Abaikan tajuk, ayat rambang sekadar nak memenuhi syarat.
Agak lama aku mengambil masa untuk balik menulis blog. Di mulut kata tiada mood padahal di hati kata takda idea. Bukan senang nak tulis benda menarik, betul?
Nak dijadikan cerita, selepas 1 minit aku bukak mata dari tidur pagi tadi, aku dengar bunyi adik aku dengan ayah aku bercakap dari luar. Punya la aku teliti perbualan diorang, baru aku teringat bapak aku cakap nak simenkan kawasan depan rumah. Segera lah aku bangun dari tempat tidur aku dan menjenguk ke luar, nampak la dua beranak tersebut tengah meneliti kawasan projek mereka.
Terus aku capai tuala dan mandi. Setelah setel usaha untuk meyakinkan diri aku telah segar, aku terus keluar. Daan, aku masuk balik sebab aku memang dahaga. Gila, macam mana nak buat kerja air pun tak minum. Eceh, alasan demi alasan keluar dari hati aku.
Jenguk saja keluar aku nampak setengah lori pasir dituang di depan rumah. Perrghh, banyak tu. Kerisaun mula menular dalam diri aku.
"Ni kalau tak sakit tangan tak sah" detik hati aku yang sedikit khuatir melihat pasir yang menggunung.
Tapi nak buat macam mana, bukan orang lain. Aku pun tolong dan mula mengambil shovel di dinding dan menggaul pasir berserta simen tadi secukup rasa. Dah cukup rasa, aku pun tambah air dah kacau sampai la sebati.
Terus aku ambil beberapa skop dan campak di sekitar kawasan projek. Aku ratakan menggunakan peralatan peralatan yang dah disediakan.
*******************
Setelah 5 jam akhirnya selesai menyimen kawasan projek terbabit aku serentak merasakan badan aku sudah menyamai badan Sazali Samad. Pada pandangan mata aku lah. Tapi sakit dia mak aaiih, nak angkat keyboard pun sakit. Biasalah, badan lama tak train buat kerja kerja berat, asyik mengadap PC je, ini lah bahana dia.
Lepas mandi je, aku pun terus lepak dekat kawasan ruang tamu sambil tengok cerita apa aku pun tak pasti. Mak aku pun ada sekali dan sambil tu beliau pun berkata " Macam ni anak Umi dengan Ayah" sambil tersenyum. Aku balas senyuman mak aku dan ketika itu juga lah, aku terus teringat penat lelah mak dengan ayah aku selama ni.
Aku baring di atas sofa dan terus memandang tv yang tak tau cerita apa dan terus termenung jauh. Teringat aku waktu kecik kecik dulu mak aku selalu jerang air pagi-pagi sebab tau aku malas mandi sebab air sejuk. Sambil mak aku jerang air, sambil tu jugak lah aku tengok mak aku tersengguk - senguk menahan mengantuk. Tapi nak buat macam mana, waktu tu dengan akal yang teramat cetek aku tak berapa nak rasa benda benda macam.
Alah, aku pun mengantuk, mak aku konpem la ngantuk jugak. Sila jangan marah diri aku yang masih kecil tu.
Alah, aku pun mengantuk, mak aku konpem la ngantuk jugak. Sila jangan marah diri aku yang masih kecil tu.
Selang beberapa minit teringat jugak aku dekat peristiwa mak aku sanggup berjaga malam disebabkan aku demam. Walhal esoknya beliau perlu pergi kerja, namun demi anak tersayang beliau berjaga jugak di waktu malam. Kadang kadang tertidur, kadang kadang terjaga.
Banyak lagi peristiwa sepanjang 22 tahun aku dibesarkan dengan air tangan ibu dan ayah. Ni tak masuk lagi yang lepas ni, jauh lagi sebelum aku betul betul boleh berdiri dengan kaki sendiri dan aku pulak yang menjaga diorang.
Banyak lagi peristiwa sepanjang 22 tahun aku dibesarkan dengan air tangan ibu dan ayah. Ni tak masuk lagi yang lepas ni, jauh lagi sebelum aku betul betul boleh berdiri dengan kaki sendiri dan aku pulak yang menjaga diorang.
*******************
Sekarang, aku sendiri pun rasa aku selalu ternaik suara bila bercakap dengan mak aku. Selalu sangat membantah bila bapak aku bercakap.
Pernah jugak aku tanya mak aku, mak aku sayang siapa antara aku dengan adik beradik aku?
Tak payah tanya pun takpa sebenarnya aku rasa, korang pun mesti tau jawapannya kan? Kalau tak tau, cuba tanya mak korang sendiri. Hehe :)
0 Comment:
Post a Comment