::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

21 February 2012

Fujio. F. Fujiko

Dengar je nama ni, korang mesti kenal. Maksud aku, golongan manusia yang lahir sekitar era 80-an dan awal 90-an. Yang lahir hujung 90-an dengan tahun 2000 mungkin tak kenal kot.

Tak ingat lagi?

Fujio.F.Fujiko ni sebenarnya pelukis bagi kartun Doraemon. Haa dah ingat dah?
Kalau sebut Doraemon mustahil korang tak ingat. Kartun ni adalah antara kartun yang membesar sekali dengan aku seiring dengan Dragonball. Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal Dragonball. Kartun Doraemon nih memang cukup memuaskan hati aku masa aku kecik - kecik dulu. Sekarang memang tak lah kan...


Fujio. F. Fujiko

Beberapa fakta mengenai Fujio. F. Fujiko :

  • Nama sebenar beliau nih adalah Hiroshi Fujimoto(1933 - 1996).
  • Dilahirkan di Takaoka Japan pada 1 December 1933.
  • Meninggal dunia akibat penyakit kanser.
  • Doraemon merupakan karya beliau yang paling terkenal.
  • Sebuah muzium telah dibina khas untuk beliau yang mempamerkan kesemua karya beliau.
  • Sebuah dokumentari telah disiarkan di salah sebuah stesen televisyen di Jepun yang mengisarkan kehidupan beliau sebagai pelukis.

0 Comment: