::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

24 February 2012

Motorsikal Idaman dan Kenyataan


Motorsikal Aprilia RSV4 yang dipandu aku laju memotong di selekoh dengan kelajuan yang cukup tinggi memecah kesunyian jalan Genting Sempah. Umpama nyawa dihujung tanduk jika tidak berhati - hati. Jangankan minyak, biarpun seekor anak ayam melintas sudah cukup membuatkan aku tersadai di tepi jalan. Berhati hati itu perkara yang paling perlu aku terapkan setiap masa.



"TOK! Ka tengah buat mende tu?"

Suara si Topeng dengan loghat kuantan beliau jelas kedengaran menyeru nama aku. 

"Cis potong stim betul aku tengah berangan ni." ujar aku di dalam hati.

"Tak buat apa, berangan sekejap" balas aku ringkas.



Bukan apa, aku nih dari kecik dulu lagi memang dah jatuh cinta dengan superbike ni atau dengan bahasa kasarnya motor besar. Mana tidaknya, kalau dulu masa aku kecik dulu tambah tambah time nak balik kampung aku sering nampak brader brader superbike berkonvoi dari bandar KL ke arah pantai timur Malaysia. Dari jenis Naza, BMW, Ducati dan berbagai bagai lagi lah jenis sering aku nampak. Mungkin dari situ terus aku jatuh cinta.


Oleh kerana semasa aku di part 4 dahulu, aku dengan secara ajaibnya telah mendapat 3.00 tepat dalam GPA. Mintak maaf kawan - kawan, aku nih memang bukan jenis yang teramat suka nak mentalaah ilmu sangat. Jadi 3.00 tu memang dah agak ajaib. Mungkin berkat ibu dan ayah yang tak putus - putus berdoa tanpa aku sedari. *Sob sob*


Cukup.

Dek kerana GPA tu bagi ayah aku dah cukup membanggakan, beliau bersetuju untuk menukar motorsikal modenas aku yang dah 4 tahun di pakai dengan motorsikal yang baru. Kebetulan pulak, time tu motorsikal Kawasaki Ninja RR150 baru keluar, maka aku pun cucuk sikit ayah aku memujuk beliau untuk membeli motorsikal tersebut.

"Mahal jugak motor tuh, nanti ayah tanya umi kamu dulu" ayah aku memberi jawapan yang 50-50 kepada aku.

Tak boleh jadi, aku tak boleh patah semangat. Kena tunjuk sikit kita ni betul betul minat motor tu. Jadi malam tu jugak aku pun online sambil google sikit pasal motor tu.

"Ayah, ni lah motor tu." Mengharap ihsan dari orang tua ku. Mungkin dengan melihat gambar dan cara aku tu, lembut sedikit hari beliau. Ayah aku senyum. "Lawa jugak motor tuh"

**

Keesokan paginya, aku mendapat berita yang tersangat lah menceriakan hari aku. Terdengar suara ayah aku 
"Jom, kita pergi kedai motor, tengok motor tu".

Gila, bapak aku dah setuju. Cuba bagitau aku, siapa yang tak tersenyum kan?




Akhirnya, pada bulan Jun 2011 aku berjaya memiliki motorsikal tersebut. Ini adalah first-step aku ke arah memiliki Superbike sendiri nanti.



Kalau korang nak tau, sejak aku pakai motor Ninja nih, bila time parking dekat RNR, kalau ada group Superbike lain, confirm diorang akan hon aku dan angkat tangan. Mestilah aku senyum dan angkat tangan balik. Kalau dulu, masa pakai modenas, takde nya diorang nak pandang. 


0 Comment: