::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

21 February 2012

White Coffee - 3 in 1

Entah kenapa sejak dua menjak nih aku makin suka pulak minum air Nescafe 3-in-1 ni. Walaupun dulu aku pernah buat entry pasal Kesan Buruk Nescafe nih, tapi memang betul lah Nescafe ni membuatkan ketagihan.



Aku nih memang manusia yang kalau pergi lepak minum, air yang aku order tak lain tak bukan memang Nescafe O' Ais. haha aku sendiri pun tak tau apa yang aku sangat dengan air tu. Sampaikan makcik yang ambik order tuh, nampak muka datang kedai je, tak payah order air dah. Angkat tangan, tunjuk satu jari. Maknanya "Nescafe O' Ais satuu!". Hehehe


Sekarang nih pulak, kalau malam-malam hari je aku mesti pekena jugak. Bukan nescafe tau, tapi "White Coffee" yang packet punya. Korang kalau nak yang rasa sedap, kena pandai pilih brand. Ada brand yang famous tapi tak sedap, ada yang tak famous tapi sedaap. Betul-betul pekat. Kalau ada malam yang aku nak buat assignment ke atau study ke, mesti kena ada. Memang hilang mengantuk aku minum white coffee nih.

Pernah jugak try nak buat, tak jadi...hahaha


Kalau boleh test kandungan caffein dalam badan aku nih, nak jugak test. Hari - hari minum risau pulak aku. Mana tau kot - kot berpeluh bau nescafe pulak kan.

0 Comment: