::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

26 February 2012

Berbasikal Bersama Fixie

Basikal Fixie seperti mana korang tau pernah meletup oleh kerana kefamousan beliau yang cukup memuncak suatu ketika dahulu. Disebabkan itu jugak lah, akhirnya aku telah mendapatkan sebiji itu aku. Berbekalkan wang belanja yang dikirim, aku terpaksa potong bahagian-bahagian perbelanjaan yang tak perlu, untuk aku gunakan bagi membeli sebuah basikal fixie berwarna merah putih.

Untuk aku, basikal ni aku lebih prefer untuk gunakan ke arah exercise berbanding dengan untuk hias beliau dengan kaler-kaler atau barang perhiasan yang aneh aneh. Maksud aku, aku lebih suka gunakan basikal fixie aku untuk ber-cycling petang petang sampai banjir berpeluh peluh. Salah satu aim aku sekarang adalah nak kayuh long-distance. Mungkin ke kuantan atau pun sebagainya. Sekarang aku kena train stamina aku dan kekuatan kaki aku dulu. Takpe, pelan pelan kayuh nanti lama lama boleh lah tu.

"Takpe, nanti kita try buat jauh sikit" Agib memberi semangat kepada aku.


Kalau korang nak tau, Agib dengan member member dia memang selalu buat long distance cycling. So, kira dia ni boleh kata sifu aku jugak lah. Ajar aku cara cara nak pecut dan macam macam lagi.

Kalau sekarang ni, baru 8km dah nak termuntah dah aku. Hahaha
Orait, chow dulu. Nak tengok Le Tour De Langkawi kejap. Malaysia dah buat break-away dah ni. Go Malaysia!

2 Comment:

Anonymous said...

wah best nyer,,,aku dah lame tk naik basikal ne,,,tringgin nk kayuh tp tkde mase lah,,busy sangt kot skrg ne,,,klau ade mse baru nk cube ekkekeke add lah sy punya blog ekkeke....^__^

Myne|Datok said...

berbasikal dah bukan lagi untuk budak2 je. orang2 muda pun boleh bedal jugak hahaha boleh2 takde masalah, nanti aku follow, tengah bosan ni :)