Tengah aku duduk main facebook tadi, aku pun nampak status member member aku yang mengucapkan hari guru kat status diorang semua. Aku tengok pastu aku tenung dan aku tiba tiba je boleh teringat dekat cikgu matematik aku masa form 3 dulu.
Kalau la korang semua nak tau, aku masa form 1 dulu sampai lah ke form 3, memang anti sangat-sangat dengan matematik ni. Kalau korang nak tau macam mana anti dia, umpama budak budak kecik yang langsung tak minat makan sayur. Macam tu lah aku anti dengan matematik ni. Setakat pergi kelas tak bawak buku teks dengan buku latihan memang kerja aku.
Ujian matematik waktu tu kalau lulus, pergh ajaib benar la tu. Haha
Hari hari aku kena maki dengan cikgu aku. Macam macam dia cakap kat aku. Salah satu ayat dia yang aku masih ingat sampai la sekarang,
"Kamu ni Muhaimin, kenapa malas sangat ni? Kalau kamu gagal masa PMR nanti, SIAP la kamu!"
Disebabkan ayat ni jugak lah hari aku mula terdetik nak study matematik ni. Aku ambik masa lebih kurang 2 bulan sebelum PMR untuk study matematik ni.
*********
Dan Alhamdulillah, aku dapat A untuk subjek matematik aku. Terkejut dia bukan main kepalang lagi. Serius aku tak tipu.Bayangkan la, subjek yang korang mental-block, tiba tiba dapat A. Lepas dapat je result aku terus pergi jumpa cikgu matematik aku dan aku tunjukkan sijil PMR aku. Dia senyum dan ucap tahniah dekat aku.
"Terima kasih cikgu"
*********
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PENDIDIK TIDAK KIRA PENDIDIK FORMAL ATAU PUN TIDAK
=)
0 Comment:
Post a Comment