::Sila Ambil Nombor Anda::

::Jom Baca Entri Menarik Mereka::

22 February 2012

PLKN dan Rokok

"Malam nih lepak tak?" tanya aku pada Topeng.

"Lepak, Megat dah ajak Agib lepak tadi" balas dia bersahaja.

Lepas Isya', kitorang bertiga keluar pergi lepak dekat satu port yang dah tak berapa nak asing lagi bagi kitorang bertiga. Mana taknya, aku, Topeng dengan si Agib duduk bertiga je serumah. Kalau keluar lepak je, memang situ je lah port kitorang bertiga. Dah dekat setahun lebih dah sejak masuk Uitm ni.


Malam tuh, macam biasa. Area kedai makan Pronadz nih tak selalunya ramai. Ikut hari jugak. Kalau esok harinya cuti, ramailah orang. Boleh kata susah jugak nak cari meja. Tapi kalau hari-hari biasa, toksah risau memang banyak mejanya.


Sesampainya dekat sana, kitorang terus cari port table yang luar. Tak boleh duduk dekat dalam kedai. Lemas. Mesti nak table luar punya baru ada feel lepak tu. Tapi hari ni, tak payah cari. Sebab dah nampak batang hidung si Megat duduk sorang dekat table sambil ditangan terselit rokok Premium.


Sembang punya sembang, macam macam topik keluar. Dari topik mencari rumah sewa sampai lah membawa ke topik rokok. Tak kisahlah cerita apa pun yang penting table tuh tak senyap. Agak pelik jugak table lepak yang senyap nih. Baik aku duduk rumah main internet lagi puas. Haha Dalam sembang punya sembang tu, ada sorang yang bukak topik pasal menembak. Time ni aku terus teringat zaman aku PLKN dulu sebab masa Plkn dulu pun ada jugak aktiviti menembak. Bagi korang yang pernah pergi Plkn dulu, aku rasa korang pun merasa menembak guna M-16 dulu. Fuh, dah macam tentera aku rasa masa tu.


Kalau korang nak tau, masa Plkn dulu, kem aku agak jauh lokasinya dengan pekan apatah lagi bandaraya. Jadi, supply rokok dekat kem tu agak terhad. Kalau nak beli rokok tu terpaksa redah hutan simpan yang agak luas baru lah boleh tembus pergi beli rokok. Yang tukang beli rokok bukan calang calang orangnya. Mesti unik.


Bai. Itulah nama sorang member aku nih yakni juga seorang pembeli rokok yang berwibawa. Oleh kerana kulit beliau yang agak kurang cerah, jadi tugas nih amatlah sesuai buat beliau yang akan bergerak pada waktu malam untuk tugas getir beliau.


"Bai, beli 2 katon".

Peringatan sebelum beliau keluar secara haram dari kem tu. Tiada masa yang diberi. Janji pulang dengan selamat. Selalunya, Bai akan pilih member dia untuk follow sekali masuk hutan. Mana taknya kadang kadang boleh je terjumpa harimau dalam hutan tu. Ok, aku tipu. Jangan serius sangat.


Macam mana, susah tak nak dapat rokok. Kalau nak beli time sembahyang jumaat tu, tersangatlah susah. Jurulatih dekat kem kitorang nih tak boleh bawak bergurau punya. Dia perhati satu satu gerak geri kitorang. Memang tak boleh nak lari.


Kalau dah ada rokok tu, harga dia pulak tak boleh dah nak main sikit-sikit. Sebatang je boleh cecah 6 ke 7 ringgit. Apalagi, sebatang rokok tuh di cutting dengan 6 orang lah. Sorang sikit je hisap. Sedih jugak lah dekat siapa yang paling last tu. Panasnya puntung tu, dah boleh rebus telur.


Tapi kerana rokok jugak lah aku dapat member - member baru. Jadi dekat situ lah kesan positif dia. Lain lain semua negatif. Hahaha

0 Comment: