Sayur. Satu perkataan yang cukup berbisa buat aku sewaktu aku kecil dahulu. Biarpun secebis sayur terselit di sebalik makanan, bagi aku ia umpama pemusnah selera. Kalau tersuap, boleh termuntah aku. Sampaikan, masa kecik dulu, aku berharap sangat sayur ni tak wujud dekat dunia ni. Tertanya-tanya aku akan kewujudan sayur. Kenapa sayur kena ada? Ayam dah sedap apa.
Itulah level ke-anti-an aku terhadap musuh aku ni dahulu.
Aku rasa ramai di antara kita semua pernah merasa perkara yang sama. Habis segala teknik dah mak aku gunakan untuk aku makan sayur. Baik dari cerita pasal khasiat, baik cerita tipu yang kononnya kalau makan sayur hantu takut nak datang dekat kita, baik cerita sayur boleh buat kita tinggi semuanya aku tolak mentah-mentah. Biasa dah, jenis kanak-kanak yang memang dah mental block dengan sayur-sayuran memang macam ni. Cakap apa pun memang tak masuk.
Tapi nak cerita dekat korang, ada sejenis sayur yang tersangat aku anti masa kecik kecik dulu. Taugeh. Bentuk beliau yang tiada daya penarik beserta kalernya yang putih dan tidak bercorak membuatkan aku semakin anti dan was was dengan rasa beliau. Punyalah anti dengan taugeh ni sampai umur aku 16 tahun yakni sehingga aku tingkatan 4 aku tak sentuh langsung dengan taugeh nih.
Sehinggalah..
Di suatu ketika di Dewan Makan sekolah aku, nasi goreng yang terhidang adalah nasi goreng kosong taugeh. Takpe sebutir mahupun secubit ayam boleh dijumpai pun di dalam pinggan nasi goreng. Hanyalah taugeh dan nasi goreng semata-mata.
"Cis, dasar peniaga yang nak jimat budget" desis hati kecil aku.
Nak atau tidak, terpaksa aku harungi. Lapar punya pasal. Sekali suapan singgah ke mulut aku, zaaasss! Rasa yang aku terpaling was was dalam dunia muncul. Pinau kepala aku. Rangup dan pelik. Itu je yang aku ingat. Cukup untuk membuatkan aku mencari kotak hitam bernama tong sampah untuk aku dermakan nasi aku kepadanya.
Dalam tahun yang sama jugaklah, satu peristiwa yang membuka pintu hati aku untuk menerima taugeh berlaku. Sesamar-samar ingatan aku waktu tu di penghujung tahun tersebut. Seperti biasa, di hujung minggu mak aku akan masak bihun goreng simple beliau. Mudah tanpa sayur. Hanya kerana aku. Tiba-tiba mak aku bersuara
"kerana awok la ayoh awok tak merase sayur dalam bihun. Kosong gitu je. Tak dop rasa lasung." kata beliau dengan nada yang agak mengeluh tanpa begitu ketara. Bapak aku tak pernah kata apa, sebab beliau sangatlah cool orangnya. Standard bapak lah kan. Mana ada cakap, diorang jenis simpan dalam je kalau bab bab ni. Hehe
Tapi, oleh kerana dah berumur 16 tahun waktu tu, aku dah boleh tangkap dah, dan waktu tu jugak lah baru aku perasan yang hampir 16 tahun, mak aku memasak dekat rumah, tanpa melibatkan sebarang sayuran dalam masakan beliau yang membabitkan bihun goreng,mee goreng dan segala jenis goreng. Oleh kerana nak melembutkan hati beliau, aku pun menegaskan agar beliau boleh meletakkan sayur dalam bihun tersebut.
"Letok lah sayur dalang mee tu. Orang buleh makan doh sayur leni." respon aku untuk melembutkan hati beliau.
Untuk pengetahuan korang semua, oleh sebab sayur yang dimasak dek makcik di Dewan Makan sekolah adalah tersangat tak sedap, jadi bila terasa sayur yang dimasak bersama air tangan seorang ibu, rasa dia memang lain. Sampai lah sekarang, aku paling suka kalau mak aku masak sayur-sayuran beliau. Memang special beb. Kalau aku ratah je sayur tu, lagi lah dia suka. Tak ada rasa lagi yang boleh lawan air tangan mak sendiri bagi aku. Betapa ruginya aku selama 16 tahun tolak masakan sayur mak aku. Priceless.
"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapak membawa bahagia"
:)
2 Comment:
hahah kelakar jugk aku dgr citer mu ne hehhe,,aku ne smua sayur makan tp mse kcik2 dlu mmg tk mkn sayur lansung pn,,,,same arr cam mu kekek
hehehe sayur itu racun ,
best ke? terima kasih banyak2 :)
Post a Comment