku mana nak dapat, aku pun tak tau, dan yang paling common Neslo ( Nescafe + Milo ).

Haa, aku sekarang pun tengah menikmati Neslo. Panas panas gitu. Sedap, meeemang sedap! Hehe


p/s : Oh ya, aku tau korang mesti tak percaya kan sebab aku pernah buat fakta ni dulu. Semua fakta dekat atas ni 100 peratus sahih kecuali yang bermula dengan angka genap. HAHAHA! 

01 May 2011

Yamaha 135 LC


Motorsikal Yamaha 135 Lc ataupun dengan bahasa mudah nya LC memang menjadi tarikan orang ramai. Ini kerana harga nya yang tidak lah terlalu mahal dan specs Yamaha ni pun tak kurang hebatnya. Nak dijadikan cerita, aku yang baru saja bermula cuti semester ni, pun pasang lah angan angan nak pinjam motorsikal LC adik aku untuk aku bawa ke uitm time buka semester nanti. Yang tak boleh dibelahnya, motorsikal beliau baru saja kena


CURI!!!

 WTF! Celaka harem sungguh mereka mereka ( tidak kiralah mereka mereka ni berseorangan mahupun berkumpulan ) ini yang kurang kaseh sa-yang kerana merembat motosikal Yamaha tersebut. Tak sampai 8 bulan lagi pun lagi dah kena pulun. Aiseyman, WUE 7648. Inilah nombor bertuah yang mana kalau korang nampak motor ni lalu dihadapan korang semua, sila ambil 3 langkah kebelakang dan segera memberi flying kick kepada mereka mereka yang tengah menunggang motorsikal ni. Biar tersembam menjilat tanah. Pastu korang pau lah diorang duit. Hah



Waktu kejadian, adik aku tengah sembahyang Jumaat. Selamba je mereka mereka ni merembat. Sungguh tak gentar dengan yang di ATAS. hah harap harap mereka mereka mendapat balasan yang setimpal, tidak kira lah di dunia ataupun di akhirat kelak.


P/s : Aku macam dengar ura ura bapak aku nak belikan motorsikal baru. Hahaha Tolong lah bagitau itu bukan khabar angin ataupun berita palsu dari metro!!! Hahaha